Sunday, June 5, 2011
Hitung hari
Cubaan yang cukup seksa buatku minggu ini. Tekanan kerja yang cukup menyesakkan. Sesak nafas, sesak otak dan sesak minda. Berada di keliling orang yang menyesakkan juga sudah cukup memberikan tekanan. Berhadapan tekanan bermakna aku menahan marah. Dan ia, membuat aku cukup letih. Makan langsung tidak terkawal. Huru-hara. Jika boleh dipinta, aku mahu cepatkan masa. Biar berlalu dengan cepat. Biar hilang segala kekalutan dan kesesakan yang menyesakkan. Aku terasa beban. Baru kuli sudah begini. Lebih baik terus jadi kuli dari berprofil tinggi. Aku tak daya lawan tekanan. Maharaja Lawak pun tidak dapat membantu menggeletek perut. Ini serius aku benar-benar berada dalam tekanan. Harap tidak gila.
Labels:
dunia.journalist,
i'm.broadcaster,
kerjaan,
orang media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
Bersabar ya tuan blog..(^_^)V
Bersabar ya tuan blog..(^_^)V
hafiq hashim : ya, sedang bersabar. :)
esok cuti~~
pijah : aku masih bekerja pijah. :)
teruskan usha n dont gve up.
;)
fath : iya, pasti!
gud luck dgn kerja mu itu~~ hahaaa
ye pijah! selamat! hehe.
berkali ko ulang perkataan 'sesak' dan 'tekanan'..
mane tak tertekan, pemikiran ko dah dicerobohi negativiti..
Kakak be strong laa :)
Ehh bukan awak dah ganti tempat bos ke? Hee.
Esok saya kena balik uia dah :'(
Haha moga saya pun tak gila sama nnt.
hehe
jd bos kurang dah tekanan
percaya ah
persetan. yang penting tenang. penjara hanya wujud dalam minda.
cuba tengok muke Gayah pulak mane tahu ley hilang stress.. huhu >_<
coool hana..bykkan berehat.. :)
cEro : aku tak tau kenapa aku cukup negatif sejak akhir2 ini.
pemuzik jalanan : sbb kena jd bos tu yg gila. terbeban! balik UIA dah? beshnye ade geng gila! ngeh3.
aimi : jadi bos lagi tertekan dowh!
untuk seketika, tarik nafas. pandang sekeliling dunia kamu. senyum dan lepas. antara waktu memandang sekeliling dan tersenyum itu carilah sesuatu yang boleh kamu genggam sebagai semangat. :)
chill yah! :)
selalu rasa wiken sanagt cepat berlalu...
take your time
chill la kak .. hidup sememangnya tak lari daripada tekanan :D handle pressure tu properly .. pasti kejayaan menunggu dihadapan :)
dayya : iya, sedang mencubanya. terima kasih !
pembaris : sayangnya aku tidak cuti hujung minggu.
delaracho : iya, sedang mengambil masa.
alif : :)
guna time machine doraemon. leh foward ke depan dan lepas masa sukar.
encik psychopath : anda sangat psiko saya ketika ini. haha
gayah : haha...confirm memang hilang habis! hehe
kepala manchis : sedang bertenang.
zura : tak dpt nak banyakkan rehat.
Kalau anda btol2 ske lalang jumla kte g broga hill.. Muahahaha..
Hana,mari layan playstations dengan phan..kita lawan pro evolutions 2011.
Post a Comment