Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.
Showing posts with label aku.student.terlampau.. Show all posts
Showing posts with label aku.student.terlampau.. Show all posts

Monday, October 10, 2011

10/10/10

Ketika kecilnya, aku adalah orang yang sering gagal dalam meraih kejayaan sehingga padu dalam fikiran bahwa, untuk melangkah walau setapak kaki di universiti itu adalah mustahil sama sekali. Saat itu, aku cukup percaya; segala yang aku lakukan dan impikan adalah satu dongengan yang tidak mungkin menjadi kenyataan. Angan-angan kosong menjadi sahabat terbaik. Namun, begitulah yang diadunkan olehNya; jika sudah dijalankan ceritanya begini buat aku; maka beginilah jadinya. Apabila berlaku keajaiban yang cukup membanggakan diriku sendiri ini; fikiran aku lekas berubah tanpa toleh bahwa; tiada apa yang mustahil jika kita punya usaha dan yakin. Aku lagi percaya bahawa setiap kejayaan itu bermula dari kegagalan; lambat atau cepat itu sahaja menjawab segala. Allah itu maha adil. DIA adun cantik-cantik segalanya buat kita. Ini adalah harinya genap setahun aku memegang segulung ijazah; gulungan mahal yang meletakkan aku demi masa depan yang panjang. Ya, moga terus ku nikmati ulang tahunnya untuk tahun-tahun mendatang.

Tuesday, September 28, 2010

sepuluh hari bulan sepuluh dua ribu sepuluh


10/10/10

Tarikh keramat tersebut bakal tiba tidak berapa lama sahaja lagi. Penat lelah bercinta, bergaduh, berdating, merajuk, putus asa, patah hati dan segala-galanya bakal terjawab dengan manisnya. Semanis tarikh yang pastinya menjadi ingatan buat selama-lamanya.

Nota kakiku kakimu jua : Tak perlu tempat indah untuk nampak manis, tarikh juga boleh jadi manis.