Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, August 1, 2011

Hilang


Terlalu selesa dengan sesuatu yang kita selesakan boleh jadi satu hal yang paling mengecewakan dalam hidup. Orang kata, jangan terlalu gembira dengan kepunyaan kita sekarang ini. Belajar untuk bersikap neutral dan simpan dalam hati bahwa, rasa syukur itu cerminan untuk tidak bersikap riak dan angkuh. Umpama yang hidup, pengakhiran hidupnya pasti mati. Tapi bagi kita yang hidup? Perjuangan tidak pernah sekali selesai selagi udara penuh segala macam milik Tuhan ini masih lancar dihirup. Berada dalam ruang yang selesa boleh jadi buat kita lupa yang ruang hidup kita tidak akan selamanya indah. Dan ia hanya menunggu masa untuk hilang lesap.

Aku sedang belajar merasai kehilangan.

28 comments:

Akulah Pak Lan said...

Aku tak pernah ada sebarang harapan untuk apa2 sekarang ni...

hanaahmad said...

paklan : aku sentiasa hidup dalam pengharapan.

semutsengal said...

kehilangan tu memang menyakitkan, tapi kalau kehilangan penyakit sangat cool tau =)

PenjuruKosong said...

hidup x sentiasa indah tapi yg indah itu amat bermakna dalam hidup
hargainya sblm ditarik balik...

tieykah said...

mencuba untuk menjadi manusia yang bersyukur.semua kurniaan dari-Nya

wachak said...

Sudah pelbagai situasi kehilangan pernah wa lalui. Ianya seperti terapi untuk kita menjadi lebih matang melalui pengalaman.


... bakal kehilangan pekerjaan untuk kali ke 3 di penghujung tahun ini. Memang sudah agak selesa dgn perolihan bulanan, ruang, situasi dan rakan tapi apa boleh buat x bleh nk menolak ketentuan.

bact. said...

mungkin takdir gua memang dalam bidang kejuruteraan sampai mati gamaknya
hahhahaha

bujal X said...

sebab nikmat yang kita ada bila2 ble ditarik balik~

salam ramadhan hana~

cik jannah said...

betul2. selalu hadapi semua ni.. :)

Anonymous said...

selesanya duduk kat kerusi empuk ni

Unknown said...

aku dah hadapi and ia sangat menyakitkan

ewanthology said...

berada dalam comfort zone membuatkan saya malas.

hyz said...

syukur jadikan amalan

cEro said...

"The one that don't want to move forward is the one that don't want any changes is the one that done nothing."

Hidup kena terus!

jeBateja said...

den tak sanggup menhadapi kehilangan....uhukz.....belum bersedia.....tapi jika berlaka...harap den leh hadapinya...

hanaahmad said...

anif : sakit tu penghapus dosa kecil. hehe.

cassia : itulah, kadang2 manusia ni lupa diri.

tieykah : alhamdulillah. insyaAllah.

wachak : yup, itu namanya proses pembelajaran. lagi banyak yang kita lalui, lg banyak kita belajar untuk matang.

bact : haha, oke what?

bujal X : betul tu. selamat berpuasa. :)

ghost said...

saat kamu sudah bersedia untuk sebuah kehilangan.dihantarnya persediaan untuk menerima kehadiran.

hanaahmad said...

jannah : mematangkan kita bukan? :)

kapten atok : kau puasa tak? eekkeke.

faraa : aku faham perasaan itu.

delarocha : aku juga pernah melaluinya.

hyz : yup, itu cuba dijadikan satu perkara wajib.

cEro : sentiasa terus!

jebateja : semua dari kita pasti akan merasai kehilangan.

hanaahmad said...

ghost writer : aku sedang menyiapkan persediaan untuk menerima kehadiran. aku harap tidak kehilangan lagi.

ORLANDO AHMAD said...

sederhana...kerna semua ini bukan milik kita

hanaahmad said...

orlando ahmad : semuanya pinjaman. hidup aku memang sentiasa dalam berhutang! haha

Anonymous said...

syukur boleh bernafas

iem said...

betul..
ape yang dibangkan dulu,
2la yang menjadi racun dalam hidup...

Wilayah Sepet Kuku said...

Kehilangan adalah pembelajaran...
Percaya, tidak semua yg hilang itu tidak berganti..
Ada Indah dihujung cerita..
senyummm...

Hello Hello said...

MALAYSIA BOLEH!

~Kenanga Suchi~ said...

aku belajar dari kehilangan... belajar untuk teruskan langkah dalam kehilangan agar muncul kehadiran~

stuck said...

jgn berhenti brharap!! yyeeaahh~

hanaahmad said...

khry : alhamdulillah. :)

iema : racun itu penawar. :)

wilayah sepet kuku : hikmah itu memang kata paling menyedapkan hati bukan.

bloghok : yeah! hidup Harimau Malaya! er..tetiba. haha.

KH : aku mohon dicepatkan kehadiran itu.

stuck : sampai mati kekal berharap.