Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, June 6, 2011

Lalang


Hidup penuh keterpaksaan dan kepura-puraan cukup melelahkan buat aku. Sehingga kini terus kukuh bertahan melayan sikap orang yang penuh menjelikkan. Bagaimana mahu aku ajar orang itu tentang itu-itu salah dan itu-itu adalah benar. Sikap angkuh dan seronok punya banyak musuh dalam kalangan orang-orang itu menerbitkan rasa takut ya amat dalam hidup aku. Aku sudah terimunisasi dengan sikap lalang. Meliuk ke kiri aku senyum, meliuk ke kanan juga aku senyum. Aku tidak suka, tetapi aku berpura-pura suka. Dari lalang, aku menjadi bermuka-muka. Carut! Mahu sahaja aku lari selaju-lajunya agar dapat lari dari dunia yang penuh penipuan ini. Tapi, mana mungkin dapat lari dari kenyataan hidup? Orang-orangan di sini penuh dengan kisah. Macam-macam warna. Makin dirapat, makin menambah masalah. Apa lagi perlu aku buat? Iyakan sahaja sedangkan aku sudah berdosa besar kerna mengkhianati diri sendiri atas sikap jelik orang lain. Lebih payah, segala rasa diperam dan menjadi was-was untuk diluah kerna takut memakan diri sendiri. Lebih baik diam, dari mengundang perkara yang tidak-tidak. Mudahnya, terlahir lalangnya aku, hipokritnya aku dan penakutnya aku. Ya, itu aku. Semua atas rasa menjaga hati. Bodoh!
Lalang itu bukan pendirian. Baru sedar kewujudan Tanah Air Beta. Ada kenalan kata, menulis itu biar guna akal, bukan jari. (Memang sengaja ditidakkenamengenakan.)

20 comments:

Pijahh' de-Arr said...

KADANG2 AKU SUKA JADI LALANG..~
ERR

hanaahmad said...

pijah : satu kebencian aku.

Fara Aisyah said...

LIKE nya :))

Raihana Izzati said...

sorry aku lama tak datang.sila tampar aku laju2.

Lalang. Pendam perasaan. Jenis ikut je tu semua aku. sebab kalau nak suara tak puas hati pikir nanti orang benci. sape suka ada musuh.

nak nasihat kau? aku tak mampu. ada pros and cons

kau decide kau nak jadi yang mana satu.lepas tu jangan menyesal.


P/S: hoi sayang.keh3

Gayahspears said...

ape yg otak fikir tak sama dengan ape yang hati rasa >_<

hanaahmad said...

sara aisyah : url kau salah ni. tq. :)

raihana izzati : aku rasa sama. susah nak pilih. 2-2 aku benci.paling benci jadi lalang.

p/s : sweet nye.....

hanaahmad said...

gayah spears : tula gayah. penat dowh jadi lalang!

Ries Lee said...

walaupun orang kata semakin kita dewasa, kita sepatutnya dah tahu membezakan antara benar dan salah. tapi, itu sekadar teori. secara praktikalnya, sifat ingin tahu manusia boleh menafikan benteng antara yang benar dan salah. maka, perlu wujud orang seperti kau yang harus memperbetulkannya walaupun kau sendiri punya pemecah benteng yang menafikan dua sifat tadi.

pembaris said...

kalau lalang bermaksiat, jangan ikut sama meliuk...

Inspirationalefeks said...

aku siram dengan air, biar bunga itu berkembang.. seperti yang diperkatakan Kurt Cobain ..

ghost writer said...

sekali-sekala jadi lalang ada baiknya...meskipun pendirian dipertikaikan tapi masih mampu untuk bertahan dalam dunia yang sentiasa mencabar minda kita...tidak akan hilang jati/prinsip diri hanya untuk suatu yang kita masih boleh fahami.

Kepala Manchiss said...

kebenaran tak menjaga hati. tapi menjaga peribadi.

Aimi dan Pakcik Hashim said...

hehe
kalau aku takder maknanya nak jaga hati org lain
aku kijam

JARI TERBARAI said...

pendapat gua, dalam dunia akhir zaman ni kite sebagai warga marhaen kadang2 kena jadi mcm sesumpah, bleh sesuaikan dengan semua situasi dan masyarakat... tapi kalo politician perangai sesumpah maka ke bakul sampah kite humban hehehee

hanaahmad said...

ries lee : makin dewasa makin menyusahkan. banyak kena fikir. jd anak kecil juga enak. main tanpa fikir masalah besar.

pembaris : itu pasti aku tidak ikut. insyaAllah.

inspirationalefeks : jika disimbah dengan asid? berkembang tak? ngeh3

hanaahmad said...

Ophan Bunjos : jd lalang dalam keterpaksaan. aku rasa macam jijik gila.

kepala manchis : dan menjaga hati sendiri.

aimi : aku nak belajar la dari kau.

hanaahmad said...

jari terabai : hina sungguh bila jadi sesumpah aku rasa. haha. melankolik sungguh. gua mcm nak copy la ayt ni kat status fb gua. boleh? hehehe

Republic Aku said...

jadi lalang bila perlu kerana tetiba kita perlu...demi hati.

hanaahmad said...

republic : iya, demi hati.

theblabber said...

kalau rasa menjadi lalang itu puas, tiada yang menghalang.
kalau rasa menjadi 'keterpaksaan' itu puas, juga tiada siapa menghalang.

hidup untuk kepuasan diri sendiri :) after all, we have our own self to rely on