Dia memang bukan siapa-siapa yang bisa mengkagumkan hati. Namun dia punya aura tersendiri. Gula-gula yang diadun dalam tiap patah kata-katanya diakui mampu membuai rasa. Saat pertemuan pertama kali, dia memang pemikat yang hebat. Sendanya menusuk hati. Jujur kata, hati nyaris bergetar namun segera tersedar. Saat direnung mata biasa itu, ia merungkai segala. Aku renung dalam-dalam. Aku tahu dia berharap penuh kelam. Aku hanya mampu memandang lesu dengan sedikit senyuman. Pandangan tidak mahu bertahan lama, aku kalih dan itu adalah tanda bahwa, hati dia tidak dapat dilayan sempurna oleh aku. Tidak mampu. Prinsip tetap teguh dipegang. Aku tidak harus memulakan sebuah sengketa. Walau hati hampir direntap kuat. Membina kebahagiaan di atas keretakan hati orang lain itu bukan aku. Itu permulaan yang baik. Rasa itu hilang dibawa angin perlahan-lahan. Aku perlu kuat untuk luah; kita hanya berjodoh dengan ikatan kawan, namun tidak pada jodoh hati. Setialah, dan bungakan hatimu dengan kasih sayang yang sedia ada. Kau tidak perlu selingkuh semata-mata dengan orang seperti aku. Dan aku bahagia seperti ini.
Bogelkan hati hanya untuk yang benar layak,
aku tidak pernah rasa mahu jadi yang ketiga.
53 comments:
pertamaxx!!!
tetapkan prinsipmu kekasihku...pasti satu masa kau akan temui hati yang betul2 tidak retak dan tak perlu memikirkan orang ke 3 dalam hidup kau.yakini.
Kawan?itu lebih bagus dari kekasih hati.
gw : prinsip ini sudah ku pegang sejak 10 tahun yang lalu. saat pertama kali hati dicuri.
tieykah : kawan yang cuba berselingkuh dengan hati.
berpegang kepada hati..
jangan mudah mati..
suatu hari nanti..
akan bertandang pasti..
cEro : harap aku tak makan hati.
nah.
TEKAN SINI.
rasanya ia gambarkan semua hal yang kauperlu buat.
kthnxbai.
yang benar2 layak?
gua tak penah rasa yang gua layak utk sape2... sebab rasa gua diri gua tak sebaik yg orang lain mahu dan harapkan...
Hanya harap kamu bahagia.
shandye : so sweettt... thnx.ok.bai.
orlando ahmad : jangan salah faham. maksud aku, biar dia bagi hati dia pada yang benar-benar layak. orang itu bukan aku. aku juga seperti kau, aku rasa aku tidak sebaik yang orang lain mahukan.
ezan idma : terima kasih. bahagia juga buat kamu.
dan aku lebih rela biarkan mereka bahagia
dan biar aku renung dari jauh
sungguh
memang tak sanggup memusnahkan kebahagiaan dan hati orang lain.
benar
cukuplah dengan ikatan persahabatan
menyerah tidak bererti kalah.
emm, tapi dalam hati tetap merasa sakitnya kalah. aduh.
ahhh. dalam benar rasa itu. bangun dan jangan lemas.
intan maisarah : sepertimana aku tidak suka diselingkuhkan, begitu juga sebaliknya.
haikalblank : sakitnya tidak terasa kerna sudah diberi penawarnya awal-awal.
kepala manchiss : sudah ku renang ke tepian agar tidak lemas.
suatu rasa yang bisa buat hati gundah..
suatu perasaan yang bisa buat hati melangkah..
suatu rasa yang buat hati kosong tak sudah..
api : kosong tak bermakna gundah. aku masih terasa bahgia begini.
urm. diam. tiba-tiba teringat kata seorang teman. katanya dia mahu terus berjuang. membiarkan bermakna membuat kezaliman. bukankah ianya sesuatu yang tidak adil untuk kamu, untuk dia dan juga dia?
diam. dua dua benar. ikut sahaja yang mana prinsipmu. :)
BILA JADI YG KETIKA X MUSTAHIL AKAN ADA YG SETERUSNYA..CARILAH MEREKA YG SENTIASA MENGHARGAI PADA YG SATU..BIAR HATI DIRENTAP..MINDA JGN DIBIARKAN BERHENTI BERGERAK...
'aku tidak pernah rasa mahu jadi yang ketiga'
salute !
aku ingin melalui hidup ini tanpa orang ketiga
aku tak tahu nak komen ke cakap apa, aku budak mentah ngan kecik g tapi rupanya matang :P
sendiri tak semestinya derita,
derita tak selalunya berpanjangan,
bahagia cuma perancangan,
takdir penentu masa depan,
redha penguat semangat kehidupan.
