Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, October 8, 2012

Sore kemaren.


Udara panas lewat malam tadi benar-benar merosak waktu lenaku di ranjang. Aku fikir begitu. Dalam kepanasan udara, sebenar-benarnya ada yang berlegar-legar menganggu seisi minda aku yang sedikit pincang semenjak bermulanya sesi forum Sore Senorita kemaren. Ada sesuatu yang memikat hati aku sewaktu menonton diskusi di Rumah Titi itu. Jujurnya, manusia-manusia bergender perempuan senantiasa membikin aku terpesona dan terpikat melebih dari laki-laki. Mereka sentiasa memikat dalam banyak hal yang menerbitkan aku rasa kekaguman yang paling dalam. Orang-orang yang aku  kagumi dan jatuh hati ini menjadikan aku mula berfikir betapa aku ini hanya kerdil lagi picisan yang tak punya apa-apa. Dalam kekerdilan itu, aku hanya mampu berharap agar aku juga dianugerah Tuhan sifat seindah begitu. Yang bisa menjadikan aku mengagumi diri sendiri lebih dari mengagumi yang lain. Namun, berharap tanpa apa-apa usaha secara langsung juga tidak menjadikan kita apa-apa. Sedangkan tiap dari kita sendiri bermula dari kosong.

17 comments:

Leeza dayasari [santai leeza] said...

like

ana said...

jangan habiskan masa dengan mengagumi mereka.

BonekadalamChermin said...

quote: setiap penulis perlu syok sendiri dan suka dengan tulisannya.



please.


syok sendiri.

:)

Dayya Dayyanna said...

:) you are just as great as they are. remember that, please.

:)

APi said...

dalam kau mengagumi orang lain, ternyata ada pula yang mengagumi kau samada dalam diam atau bising..
norma.

iKhRam said...

adakala tidak salah mengagumi orang lain; mana tau boleh dijadikan inspirasi..

tapi adakala
kagumi juga diri sendiri; mana tahu boleh dijadikan motivasi - buat tingkatkan esteem diri..

syafiqakarim said...

terlalu rugi tidak hadirkan diri

Yellow LEOpard said...

...Dan aku kagum dengan tulisan kau

the malay male said...

peluang belum terbuka

ghost writer said...

memang agak hangat ruang di dalamnya. jadi aku suka duduk di luar merasai angin bersama lelaki yang lain. di dalam biarlah perempuan.

cimöt said...

sore senorita..

emmmm.. nice!

EZAN IDMA said...

aku kagumi setiap tulisan kamu :)

Päk Läng said...

lumrah kehidupan; kita mengagumi seseorang dalam masa yang sama, ada seseorang sedang mengagumi kita

♥ Nana BamBam ♥ said...

aku kagum kerna mengenali kamu :)

si ngokngek said...

setiap kita punya istimewanya sendiri..

Pan. said...

aku harap juga begitu.
*tak dapat pergi senorita haritu.duhh

Anis izyan Abd Rahman said...

aku juga sering kagumi wanita lebih dari lelaki mengkagumi wanita