Evanthe semakin lesu di pembaringan hidupnya. Untuk mozek yang ini, dia seakan hilang sesuatu. Seolah-olah lebur ditiup angin dan meresap di aspal jalanan. Evanthe benar-benar lelah, fikirannya memberat dan terlalu hingar. Dia merindui hidupnya yang dulu yang kini makin hilang dilitup fungus hidup. Yang masih pekat melekat, menanti saat untuk dihapus lekas. Evanthe hanya menanti dalam kerinduan hidupnya dahulu-dahulu yang tak mungkin akan kembali melainkan dia mampu untuk memutar jarum waktu hanya kerana mahu melunaskan rindunya yang kian padu.
Saat ini,
Evanthe hanya mampu
membiarkan jasadnya teroleng-oleng
mengikut rentak Tuhan.
19 comments:
Moga rindu yang sarat itu telunas.
evanthe harus sedar dunia ini memang keras.
lekas bangun dari pembaringan lesu.
evanthe, jangan sampai lupa makan
eh, hrp2 evanthe dpt bangun dan hirup udara segar dgn lbh baik:)
bangunlah evanthe, rindu itu tidakkan terlunas jika sepanjang hari hanya dipembaringan,..=)
harap semua okey.
mengikut arus, cara yg paling mudah
RINDUUUUUUUUUUUUUU :(
Moga evanthe terus bersabar. Kehidupan ini mmg penuh onak dan duri. badai melanda tanpa diduga.
jika aku, aku ambil jalan mudah. buat apa menyiksa diri
evanthe ni sapa?
bayangkan betapa kuatnya kerinduan tuh. sampai harus berusaha gigih.
tabah, cuma itu pengiring rindu
Evanthe tahu dia perlu terus kuat kerna kerinduaan itu butuhkannya..
Rindu bukan teman yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman yang merawat duka dikala kau berjauhan..
*ni senarnya lagu. HEHE
go with the flow..Evanthe~
Evanthe perlukan dorongan
take care :)
Post a Comment