Tiada siapa yang mahu hidup dalam kecelaruan dan keserabutan yang menyeramkan. Jika boleh ku elak, akan ku lari jauh-jauh agar ia tidak datang dekat. Tapi, hidup di bawah mana mampu lawan di atas? Berharap agar 'mimpi ngeri' kali kedua yang bakal tiba Mei dan Jun ini akan aku tempuhi dengan tenang dan pintar. Jika diberi pilihan, belum tentu 'dia' jadi pilihan apatah lagi tersenarai dalam pilihan. Apa boleh buat? Selain menerima dengan redha sedangkan hati gundah gulana menahan rasa dendam yang masih belum puas hilang dari kotak hati.
Serasanya mahu sahaja aku buang Mei dan Jun dari kalendar 2011. Tapi mampukah aku?
12 comments:
hey gadis...dont skip ok.
hadapi dengan tenang dan penuh kematangan..hidup biar tanpa dendam dan ingatan yang memukul.seperti lumrah mimpi yang cuma sekejap dalam tidur,maka anggap saja ia cuma pipisan dalam hidup kamu.
ghost writer : sedang cuba hadapi dengan tenang dan penuh kematangan. kamu memang tahu apa yang patut kamu cakapkan bukan?
ya maybe...sebab rasa itu seolah aku pernah rasa dan sebahagian dari rasa aku.
ghost writer : pengalaman mengajar kita segala2nya bukan?
@hanaahmad @ghostwriter
belajar dari pengalaman sendiri adalah orang yang berani menghadapi hidup..
belajar dari pengalaman orang lain adalah orang yang bijak..
mungkin pengalaman diri tak seberapa..
tapi itulah mematangkan kita sepatutnya..
bersabar dan cuba hadapinya, k!
api : jika ia sudah menjadi pengalaman kedua di mana pengalaman pertama dah cukup menyeksakan kita adakah perlu menelan mentah2 pengalaman yang kedua. huh, harap yang kedua ini betul2 mematangkan fikiran.
faizal : insyaAllah. sedang cuba. terima kasih. :)
kenapa? kenapa nk skip mei n jun???
aku sgt nak tahu..
sgt nak tahu...
mengapakah?
cEro : hee. nanti aku ku ceritakan. :)
imran : apekah? :)
huu smpai mahu membuangnya?
twinkle : yup. kalau boleh tak mahu langsung. huhu
Post a Comment