Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, November 22, 2012

Syurga buat saudaraku di sana.

Mata-mata suci itu
sentiasa penuh dengan jihad,
Mata-mata suci itu
sudah lali dilayar peluru di udara.

Mereka tidak pernah pinta simpati,
Kerna,
Mereka tidak pernah takut untuk mati.

Mereka sedang berbahagia,
Dipilih Tuhan untuk terus setia
mengukuhkan Masjid Al-Aqsa.

Sesungguhnya aku malu saudaraku,
Aku tidak mampu berbuat apa-apa,
Malah aku tidak tahu mahu lakukan apa,
Ini sedikit dariku,
Doa besar dari aku manusia kecil. 


Doa buat saudaraku di Gaza, 
juga buat saudara seislamku di seluruh dunia.


13 comments:

Leeza dayasari [santai leeza] said...

sebenarnya leeza sendiri kagum dgn mereka. jika nak dibandingkan dgn kita, apa yg kita buat utk pertahankan agama kita, negara kita. malaysia tidak kurang perbalahannya bila melibatkan politik. huuuu....
bangkitlah rakyat malaysia.

APi said...

moga doa kecil kita menguatkan mereka..

the malay male said...

"nothing much we can do"

misz aisya said...

apa yg berlaku di Gaza menyedarkan kita tentang tingkat iman sendiri. :)

Wadi AR said...

doa itu kekuatan

catherine- said...

mimpi ngeri akn berakhir. cuma x tahu bila.

Al-Fatihah utk yang terkorban.

ghost writer said...

moga-moga kejayaan bersama mereka yang bersabar

محمد رازيق said...

moga senjata kita itu menjadi kekuatan pada mereka

zuhaida said...

berdoa sahaja yang termampu untuk dilakukan kerana doa itu senjata :)

semoga mereka terus kuat dan kita juga akan jadi sekuat mereka.

si ngokngek said...

doa itu senjata orang mukmin.pray for gaza:)

cimöt said...

DOA TANPA JEMU..

nik ros said...

pray for Gaza
moga Allah lindungi mereka :)

Päk Läng said...

setiap laungan kecil kita yang mengutuk kekejaman zionis itu pasti akan diterbangkan angin lalu malaikat akan membisikan ke hati para 'pembunuh' di sana supaya mereka berasa goyah dan tidak tenteram

insyaAllah