Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, January 3, 2013

Diselimuti kekesalan masa lalu.

Aku kira dua ribu dua belas benar-benar merobek pemikiran aku dengan rakus. Kesilapan-kesilapan masa lalu tidak lepas menyelimuti aku dengan kejam sehingga memasuki dua ribu tiga belas ini, aku masih di terkapai-kapai, lemas dengan kekesalan. Menjadi paranoid pada banyak hal bikin hidup aku sedikit negatif dan menyedihkan. Seperti yang lain, aku cuma berharap musim baru ini akan menyuntik aku menjadi seorang pemberani dan mendewakan diri sendiri lebih dari yang lain. Aku cuma mahu bebas dari masa lalu, bebas dari dibelenggu penyesalan, juga mahu terus mengait mimpi-mimpi kecil. Aku tidak boleh membuang masa lalu kerna aku percaya, tanpa penyesalan manusia tidak akan bangun dari kegagalan. Dan tanpa masa lalu, kita bukan siapa-siapa pada hari ini.


15 comments:

the malay male said...

yg penting perlu lebih positif dalam pemikiran.

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

kita ialah siapa kita sekarang...

Wadi AR said...

macam aku masih dok dalam cangkerang lagi. pemalu

Päk Läng said...

bahagia atau tidak, ini yang dinamakan hidup. dan kita terpaksa meredah lumpur-lumpur itu.

sentiasa berharap semoga tuhan merahmati kita semua, kawan.

syafiqakarim said...

terus kuat untk masa akan dtg.

KonspiMaker said...

Takpelah slow slow ambil mood utk ke arah yg positif tue.Ayuh mari jadi manusia kuat.

CassiaSiamea said...

kenapa perlu ada penyesalan??

ana said...

arap kau terus tabah kak..

shandye. said...

anggap saja dua ribu dua belas sudah tiga hari berlalu. sudah menjadi kertas kernyai dalam diari yang tidak wajar diisi. pandang depan, senyum dan aturlah langkahmu!

yong propaghandi said...

hana itu bunga dalam japanese. Kalau mahu hidup mekar,kau sendiri yang kena kuatkan dulu antibodi kau tu. Kamon!

Cik Jannah said...

hana, sejak baca blog hana, jannah makin suka berpuisi. ecece. maksud jannah, meluahkan rasa tru tulisan.

miranadia said...

life is too short to have regrets

ghost writer said...

bagus amat kata-kata. biar beribu kekesalan menerjah, pasti akan ada berjuta kebangkitan.

APi said...

tanpa kesilapan, masakan manusia itu semakin baik? itupun jika mempelajari dikit daripadanya..

Kerdildesa said...

Tinggal yang lama, khabarkan yang indah pada yang baharu.