Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, December 28, 2012

Mimpi-mimpi aneh.

Mimpi-mimpi aneh kerap menyelimuti malam-malamku di penghujung Disember ini. Bagaimana sesuatu yang tidak-tidak itu boleh berlaku begitu dan begini. Lenaku yang seharusnya indah menjadi pincang dek mainan mimpi aneh yang kian berlanjutan tiga, empat hari lewat kebelakangan ini. Aku hampir merusuh kerna mimpi adalah pembunuh utama waktu tidurku menjadi singkat amat. Dengan kerjaan yang tidak menentu. Pulang lewat malam dan kerjaan yang selama ini mudah bagi aku namun semakin memberat. Perihal cuti, sudah dua kali aku mengambil cuti yang panjang di dalam Disember ini. Ah, ada yang tidak kena barangkali. Dua ribu dua belas tidaklah tahun yang teruk bagi aku, cuma perjalanannya dirasakan terlalu panjang. Dan semalam, tekakku perit amat. 

Kita sering meminta-minta untuk ke masa depan
 ataupun kembali ke masa lalu, 
sayangnya kita tidak pernah mahu nikmati hari-hari yang ada
 dengan kesungguhan. 


11 comments:

Wadi AR said...

aku baru baik dari tekak yang perit kakak. harap kau dijauhkan










*eceh, sejak bila aku berintonasi sebagai pemuisi ni. kahkahkah. belanja gua mana? ting ting ting

a n said...

orang tua kata mimpi hanya mainan tidur..

Mia said...

sejaksejak nih pun aku selalu mimpi yang pelik pelik . anehh .

ewanthology said...

sebelum tido Jgn lupa basuh kaki :-)

misz aisya said...

basuh kaki b4 tdo. baca doa tido.

tekak perit? nak dmm ke?

iKhRam said...

suka benar dgn kata2 akhir itu

tidak pernah mencuba mengecapai hari2 yang sedang dilalui dgn bersungguh2

sebaliknya selalu terkenang2 hari2 yg lpas yg sepatutnya memberikan khabar yg baik pada masa ini..

pikir kool said...

mimpi ape?

kadang2 mimpi adalah petunjuk drpd ilahi dan bukan mainan diri.

MalizaMah said...

suka.........

Päk Läng said...

mimpi itu cuma retakan-retakan mozaik yang terpisah dari realiti hidup kita dan ia mungkin adalah pelengkap

ya, dua ribu dua belas juga terasa mengalir lesu bagiku...selamat menempuh tahun baru dan semoga tuhan merahmati kita semua

Aing said...

kadang mimpi hadir sebagai peringatan, moga 2013 tahun yg indah lg buat kau :)

Unknown said...

pergi mandi wajib cepat.