Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, January 11, 2013

Kebohongan paling jujur.

Aku percaya, kejujuran bukan hanya dapat dilihat dari kata-kata, malah dari perilaku yang kita lagakkan. Kita mungkin bebal untuk tidak mengetahui bagaimana seseorang itu jujur ataupun berbohong kerna pembohongan itu juga sebahagian dari kejujuran. Apabila kita berbohong, bermakna kita menyatakannya dengan jujur yang kita sebenarnya tidak mampu membogelkan kebenaran. Silapnya, kita tidak nampak melainkan kita percaya pabila kita digula-gulakan dengan kata-kata, 'aku tidak berbohong kerna aku jujur'.


16 comments:

misz aisya said...

sy suka meletakkan kepercayaan pd kawan2. susah utk berprasangka. anggap mereka jujur belaka.

tp, bila sekali ditipu, sy susah nak percaya.

ewanthology said...

Lihat pada kelakuan, bukan kata kata

Anonymous said...

tipu itu digunakan untuk meredakan keadaan.

MalizaMah said...

pernah percaya pada rakan malangnya aku digulakan dengan kata-katanya. dia memanipulasikan keadaan shgga aku menjadi benci pd nya.

APi said...

Kerna itu gerak tubuh dipanggil bahasa..
Kau boleh menilainya..

cimöt said...

jujur pada bohong..

Asyiqin Haulisah said...

Malangnya manusia ini cepat percaya akan kejujuran pembohongan itu. nah, cepatnya dia.

Nazgold said...

ada masanya dan takalanya berbohong lebih elok dari jujur..

PenjuruKosong said...

percaya saja bila kau bisa percaya kerana kebenaran itu bukan bilamasa ia benar tapi bila kau percaya itu benar

Felly Sophia said...

Sebab kebenaran itu pahit.

Päk Läng said...

dan kita kadang-kadang cuba membohongi diri sendiri dari apa yang orang lain sampaikan terhadap kita...masalahnya adakah untuk menjaga hati yang lain atau menjaga hati sendiri? sampai suatu tahap kita rasa mahu meng-tong-sampah-kan semuanya.

inna_risna said...

utk berlaku jjur itu maknanya kita kena adil pada diri sendiri..

Unknown said...

kebenaran sejati mmg fitrahnya menutup aurat demi mengelakkan ereksi manusia2 yg mengungkapkannya.

ini juga terbukti kalau kita perhatikan kebenaran selalu membuat kita lambat inzal.

Unknown said...

hehe...suka dengan tajuk ni hehehe!

Ermizi Muhamad said...

Kadang, aku berbohong kerana terpaksa.

catherine- said...

hana,

ada seorang perempuan yang tidak boleh menerima saya sebagai kawan (halimunan) yang sebenarnya ikhlas dan jujur nak berkawan (secara halimunan).

kenapa dia begitu ya??

hmm..