Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, September 12, 2012

Terapi hati.


Ada hal-hal yang kita lebih suka nikmatinya sendirian. Ada hal-hal yang memerlukan masa untuk kita nikmati bersama. Jangan menebak aku dengan seribu persoalan yang aku sendiri tidak punya jawapan balas. Atau aku hanya mampu membalasnya dengan membisu. Waktu ini, aku cuma beranggapan bersendirian itu adalah satu terapi.

28 comments:

Haikal Blank said...

Kadang bukan tidak mahu menjawab mereka, tapi merasakan hal itu tiadalah kaitannya dengan ramai, cukuplah biar ia bergomol dalam hati sendiri.

memang ada masa perlu ruang sendiri.

Anonymous said...

betul. kekadang kita perlu menyendiri untuk beberapa waktu

hnahdy said...

betul. kekadang kita perlu menyendiri untuk beberapa waktu

pepol said...

hana..bku ko pos da sampai,trimas

amira faqihah said...

yes,,besendirian lebih menenangkan kdg kala

APi said...

kesendirian itu adalah hak milik setiap insan.. gitu

a n said...

bersendirian di hamparan sejadah pada ketika pekat malam yang menghimpit dan ketika nyayian dengkur yang nyaring adalah lebih afdal.

ewanthology said...

Bersendiri tenangkan diri.

Lelaki said...

sendirian itu adakalanya aman...

JelinaJoli said...

Usah peduli pada yg tak memahami indahnya bersendiri pada saat2 ketenangan dicari.

Faizal Sulaiman said...

sendiri itu sangat penting utk manusia nilai semula sekelilingnya

pembaris said...

sambil tengok bintang di langit

abang bro EL said...

memang perlu masa bertenang...

zuhaida said...

kdg2 memang perlu bersendiri untuk tenangkan hati :)

MalizaMah said...

bersendirian dan meluahkan segala galanya....
saya setuju kak.
like ur writing...

iKhRam said...

seramai mana pun manusia diplanet ini ingin kita berkawan, berbual..

tetapi bersahabat dengan diri sendiri perlu pada masa-masanya jugak..

si ngokngek said...

keadaan yg tenang banyak membantu jugak..take your time

inna_risna said...

sendiri itu buat kita byk berfikir akan sekeliling kita...

YouSOF said...

Speech is silver, silence is gold.

Choose which one u want. ;)

cik jannah said...

lama tak jenguk sini. rindu pulak. :D

ada masa kita perlu ruang utk sendiri.

si robot comel said...

bila kita keseorangan,kita rasa tenang.

ghost said...

ah, seksi ayat-ayat ni.

Unknown said...

hati2 kat bandung
:)

cimöt said...

suka gak nak lonely..sometimes..

AJ said...

Kadang-kadang, aku memilih untuk duduk membatu dalam gelap. biar kipas pun padam. hangat. membiarkan diri kekosongan tanpa ada fikir. aku cuba menyorok susuk tubuh ku dari kewujudan; tapi ia hanya untuk seketika.
esok lusa, bila aku dah pandai nak senyum seperti kelmarin, baru aku keluar dan ketawa dengan jujur.
kenapa?
kerana hidup perlu ada 'pause'. ada moment mencari frequency hidup yang lebih hidup dari rancangan realiti tv. dan bila hujan di luar sudah mula reda, aku melangkah balik. Langkah yang lebih kemas tapaknya.
Ameen

AJ (Sept 2010)

feyza said...

hi hana~

Bidadari Syurga said...

...diamnya aku, mana bisa melukakan kamu...

ps: lama tak baca artikel kamu...

Ermizi Muhamad said...

Ambil masa dan renungkan kembali.