Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, November 25, 2012

Tentang Luvenia yang aku kagumi.

Luvenia tidak mampu berjalan dengan baik. Kakinya tidak secergas dahulu. Usianya sudah pun menginjak separuh abad. Ini sudah dua kali aku dan dia dihantar bersama-sama menjalani latihan yang diatur syarikat. Dua kali itu juga hati aku tersentuh melihat dirinya yang tidak pernah putus semangat dan kental memenuhi setiap acara yang dijalankan. Kebanyakan kami perlu menjadi orang yang lasak, yang kuat fizikal bermain acara yang dibikin fasilitator. Di situ, aku menjadi antara yang termuda dan sebilangan mereka sudah berada di sini berbelas tahun lamanya, malah ada yang sudah menginjak tahun ke dua puluh lima. Lumrah, kita sering tamak dan mulai memikirkan sesuatu yang lebih baik dari apa yang sedia ada. Aku sering meminta-minta untuk ditawarkan kerjaan di tempat lain dengan gaji bulanan yang lebih besar dan lumayan. Sedangkan sejak persekolahan, di sinilah latar masa depan yang terlalu aku agung-agungkan. Seperti yang lain, Luvenia sudah berada di sini hampir berbelas tahun lamanya, dan aku menyoal apa menyebabkan dia begitu setia dia sini, sehingga langsung tidak membuka mata pada yang lain. Katanya;

"Aku tidak menemui kasih sayang di tempat lain seperti di sini. 
Persaudaraan di sini bikin hati aku penuh dengan waja. Uwang bukan soal utama, kerna dengan kasih sayang segalanya jadi mudah buat kita,"

Mata aku terbuka meluas. Luvenia memahat kata-kata yang merungkai kebenaran buat aku. Ya benar, tiada apa yang pincang di sini jika mahu dipersoal perihal kasih sayang, persaudaraan juga soal hubungan antara teman yang lain. Malah, di sini lima waktu aku bersama Tuhan lebih terpelihara. Dan sekali lagi, Luvenia bikin tahap kekaguman aku terhadapnya meningkat. Ada hal yang harus aku nikmatinya tanpa perlu ada sebarang rungutan, dan ada hal yang harus dinikmati dengan penuh syukur. Berbahagialah.


15 comments:

si ngokngek said...

adat manusia.sentiasa mata dikaburi dgn wang padahal itu bukanlah asas utuk kasih sayang.luvenia moga tabah:)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

jgn kita hidup dikaburi wang ringgit.

the malay male said...

Keselesaan bekerja yang paling utama

cimöt said...

AKU SETUJU NGAN LUVENIA..

asip محمد said...

ah nampaknya tahap ni.. gua belum sampai.. kah3

Wadi AR said...

pesen bos aku ja. haha

yangbaik said...

aku bukan luvenia...

Anonymous said...


Luvenia Rocks!

Anonymous said...

Setiap hal itu ada natijahnya kawan.. =)

inna_risna said...

terkadang kita menjadi tamak tanpa kita sedar...

iKhRam said...

aku juga bersetuju..
di tempat keje skrg ini.. kalau ada yg bertanya, mahu tak bertukar di sekolah normal yg jauh lebih sempurna dan baik

aku pun tetap menjawab
tak perlu lagi rasanya
sekolah ini penuh dengan perhatiand an kasih syang..

pokok pangkalnya bukan kemewahan dan kesenangan
tetapi seberapa byak kasih sayang yang telah kita curahkan..

mengajar di sekolah pendidikan khas
memeberikan aku kasih sayang yg sempurna.

ghost writer said...

dia memilih tempat yang betul pada masa yang betul.

Badrullah Anson said...

sial betul. perempuan skinny selalu berjaya meyaklinkan aku untuk teransang tanpa orgasm. huh.

Päk Läng said...

kebahagian lahir dalam kesederhanaan

fadh said...

harmoni rasanya bila bahagia macam ni