24th!
kuat madah ko neh
btw beri hati pada yang betul2 boleh jaga la kan
wah! ko jangan tolak lak jd bini ke3 aku
Luahkan saja kalau kau suka!
hati-hati.
dia telah buat pilihan?
org ketiga? itu suck!
okeh itu faham...
awak, saye faham ape yg awak rasekan.
dill.
semua mahu jadi yg pertama.
kehidupan akan menjadi lebih indah kalau kita bina keindahan hidup tanpa menyakiti hati org lain. syabas kerana berjaya menjadi asertif untuk diri sendiri, semoga succes sllu;D
tidak perlulah jadi yang ke 3.jadilah yang pertama.pertama dalam kehidupan.
bukalah hatimu kepada orang yang benar2 layak.
dari berbogel baik kita berak..
AHAHAHHAHAHA
betul tu...tidak menumpang kasih atas rasa simpati atau kelukaan hati...
hmm.. falsafahnyaa ayat..
niat di hati memang tak sudi jadi orang ketiga... tapi taktaulah tersalah langkah ataupun langkah yang memang ditakdirkan.
~sampai sekarang telan sumpah seranah bekas kekasih si dia~
tak best.
semoga bahgia hidup didunia dan diakhirat
aku juga pernah melepaskan diri dari pandangan itu... perit... ya... amat sekali... namun lebih perit jika meneruskan... kerna akan memijak hati lain~
percaya atau tidak itu mungkin jodoh kamu...keh3...tapi beranikah...
wuisyh sentap doe!
hurmm..kalau boleh memang jangan jadi orang ketiga. Sebab takut benda yg sama akan jadi kat kita pula satu hari nanti.
Anyway, masa aku gi perhentian tu, dapat murah sbb kawan aku ni mcm mana entah dia dapat murah. RM 200 je. Kalau tak ranging harga mau dalam RM400-500
emm..
semua xnak jadi orang ketiga..
tapi kat reality nape ramai je y suka rampah kebahagiaan orang laen..
:'(
semua kuasa Dia akhirnya..semoga tiap dari kita beroleh pengakhiran yg baik..kalo belum baik tu blom akhir lg tu..pahit akan manis akhirnya..ceewahh..winksss* hoho
biasa la..takdir, accept it, move on & build better life :)
semoga jumpa bahagia itu...
yg ketiga? bia bonar? xmau la eh..takut..huhu
hana, jgn berenti berharap....
Gua baca sambil nyanyi ikut rentak cinta muka bukit.. kretif bukan??
dayya : aku lebih rela tidak berlaku adil pada diri sendiri dari memusnahkan hati orang lain. itu bukan aku.
syariff haikal : iya, itu sebaiknya.
delarocha : itu sudah menjadi prinsip aku. jika aku sendiri tidak mahu kehadiran orang ketiga, begitu juga sebaliknya.
H.J : aku juga begitu.
hidayahjamal : haha, kecik la sangat weh! dah wajib kawen ok? kih3
Pak Lan : itu sajak ye? hehe.
xshahidx : haha!
bact : makanan aku kot? iya, tapi selalu tersalah langkah.
Kapten Atok : kalau bini 1 kau pun aku dah tolak boleh? keh3
Muhd Aizie : aku tak mampu. banyak hati kena jaga. :(
eLL : aku suruh dia lupakan aku dan kekal bersama kekasih sebenarnya. aku tidak layak untuk itu.
EZAN IDMA : ya, sangat.
ORLANDO AHMAD : baguslah kau mengerti.
dill : terima kasih dill. :)
Encik Psychopath : begitu juga aku. tapi ada yang sanggup jadi yang ketiga.
misya mialen : terima kasih, tapi sayangnya lebih ramai suka menyakiti hati orang lain.
say to easy : pertama dalam segala-galanya bukan.
ifwat : iya, sedang membukanya.
muhamad hanif : kau takde kerja lain? haha.
pandangkedepan : itu seharusnya.
Cik Jannah : tidak sangat lah cik. :)
cikpepel : kalau dah jodoh, siapa hak kita nak halang bukan?
amir aizat : ya, insyaAllah dan terima kasih.
~cahaya hati~ : syabas, kau berjaya melaksanakannya.
RepublicAku : jika benar itu jodoh aku, terima sahaja dengan redha.
Sophie Al-yahya : itu yang paling ditakutkan. wah, murah tu. aku teringin nak pergi. insyaAllah.
iema ackles : itulah, susah nak cakap. mungkin itu lumrah.
ahleng ariKen : asal kau sedih? hehe. ya, semua kuasa Dia.
ekmal : susah nak terima, belajar untuk tidak terlalu biasa menjadi orang ketiga.
stuck : iya, insyaAllah. terima kasih.
shida'R : takut sangat.
Azham Vosovic : sudah berhenti berharap. move on.
JelinaJoli : kau memang dasyat. hehe
Post a Comment