Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, March 11, 2011

Kepercayaan

Sore tadi. Terdengar ketukan di pintu rumahku beserta salam yang dilaung berulang kali. Kebetulan aku sedang menanti Kak Bib (Owner rumah) yang berjanji mahu datang melihat bersama pembeli rumah. Ya, nampaknya dalam masa 2-3 bulan kami berlima perlu mencari rumah sewa baru kerana rumah yang sedang diduduki bakal dibeli. Itukan jika ia menjadi kenyataan.

Berbalik kepada cerita tadi. Dengan yakinnya yang ketukan itu datang dari Kak Bib (walaupun kedengaran yang memberi salam adalah suara lelaki), aku lantas mengintai di sebalik pintu. Tekaanku silap. Lelaki muda di depan pintu berbaju Melayu dan punya rupa paras yang elok serta tampan dengan senyuman manis di bibir.

Lelaki itu : Assalammualaikum kak. Saya datang ada jual barang sedikit. Saya dari Sarawak. Datang sini tolong keluarga dan adik-adik. Ini ada pewangi. Akak boleh letak dekat rak kasut (sambil matanya melihat rak kasut yang diletakkan di luar rumah), dalam kereta, almari atau di mana-mana sahaja. Beli ye kak.

Fuh....sangat panjang intro dia sampai langsung tidak sempat untuk aku mencelah sesaat dua.

Perempuan ini : Maaflah dik. Akak nak cepat. Tengah siap-siap nak pergi kerja ni. Lain kali ye. (Lain kali tu bila?)

Lelaki itu : Ala kak...sekejap je. Akak tengoklah dulu.


Perempuan ini : Takpe, takpe. Maaf ye dik.

(Dan aku hanya menutup pintu sambil melihat wajah hampa lelaki itu yang kayaknya layak digelar adik.)
Percayalah, ini gambar ihsan cik adik Google. :)

Aku juga hampa kerana terpaksa menghampakan permintaan lelaki itu. Maaf ya adik, aku belum punyai kekuatan untuk membuka pintu dan melayan permintaan kamu sedangkan rasa kepercayaan dalam diri aku sentiasa kurang, tidak pernah menjangkau 100 %.
Bayangkan jika lelaki itu adalah perogol bersiri, perompak, pencuri hati, penjahat, penjenayah, pemukau dan segala macam pe lagi yang cuba memancing mangsa?
Wuuu............................
Satu perkara yang aku senantiasa sedar berkaitan diri aku ialah sikap terlalu hati-hati dan kurang ketidakpercayaan terhadap orang sekeliling terutamanya lelaki! Bukan menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya. Tapi, setelah segala yang terjadi, rasa percaya aku semakin lama semakin menipis. Mungkin aku belum jumpa orang yang betul dalam hidup.

10 comments:

ghost writer said...

jangan hampa kerna itu rasa kepercayaan dan rasa berhati-hati kamu.Tidak menjadi soal kalau kamu menolak permintaan lelaki yang kamu tidak kenali..

itu mungkin mengelakkan kamu dari terkena.satu langkah yang sangat bijak.

Muhd Fadil said...

setujuuu sangat. zaman sekarang bukannye boleh percaya sangat.
memang la dosa bila kita berprasangka buruk, tapi tak salah kalau kita utamakan keselamatan kita dulu..
memang tepat la tindakan awak.

hanaahmad said...

ghost writer : berhati-hati sudah sebati dalam hidup aku. Tapi aku masih kecewa kenapa masih ada juga yang sentiasa tertipu?

muhd Fadil : keselamatan itu penting kan. :)

APi said...

biar beringat sebelum kena..
dah kena tak guna..

Muhd Fadil said...

hana :
yep. keselamatan diri sendiri tu yang penting.
tapi, jauh gile budak tu cari duit jual barang kan?
sarawak mari.. huu..
ada jugak yang suka ambil kesempatan.
be careful..

hanaahmad said...

api : betul tu. dah kena menyesal tak sudah kan.
muhd fadil : tula yang tak percaya tu. jauh sangat menjualnya.

ghost writer said...

sebab sifat manusia itu sendiri yang sentiasa terlupa dan terleka..

/Dayah/nurul/dayak said...

berhati2 selalu ye dan jgn kasi muka kasihan. jg diri elok2 k :)
ps- hana,i can lend my ear for you dear. .napa bersedih, ap yg berlaku dgn setiap ujian yg Allah bg tu nk mnguji keimanan kita , kena trima sabar dan tabah. aku doa kan kamu sihat sejahtera dan selamat dimna sahja amin

cEro said...

sebab tu ada orang kata, rumah pun boleh jadi tempat yang tak selamat...
sbb secara zahirnya, tiada tmpat yg selamat...
kan?

hanaahmad said...

ghost : syaitan tidak pernah berhenti melalaikan kita.

dayah : taktau nak cerita macam mana. thnx dear. doakan yang terbaik utk Hana pls. :)

cErO : betul tu. rumah kalau letak security canggih mcm mana pun belum tentu selamat.