Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, June 19, 2012

Dibatasi sesuatu.


Ruang lingkungan aku kini seolah-olah dibatasi oleh sesuatu yang tidak seharusnya ada. Yang seolah-olah mengelilingi keberadaan aku dengan titik hitam pekat dan likat. Yang menyesakkan ruang udara sama seperti kotoran jerebu yang sedang menghiasi udara kota waktu ini. Untuk apa jua cara pun, kita masih tetap terpaksa menghirup udara yang kotor dan berdebu itu, hanya semata-mata untuk terus hidup normal seperti kebiasaan. Walau sedikit tidak selesa, namun itu sahaja jalan pilihan yang ada kerana kita tidak punya kuasa mengadun udara sepertimana apa yang Tuhan lakukan. Sama ada litupkan ruang muka kita dengan topeng ataupun apa sahaja, kita masih kekal menghirup angin yang sama, masih dibatasi dalam keadaan yang tidak selesa.

Seperti mana aku, yang semakin dibatasi dengan ruang yang semakin sempit terhimpit. Tersekat di antara dua rasa yang berbagi. Walau lelah, aku masih perlu menadah rongga pernafasan, menerima masuk apa yang Tuhan tiupkan. Aku menolak segala rasa yang tidak-tidak dan menerimanya dengan hati yang besar kerana aku percaya, Tuhan sedang merencana yang sebaiknya. Bersenyum-senyum sajalah.


28 comments:

hani said...

semua. semua pun dibatasi rahsia Allah. kau betul untuk bersenyum senyum.

nasihatkan aku begitu juga ya? :)

Anonymous said...

batas, dibatasi dan terbatas.

moga kesemua lingkup itu dilenyapkan Tuhan dari kamu.

terus senyum ya.:-)

♥ Nana BamBam ♥ said...

selagai ada Allah, selagi tu kita selamat :)

a n said...

Ruang lingkup yang sempit yang maha Atas hadirkan kepadamu itu pasti ada sebab yang perlu untuk kau terima.

cara penerimaan kau yang Dia mahu lihat.

menerima sesuatu pemberian yang pahit dengan senyum, itu tabah namanya. terusakan senyum hana:)

MalizaMah said...

tertarik dengan cara penulisan yang mengaitkan jerebu yang menghimpit kita ....

MalizaMah said...

tertarik dengan cara penulisan yang mengaitkan jerebu yang menghimpit kita ....

dill said...

i am almost drowning..help!

dill.

Asyiqin Haulisah said...

hana, ruang yg terbatas itu akan ada hikmahnya. DIA menguji perlahan perlahan. senyum dan terusan senyum sayang.

ewanthology said...

terima seadanya

inna_risna said...

senyum dalam menghadapi hari seterusnya. insyaAllah, semuanya akan baik2 saja.. :)

Wadi AR said...

senyumlah ahai cek mek molek

~* chirpy_chummy *~ said...

nah, ambil senyum ini. moga ianya berjangkit kepada semua di bumi. ^_^

Telor Power said...

Ada sebab mengapa ianya terjadi...

setiap kejadian ALLAH ada hikmahnya

ஜ miss klanika ஜ said...

cuba mengatasi nya . utk tetap melalui idup seperti kebiasaan

miranadia said...

sekarang memang jerebu, jangan hati kita yang jerebu udahlerr....=]

nurkaloi said...

pernafasan memang susah nak kawal...terbau yg busuk punn terpksa trima dgn sabar ~__~

ghost said...

itulah juga namanya kehidupan. kita rempuh untuk terus hidup.

Arai Lekir said...

rilek..rileks..

cEro said...

Batas adalah batas jika kita membataskan.
Manusia sangka langitlah batasannya, namun kita tahu alam Tuhan masih terbentang luas di angkasa.

dayah said...

hi. sihat? take care ya

AA said...

hakikat kehidupan :') sabar untuk jalaninya,walau kadang hati tak rela.

MalizaMah said...

menanti luahan seterusnya...

Misya Mialen said...

jerebu menakutkan. sebab boleh membikin pernafasan terbantut dan blh mematikan yg hidup. sama seperti kita, telan semua yg ada walaupun cukup pahit rasanya;) yang indah itu nikmat dari Tuhan. yang tidak indah itu pun nikmat juga dari Tuhan. selamat bersenyuman;)

PenjuruKosong said...

di ruang semakin sempit
lapangkan dada
bukakan minda

kita BEBAS!

MalizaMah said...

HARI-HARI pasti singgah sini baca nukilan yg dulu2...
minat!

Pembunuh Tanpa Bayang said...

sesak.....

BonekadalamChermin said...

apa saja yang dirahsiakan Dia
akan menjadi sesuatu yg sempurna buat kita

moga kamu tenang-tenang saja.

:)

Amiey White said...

moga kamu baik baik saja kawan.