Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, May 31, 2011

Berimej rockstar dan hip hop itu manis

Menginjak ke angka 24 tahun ini baru aku sedar, rupa-rupanya aku masih punya peragaan yang kuno, selekeh, kasar dan terlalu ringkas. Masih seperti ketika di bangku sekolah. Aku tiada tas tangan mewah yang punya cap mahal; hanya sekadar beg silang yang dibeli di uptown dan sehingga lusuh, baru ia ditukar. Aku juga tidak punya sepatu tinggi yang mahal, hanya selesa berselipar mahupun bersandal tali yang selesa juga crocs merah hati kesayanganku. Ada juga koleksi sepatu perempuan yang tidak berapa tinggi beserta sepatu sarung yang diseret ketika ke kantor. Aku juga tidak punya baju-baju perempuan (jika ada pun tidaklah seperempuan sangat) apatah lagi kain dan segala yang berkait rapat dengannya. Lantas, untuk punyai alat tatarias yang punya nama juga bukan aku. Hanya sekadar sedikit bedak kompak, pewarna mata yang dicalit ala ghotik dan secalit pelembab bibir tanpa warna. Jeans lusuh, kemeja-T, cardigan dan selipar sudah menjadi pakaian rasmi. Baju kurung hanya berganti pabila tibanya Syawal dan hanya disarung ketika keramaian selain berhari raya. Emak, juara nombor satu adalah pengkritik hebat peragaan aku yang sehingga kini masih tidak berubah.

Emak : Na lebih manis dengan blaus dan tidak berkemeja-T. Asyik berseluar jeans je cuba sesekali memakai dress bukankah cantik?
Aku : Isk, macam perempuan la mak.

Pemberian blaus yang diberi emak sehingga kini masih dipandang sepi kerana baju itu sangat tidak cantik diperagakan di susuk tubuhku yang kasar ini. Pernah juga ditegur sang abang agar lebih bersifat sopan dan menjadi adik perempuan yang sebenar-benarnya.

Si abang : Beli lah baju ni, cantik sikit.
Aku : Isk, macam perempuan. Euwww..
Si abang : Kau bukan perempuan pulak?

Rockchic with google.

Ia umpama dilema buatku. Aku lebih selesa berpakaian longgar dan sempoi tanpa perlu bertatarias lebih-lebihan. Cukup sekadar aku menjadi seorang aku dari menjadi orang lain. Mana mungkin aku membiarkan diri sendiri terperangkap dalam dunia ciptaan orang lain.

Mungkin aku perlu mengubah sedikit peragaan aku menjadi lebih matang dan keperempuanan (sedikit). Aku cukup berkenan dengan yang ini. Seorang rakan yang kukenal ketika di TV9, kini cukup terkenal di kaca TV. Mahu tiru itu gaya. Tidak macam perempuan sangat bukan?
Aku sudah mengerti kenapa sehingga kini aku masih tidak laris. Dengan peragaan yang selekeh dan tidak perempuan, ada siapakah yang mahu datang dekat?

21 comments:

bact. said...

kena cari perunding imej neh
nnt membujang smpai ke tua plak
kih3

hanaahmad said...

bact. : mak pon dah cukup runding tapi tak lut2. hahah

pemuzik jalanan said...

Haha alah kakak.
Jadi minah hensem memang gitu.
Takpaa nanti awak jumpa la org yg boleh terima awak seadanya.

Takpayah takut sangat laa,tapi awak usaha la sikit. Hee,suka beteiii! Awak dah okay apa macam HANATAJIMA!
Aww ;p

Akulah Pak Lan said...

Time will change people..so does their heart..fashion is a part of it

bujal X said...

jangan jadi hamba fesyen.bahaya tahu!

hanaahmad said...

pemuzik jalanan : tula pasal, dahla hensem, kacak dan macho lak an. hahaha. HANATAJIMA la sgttt.....

akulah pak lan : yes, saya tunggu itu masa.

bujal X : tula, takut jugak.

amira faqihah said...

mira pon x suke pakai tastangan,,geli

A retarded kitty said...

selipar aku cuma selipar google yang dibeli dipasar malam, aku keluar memana pun pakai track suit<--selekeh ke aku?

Anonymous said...

jadi cepat2lah jadi kewanitaan yg penuh keanggunan

ewanthology said...

kalau dah cantik, pakai ape pun nampak cantik :-)

Kepala Mancis said...

ehm . . . (aku buta pesen. xtahu nak komen apa)

ghost said...

rasanya kau belum mengerti sepenuhnya hana...dengan apa yang kau peragakan sekarang pon udah cukup.tapi tak salah kalau nak ubah sikit.do it.

capt. keon alhan said...

simple is sweet hana...

hanaahmad said...

twinkle : kadang2 aku pakai gak. terpaksa dan ikut majlis. huhu.

retarded kitty : bukan selekeh tapi simple! simple is sexy okay! haha. aku pon cmtu la weh. dun wori. :)

aimi : baiklah aku cuba utk bagi kau tergoda. hahaha

hanaahmad said...

delarocha : betul tu, tapi sy tak cantik. :)

kepala manchis : tapi pasti kau suka gadis yang cantik peragaannya bukan? :)

phan : ok mmg ok. tapi simple sgt. ye. pasti. akanku ubah sket2. hehe.

khairunisa : yeah. i loike. :)

cEro said...

mmg betul apa yg penting ialah isi dalam dari luaran,
tp fakta di mana luaran dipandang terlebih dahulu sangatlah betul jugak...

haha, slow2 arr ubah sikit2..

ghost said...

ingat..cuma sedikit.

hanaahmad said...

cEro ; setelah sekian lama aku menanti komen dr ko. lumrah, luaran menjadi faktor utama dlm hdp skgni.

Phan : kenapa sedikit sahaja? xleh lebih2?

pembaris said...

perempuan2 feveret saya berimej lasak...

hanaahmad said...

pembaris : wuuu..susah nak cari lelaki cmni! haha

Aween Md Zahir said...

samo la den !
kwn2 byk tegur soh pakai dress..jwpn aku sm cm kamu hana : isy,,cm perempuan !
haha!
girlish2 sgt,,geli laa :P kekeke