Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, April 26, 2011

Peluang

Peluang dari Google.

"Aku rasa kau perlu beri peluang,"
"Peluang? Perlu ke?"
"Tak salah cuba,"
"Aku bukan jenis cuba dan tinggal, aku jenis cuba dan pastinya ia berbaloi,"
"Belum cuba belum tahu,"
"Kalau kata hati kata tak yakin, aku terpaksa akur,"

Aku mungkin dilahirkan untuk bersikap kejam terhadap peluang yang sering berkeliaran di latar kehidupan aku. Aku bukan seorang yang berani melawan dengan sakitnya risiko. Berani mengambil risiko yang pastinya terang-terangan menghancurkan segala manis kehidupan aku berabad-abad bukanlah satu tindakan mencuba peluang yang pintar. Sudah terang-terangan ia dibuktikan dengan latar yang buruk, adakah aku perlu menutup hidup dan mengutipnya umpama sampah busuk yang berulat? Aku perlu punya pilihan, aku perlu! Aku tidak mahu jadi yang ketiga. Biar bukan yang pertama, yang penting yang terakhir. Buat yang mengerti, maaf. Susah untuk aku telan. Hidup kita hanya manis atas dasar KAWAN.
Cukuplah sekali aku buat keputusan paling bodoh. Kali ini, biar aku nampak buruk asal penyesalan tidak menjadi teman aku sepanjang abad.

20 comments:

Inspirationalefeks said...

peluang ada banyak .. pilih saja .. yang pasti puas hati :)

ghost writer said...

ouh hana...

biarlah rasa begitu saja...mungkin rasa tidak yakin itu lebih bagus dari menerima sesuatu yang akhirnya tidak berbaloi untuk sepanjang hidup.

aku masih mau mengerti.

hanaahmad said...

inspirationalefeks : ada banyak, tapi datangnya bukan berkali-kali.

Phan : terima kasih kerana mengerti. aku masih perlu ruang fikiran yang dalam untuk merebut peluang yang belum tentu ada manisnya. :)

Raihana Izzati said...

:)

No need to accept or serabut kepala pikir about benda tu.

Kita pikir benda lain.

Jom keluar tasik buat vlog dengan aku.lulz

Raihana Izzati said...

Memang orang kata selagi tak cuba,selagi tu tak tawu.

But kalau cuba maybe sakit.so baik jangan.

Semakin tinggi dan masak ranum epal di atas, semakin manusia mengejar untuk dapatkannya.

Babe,, nak request boleh? Kau add aku kat fb. Bagi aku PELUANG boleh? lulz

Far8 budak baik said...

macam sajak je aku bace..
haha..xpe xpe penyesalan tu
perlu.baru kita matang..cewahh
haha

Rozami said...

bagilah daku peluang! :)

hanaahmad said...

raihana izzati : aku tak serabut, tapi orang di sekeliling aku ni yang menyerabutkan aku. haha. ey..ade dua request yg ko mintak ni. satu buat vlog dgn ko kat tasik, satu lagi add fb ko? erm...perlukah aku pilih salah satu? lol~

far8 : kalau betul matang takpe, tapi kalau jatuh tersungkur? seksa!

rozami : kan aku dah bagi aritu? tak ckp2 lagi? lol~

suffer8zine said...

dah tak de peluang :P

hanaahmad said...

suffer8zine : haha. takde ke?

cEro said...

walaupun aku tak tahu apa kesnya,
tp aku ada satu nasihat,
"If you want to learn from mistakes, make your own, not from others."

hentakbelipat said...

setiap pilihan tu mestinya satu sesi pembelajaran kan..

hanaahmad said...

cEro : terima kasih atas nasihat itu. :)

hentakbelipat : betul tu. tapi aku lebih mengikut kata hati. :)

pembaris said...

risiko yang kemudiannya akan menimbulkan awkward situation,saya tak suka...

Kepala Manchiss said...

jangan dibunuh cinta sebelum dicuba..semoga.

Republic Aku said...

Pastikan yang terakhir itu yang terpatri.

hanaahmad said...

pembaris : aku juga cukup tak suka.

kepala manchiss : itu yang paling aku takutkan. mencuba cinta.

republic : insyaAllah. moga2 saja.

Kepala Manchiss said...

pencubaan itu subjektif..semoga.

Yellow LEOpard said...

aku merasa apa yg ko rasa. mungkin. :))

hanaahmad said...

kepala manchis : aku takut walaupun ia subjektif. terima kasih.

yelloe leopar : mungkin juga. :) terima kasih. :)