Aku rasa syarikat-syarikat di Malaysia ni (atau di mana-mana sahaja), perlu lebih peka dan tidak mengamalkan dasar mempermainkan hati serta perasaan pekerja depa. Memang tak patut bila pekerja-pekerja yang diambil tanpa rasa bersalah kemudiannya dimain-main dengan dasar yang sangat keji. Seharusnya iklan jawatan kosong dibuat seperti ini, jika pekerja yang diambil hanya dijadi boneka tanpa perasaan menanggung amarah dan sakit lantaran dasar orang atasan yang tak sedar diri. Oh ya, ini jawatan untuk si gadis. Buat pria, jangan susah hati. Jika kamu jambu macam Justin Bieber atau kacak macam Ashraf Muslim atau boleh jadi sedang-sedang sahaja, kamu tetap diterima bekerja berdasarkan kelulusan dan bukan berdasarkan di bawah ini.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN DI SYARIKAT INI.
1. Cantik (Harus yang utama ya,)
2. Sexy (Paling syurga buat mereka)
3. Manja melentik (Lelaki mana tak suka?)
4. Putih melepak (Macam tepung gomak)
5. Ayu-mayu (lembut macam ponds)
6. Cakap meleweh-leweh (dengan aksi menggoda)
7. Kaki bodek (abg nampak hensem la! - orang lain panggil ENCIK, dia panggil ABANG ye)
8. Kaki melayan (sms sampai tengah malam)
Jika anda tidak mempunyai kriteria di atas sila jangan berangan nak bekerja di syarikat ini kerana kami hanya memberi layan kelas pertama (kelas kau maria!) mereka-mereka yang disenaraikan di atas sahaja. Jika anda masih berdegil mahukan jawatan ini juga, bersiap sedialah untuk menjadi boneka makian dan sentiasa dipandang rendah walau kerja kau tahap lima bintang. Gaji kau naik seganda, gaji mereka-mereka ini naik lima ganda. Sebab? Lu fikirlah sendiri.
Oh, jangan berfikiran salah kerana aku bukan mengata syarikat tempat aku bekerja (kau giler, kalau bos aku baca benda ni, memang jadi frontpage kisah aku). Ini kisah kawan-kawan yang menjadi mangsa. Aku hanya membantu apa yang patut.
Psst, boleh jadi, ia juga suara hati aku. :)
23 comments:
Oh. Aku memang suka kerja di mana perempuan dipandang dari aspek tu. I can use their weakness.
"You... I nak cuti seminggu tapi cuti berbayar and gaji double boleh?" *sambil menggigit jari dan mngelip2 vulumatapelesu
ASSHOLE.
raihana : " you nak cuti seminggu dan cuti berbayar plus double gaji? Boleh, jom kita tidur sejam. sejam pun jadilah." smbil mata meninjau2 ketinggian bukit bukau yang ada. - sangap.
sejam=double
kalau 2jam?
*menanggalkan stokin kaki*
raihana : kalau 2jam aku bagi kaki! hahahah
hahahah . you two so cute :)
Haiyo~ This one is so true. Alangkah bagusnya ada iklan kerja kosong macamni, then senang nak tau company tu macamana. Terus-terang je nak perempuan yang macamana... Then I know I'm not qualified for that ;)
inspirationalefeks : sweet tak? :)
bashtiah : kalau betul-betul ada, mmg susahla aku nak dapat kerja. haha
dunia...dunia
hai hana...
*wink2
terimakasih untuk semalam.keh3
imran : dunia kan? tapi itu memang lumrah dan sifat lelaki kan? erk..sorry. haha
raihana : sama-sama syg. mlm ni? hahahha. - cam lesbo dowh.
Lingkup cpt la co kalau amik pkerja
ikut kriteria bodoh camtu...
Muka cun pun jadi sampah gak kalau
kualiti keje cam taiyik..huhuhu
pergh, best gila lakon balik situasi kat atas=). faham sangat. ada lagi satu jenis wat iklan vacancy, nama kerja indah khabar dari rupa.
cikshinju : kan..tp mmg byk yg cmtu.
akumuzikfilem : indah khabar dari rupa takpe, jangan buruk khabar, buruk rupa. huhu
peh...sangat kelihatan BIASnya,jelas manusia diperkotak-katikkan melalui sumber fizikalnya.aku fikir menemui bias dalam sistem birokrasi di negara kita tapi akhirnya menemui suatu yang lain yang sebenarnya sudah begitu lama diamalkan.
Ophan Bunjos : sistem ini sememangnya wujud dan tiada siapa yang berani mengeluarkan suara apatah lagi cuba membuka mulut. aku taktahu apa lg yang perlu kami kaum wanita yang sentiasa ditindas disebabkan fizikal yang kurang ini.
haha
apa lagi. godalah bos2 sana
haihh . cik scya baru nak masuk degree bulan 9, insyaALLAH . zaman cik scya kerja nanti entah macam mana agaknya T.T
Aset perempuan jadi aset syarikat? Oh bukan. Aset bos syarikat. Huehue~
fuh... kuasa wanita
rozami : aku sedang mencubanya! wish me luck! lol~
scya : insyaAllah, yg pntg tetapkan niat.
melda : aset penting tu.
deloracha : kuasa lelaki tu. :p
tak suka kalau org pndang sume kriteria atas tu
tolonglah semua tu dunia je haha
nyna : kan...menyampah kot!
ada staff baru di ofis mempunyai background cheerleader.amoi.seminggu sebelum dapat result SPM dia dapat kerja.manager saya mata sepet jugak.
Post a Comment