Thursday, October 11, 2012
Hujan emas di negeri orang.
Jakarta seolah-olah tidak mahu bermesra denganku. Udaranya panas, juga seisi alamnya yang kurang senyuman membuat kondisi tubuhku sedikit pincang. Kepala sedikit memberat barangkali dek perubahan cuaca yang ditujal mendadak. Tubuhku gering, perutku mual. Fizikal aku lemah secara total. Aku tidak betah di sini. Di Bandung mungkin segalanya lebih mempesonakan. Udara lebih nyaman bersama isiannya yang penuh kemesraan bikin aku selesa. Namun di antara keduanya, masih ada yang lompong. Anak-anak jalanan berkeliaran di sana-sini bersama cerlung mata meminta jutaan simpati semewah mata uwangnya. Si kecil menggendong si anak yang lebih kecil bersimpuh di tepian. Segalanya diperdagangkan demi rezeki yang ditagih setiap hari. Mata aku tidak kuat untuk menghadam segalanya. Ia buat aku sakit menahan simpati.
Dari kejauhan, kesesakan Kuala Lumpur yang aku bencikan selama ini menjadi hal yang paling aku rindukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 comments:
Buruk mana negara kita. Kita dah biasa semua tue, dah boleh hadam semua.
Terlalu sesak kah Jakarta itu?
sekarang lu dah lihat apa yang gua lihat hampir empat tahun lepas.. mula2 memang rasa kasihan.. lama2 rasa macam sial..
biarpun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih serasi...
jauh perjalanan, luas pemandangan.
ambil emas dan bawa balik ke negeri sendiri.
HUJAN - Rumah Kita.. best... dah cedok emas, jangan lupa asal usul mu..
membenci itu tidak semestinya tidak menyayangi..
walau berharga mana emas itu, ia tak mampu beli segala..
simpati, ironi di mana-mana..
jakarta tak sampai lagi.
yup..bila dah pergi negeri org, baru tahu betapa bertuahnya kita dibumi malaysia :-)
hi hana...
Segera pulang ke Kuala Lumpur.
ambik masa berada dan nikmatinya
Oh! Rupanya Jakarta hanyalah indah khabarnya..
aku dah sini 6 tahun. bayangkan apa yang aku hadapi selama 6 tahun ni. tapi, orang2 dia baik :)
wah bestnya berjalan..hehe..
kolumpo jugak yang dirindui pada pegakhirannya.
buruk baik diri kita
penerimaan kita terhadap diri sendiri adalah yg terbaik.....
sebenarnya
kita perlu menghadapi kehilangan utk memburu penghargaan yg begitu ikhlas..
dari hari ini
kita belajar sesuatu kan..
erti rindu
erti penghargaan..
dan yang paling
erti bersyukur itu sendiri
tahniah
pengalaman telah mengajar diri kita sekali lagi.
cuba berhujan perak lama2 dulu di sana , mungkin mesra juga sikit skit. :)
tempat jatuh lagi dikenang, mana munghkin negara kelahiran luput dari ingatan
tak bagitau...saya ada belen duit rupiah beratus ribu lagi ni...
Hana , bagaimana kamu disana? baik baik saja kah ?
windu ngan die..wuuu...huhu :d
di dunia kelahiran aku paling aku cintai...dari dunia kelahiran org lain
jakarta memang begitu suasana alamnya. sesak dan bingit serta byk anak2 yg minta duit berkeliaran d jln raya.
jauh kita merantau, tempat asal jg yg paling dirindui. :D
pergi jakarta eh
itu lar sebab nya kita kena bersyukur dilahirkan sebagai anak malaysia..
salam hana..lama betul ayie tak nampak hana di blog...ingatkan hana dah x aktif berblog....hehe :D
bila kita jauh dari sesuatu, baru kita akan hargai.
selalu nya, macam itu lah..
ketika kondisimu kurang enak.. pasti di kamar kecil dikau luahkan..
tapi untung juga lihat tempat orang
Post a Comment