Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, July 27, 2011

Jigsaw Puzzle

Hidup umpama jigsaw puzzle, makin banyak makin kusut.


Lewat malam semalam, selepas pulang dari kantor, entah apa gilanya aku bersetuju untuk bermain jigsaw puzzle bersama dua rakan serumahku. Walau mata sudah kantuk dengan badan yang sudah lemah lantaran kerja tujuh hari tanpa henti, emosi masih kekal gagah melayan masa bernilai bersama mereka. Terapi yang melegakan, hati gembira dengan waktu yang terluang. Sejam 15 minit yang dihabiskan, namun 1000 jigsaw puzzle itu tidak berjaya dilengkapkan. Mungkin memerlukan masa sehari ataupun lebih. Makin banyak makin kusut. Cari, padan, susun dan lengkap. Macam hidup kita. Rumit. 1000 macam rencah dalam hidup, belum tentu dapat dilengkapkan dalam masa sehari. Walau hidup serumit mana, waktu senggang tidak kira masa, di mana hal-hal sebegini perlu diberi peluang bermanja dengan kita, yang rumit boleh jadi mudah, yang penat boleh jadi hilang. Hilang?


29 comments:

cEro said...

macam aku, aku ada tips dlm kehidupan berbunyi:
"enjoy every little thing.."
mende2 kecil tu laa yg buat kita rasa kehidupan ni mencabar..

ORLANDO AHMAD said...

cabaran dalam hidup ni best, umpama makan nasik ngan tempoyak, tak sempurna tanpanya...

p/s: fuh gila ayat gua

p/s: gua bukan praktikal, ngajar sementara aje. dalam proses menghabiskan tahun akhir utk degree gua. kalo tak ngajar gua freelance web designer ;)

Penyu said...

main LEGO best gak kan? kan? hihihihi

Unknown said...

heheh..bermain puzzle yer..sudah lama tidak main puzzle kot

shandye. said...

"I would like to play a game..." Ujar Jigsaw di kaca TV.

eh... silap komen. keluar dialog cerita Saw pulak.

teehee...

Anonymous said...

owh
hidup ni tak akan selesai sampai bila2
dah mati pun kita tinggalkan banyak benda x setel jd urusan org lain plak

Encik Psychopath said...

manjakan diri penting. jangan terlalu kuat kerja. kite dah tak byk masa bersama lagi.

pembaris said...

hendak seribu daya..

feyza said...

lama tak main bendaalah tuu

sy tgh kusut skrag hehee

ghost said...

mulakan dulu dengan membayangkan akan imej sebenar puzzle tuh.baru leh start.

hidup kalau serumit puzzle pun masih leh dicantumkan..

Anonymous said...

hehe jigsaw gambar apa tu???

jeBateja said...

yg penting kita happy......tak suka lah kerja 7 hari seminggu....badan penat tu satu....takut cepat jemu dgn keja......ahakz

Akulah Pak Lan said...

kehidupan itu misteri, kita tidak dapat teka apa yang berlaku kepada diri kita seminit kemudian. Tapi itu yang membuatkan hidup itu menarik..

Unknown said...

kalau dapat selesaikan puzzle tu, rasa mcm hidup itu kembali kan

Pyka Rahmat said...

puzzle tu mudah je kan ada guide dari gambar sebenar. samalah mcm hidup.

littledolphin said...

teringat zaman dulu,pabila diri ini tak rela membeli jigsaw puzzle kerana merasakan duit itu lebih wajar dibeli buku cerita,saya menggunting-gunting kotak cereal menjadi cebisan segi empat supaya boleh dijadikan permainan jigsaw puzzle.tapi ia terlalu mudah. -.- JIGSWA PUZZLE SEBENAR LEBIH BAIK.

Unknown said...

sama macam hidup kan?kan? kan?

Unknown said...

jigsaw puzzle..my fav

PenjuruKosong said...

jika hilang satu, maka x lengkaplah gambar~~

dlm hidup, kita ttp boleh ganti yg hilang dgn yg br..
utk lengkapkan hidup..

Far8 budak baik said...

mmg nyampah lahhh
main gme puzzel ni..
boleh gugur wooo rambut2
pike byk nye pasal..
hahaahahahahaha
botak kau krang

syafiqa said...

tp aku suka.lagi kusut lagi cepat aku berfikir.
tp selalu lambat nak berjaya

intan.maisarah said...

baru selesai main puzzle :)

amira faqihah said...

analogi yg unik ;D

Anonymous said...

Dalam makin banyak puzzle kecil yang kau nak susunkan, susunkan dari bucu ke bucu, pelan-pelan dan hayati rasa itu, kerana apabila sudah siap, eksaitmen nya menjulang rasanya,

Anonymous said...

-.- aku ada masalah internet slow, aku harap kau buat pop up komen, just saranan.

hanaahmad said...

cEro : ya, aku sedang memanfaatkannya cEro!

orlando ahmad : confirm lu ni muda lagi dari aku. ekeke.

muhd fadil : lego tu fav aku time kecik2 tau! hehe

cucu umie : selalu main anak sedara punye. hehe

shandye : hafal habis. ekekek.

kapten atok : itu aku setuju.

encik psycopath : cuba memanjakan diri dengan kamu. ekeke.

pembaris : hendak seribu dalih ye dok.

hanaahmad said...

pijah : aku pun kusut tapi enjoy sebab dgn housemate yg msg2 kepala gila. hehe.

gw : dah hampir siap! ade gambar sebenar sebagai rujukan. tp housemates yg plg bersemangat!

khry : gambar rumah, hutan-hutan. gmbr yg sgt rumit dgn puzzle yg maha kecil!

jebateja : terpaksa. hehe.

paklan : hidup memang memerlukan sesuatu yang misteri.

ezanidma : seronok je rasa kalau dapat siap kan.

pyka : ni puzzle yg kecil2. sgt susah. mmg ade guide tapi ambil masa. hehe.

hanaahmad said...

hana : rumit tapi terbaik. hehe.

dayya : yup sama. :)

akmal : fav jugak tapi tak larat. hehe.

cassia : kalau hilang satu, merana la! haha..

far8 : aku tak membebankan otak sangat main benda ni. just enjoy je.

syafiqa : mmg memerlukan masa untuk selesaikannya. :)

intan : tahniah! :)

twinkle : tak seunik puzzle.

lucifer : itu yg aku buat. er...nnt aku pertimbangkan. hehe

~Kenanga Suchi~ said...

semakin aku cantumkan hidup... semakin kusut aku dibuatnya... tak mengapa... perlahan-lahan~