Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, March 8, 2011

Orang dalam

Semua orang tahu wujudnya Facebook sebagai laman sosial paling popular di serata dunia, sesiapa saja boleh bertemu kembali dengan rakan-rakan lama yang mungkin terpisahnya hampir berpuluh-puluh tahun. Positifnya Facebook ini menjadi satu jaringan 'perapat' antara satu sama lain tidak kira sesama kawan, keluarga, kekasih hati, bekas berbekas kekasih hati, teman serumah, teman sebilik, teman sekolej dan segala manusia yang ada di muka bumi ini. Negatifnya pula, sama seperti laman sosial yang lain, ia sedikit demi sedikit 'menjahanamkan' bebudak zaman sekarang. Tak perlu untuk penjelasan lebih lanjut kenapa ia 'menjahanamkan' kerna bukan cerita pokoknya yang ingin dikongsikan di sini.

Siapa yang tidak gembira pabila dapat berhubung kembali dengan sahabat lama. Siang tadi, aku menerima mesej di Facebook dari seorang kenalan rapat sejak berumur 10 tahun. Hampir bertahun-tahun juga kami tidak bersua muka dan dia antara kawan yang sangat-sangat tahu impian aku sejak dahulu lagi. Seperti biasa, nombor telefon bertukar. Dari Facebook kami beralih perbualan di telefon bimbit.

S merujuk kepada kawan lama, H merujuk kepada Hana Ahmad.

S : Hang keja mana sekarang?
H : Aku kerja dengan K
**A**K**F.
S : Wah, bestlah hang. Memang itu cita-cita hang dari dulu kan nak kerja camni.
H : Alhamdulillah, aku pun tak sangka. Tapi, baru kuli je.

S : Okla tu. Camna hang dapat kerja situ? Guna orang dalam ke?
Tempek gambar sendiri. Asyik mintak google ade jugak kena saman kan.

Okay. Aku agak kurang selesa dengan perkataan 'guna orang dalam'. Bagaimana aku nak buang mentaliti kebanyakan orang kita yang suka dengan perkataan 'guna orang dalam'. Bukan berniat untuk berlagak atau meninggi diri, cuma bagi aku, kenapa perlu pertikaikan bagaimana kita dapat sesuatu kerja itu sedangkan kita sendiri mempunyai kelulusan yang selayaknya? Ya, aku sendiri masih hijau, pengalaman yang ada hanya senipis kulit bawang. Namun, aku diterima bekerja hasil usaha sendiri bertungkus lumus turun naik bas menghadiri temuduga dengan ujian yang diberikan pihak syarikat. Alhamdulillah, aku yakin aku diterima bekerja disebabkan usaha yang aku lakukan.

Aku cuba elakkan dari bermain dengan 'guna orang dalam' kerana ia umpama kita menutup periuk nasi orang lain yang lebih layak berada di tempat kita. Aku percaya kepada rezeki. Mungkin ada peluang, tapi belum tentu ada rezeki kita. Jadi, berusahalah cara bersih dari mencantas rezeki orang lain dengan cara yang begitu hina.
Menyepikan diri dari alam maya buat seketika kadang-kala memberikan satu terapi yang cukup relaks buat aku. Aku masih boleh bergelak ketawa seperti biasa hakikatnya hatiku resah gelisah mengenang dugaan yang melanda. Perlukah aku mengeluh sesaat sedangkan masih lebih ramai yang diuji lebih dasyat dari apa yang sedang keluarga aku lalui?

13 comments:

MiZ Rayy said...

sma la kta... agak xbminat la guna2 org dlm nie...

hanaahmad said...

miz Rayy : kan..usaha sendiri kan lebih mulia. :)

suffer8zine said...

usaha tangga kejayaan

Terkini : FrenzyFM Kini Dengan Interface Baru

Sophie Al-yahya said...

aku setuju dgn kau. ikut hati nak guna org dalam. tp ikut otak, umpama tutup rezeki org lain pun ada. tapi, usaha itu penting!

hanaahmad said...

suffer8zine : betul.
sophie : betul. tak baik tutup periuk nasi orang kan. :)

cEro said...

walaupun tak suka jgak, tp kita takleh nafikan kewujudan 'kabel' dan 'orang dalam' ni...
dan kbykan hasilnya merosakkan organisasi di mana keupayaan tak setanding sangkaan... (expectation beyond ability)

fatien ! said...

betol, perkataan 'gune org dalam' macam menunjukkan kite ta boleh/ta pandai berusahe sendiri.

hanaahmad said...

cEro : benda ni dah wujud sangat lama, dan dah jadi satu habit orang kita yang tak dapat dibuang lagi.
fatien : kan....sangat setuju!

padin said...

aku pun tak selesa kalau orang cakap kita kerja sebab orang dalam, haihh

hanaahmad said...

padin : kan! rasa macam kita ni teruk sangat kan. :)

ghost writer said...

Hana..aku setuju dengan apa yang hana cakap,bila kita punya keyakinan yang tinggi kenapa perlu kita guna orang dalam sedangkan kita masih lagi leh usaha terlebih dahulu..

jangan hiraukan sangat hana.

err,baru tahu Hana keje ngan Karangkraf..hebat.

/Dayah/nurul/dayak said...

bibik ni baru nk komen pdahal da baca ari tu baca lagi entry karangan hana bes,huhu. go hana go, ganbate. jgn dgr sgt kwn lm berkata2' baru nk contct balik ni, ada je yg tak kena, rezeki ada dimana-dimana ;) bibik undur diri wassalam :)

hanaahmad said...

ghost writer : itulah mentaliti orang kita. eh, kerja dengan company besar dan ade nama tapi Hana masih kecil dan berstatus kuli di sana.

dayah : eh, awat lak bibik ni? tak baik tau. hehe.