Aku sedang merasai enaknya bahagia bersama teman yang aku angkatkan mereka istimewa dalam lingkungan hati aku. Istimewanya lagi, aku tidak perlukan apa-apa untuk meledakkan
tawa dan menggaris senyuman di bibir dengan adanya mereka ini yang sentiasa ada di saat aku merasai sakit, pahit dan hitamnya kanvas hidup. Cumanya, aku sendiri takut
jika bahagia yang aku rasa, hanya bertahan sedikit cuma dan hilang dibawa arus
masa yang sering merasai cemburu. Aku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan aku
pahat kata ini sebagai janji dan doa agar Tuhan terus membahagiakan hati-hati
kita bertiga sampai mati. Biar kita bakal jauh dan berada di haluan yang
berbeda, jangan pernah sekali melupai momen yang pernah kita rasai bersama
walaupun hanya sesaat. Yakinlah, aku bukan manusia pemurah yang mudah berkongsi
kasih dan sayang, dan ini benar-benar apa yang hati aku detikkan. Berbahagialah selagi punya ruang dan tika untuk kita meledak tawa bersama.
Dan senyuman aku sekarang hanya kerana kau dan kau.
35 comments:
orang kata bertiga itu bahaya
kerana berdua lebih baik
tapi bagi aku
bila bertiga yang bahaya itu
kita masih bisa bersama
nah...
disitu
kita juara....
p/s : aku mohon dan berdoa kau akan kuat dan selalu tersenyum~
Hana, banyakkan selawat tau. ubat hati untuk jadi kuat. Chill.
hanna~~Tuhan telah hantar mereka berdua untuk kau kenal bahgia. harap kau sentiasa berjuang untuk bahgia:)
Moga doa kamu dimakbul Tuhan. :)
sahabat, kau lah segalanya..
Sebuah kapal yang mempunyai sauh yang kuat, akan kuat menahan ombak dan badai laut.
insyaallah... semoga doa kamu didengariNYA... bersahabat 3 selalunya tidak stabil... bila sorang hilang.. lama2 hilang semuanya.. aku merasainya dari pengalaman... namun, manusia tetap manusiakan... tak salah temu kawan baru dan yang lama tetap dalam hati...
kadang
kenangan lalu menitiskan air mata.aku lebih rela menangis terkena duri daripada menangis merindui momen indah yg dimiliki.
moga tuhan membahagiakan hati2 kita..
Setiap satu akan tetap pergi. Bawa haluan sendiri. Saya bakal hilang sang peri. Peduli apa bakal jadi, asal sekarang masih punya waktu kan.
Nah, saya sisipkan hati.
saya sayang awak adik. saya takkan hilang. takkan. biar jauh, di hati tetap ada. tahu?
selagi ada masa
hargainya..
Jauh di mate dekat di hati..
semoga ia berkekalan.. =D
kawan sebenar adalah sahabat.
perlu murahkan kasih sayang selepas ini :-)
sahabat sejati itu tak kira brp jumlahnya tapi apa yg diperjuangkan demi kamu.
This is so sweet. Kalau sy salah seorang dari mereka, pasti sy menangis ketika membacanya
sy selalu berharap yg sy pun blh bergembira dgn teman2 sy mcm hana. tapi, dorg semua jauh di mata.;) moga hana selalu ada masa utk mereka;)
dan aku,hanya mampu berharap seseorang di sana akan tersenyum satu hari nanti.
nanti jgn lupa ribiu tau,ok sekian
4 bintang.. like.... 4/5 kak...
semoga kebahagian itu sering melingkari kehidupan yang masih jauh didepan,apapun kehidupan ini ibarat ombak yang sukar untuk dijangkakan.semoga ada nikmat tuhan yang diberikan atas kesabaran yang ditunjukkan..
slmt mlm kak..hebat berkata2..sy suka entry ni..tenang terasa~
indahnya cinta sang kekasih beda dengan indahnya kasih sahabat. akrab dan ukhwah yang terjalin terasa hingga kamu sanggup berkorban untuk teman bukan?
aku suka gambar 'kamu bertiga' yang aku lihat di fesbuk. stylo
teman sejati sukar dicari
bile sudah ade yang sejati
sukar utk dilepasi ^__^
sesuatu yang susah dicapai ia susah juga mahu hilang...
ingin mengetahui jawapan wordless wednesday semalam...jom singgah ke blog Kancil
http://kancil8349.blogspot.com/2012/05/jawapan-wordless-wednesday-37.html
hargai selagi ada...
bukan senang nk dapat kawan yang jatuh bangun kita sentiasa disisi..moga kekal yerr
bisa ku kenal dengan mereka mereka?
very nice dear... done follow - Noob
aku dan mereka dulu satu
kini juga masih satu biarpun masing2 sudah jauh
tapi kami tetap berpayungkan langit yang sama
semoga kau terus bahagia degan mereka. ;)
nikmatilah selagi ada.
kerana aku pun pernah punya 'selagi ada' itu. :)
Sampaikan salam aku pada teman-teman kau itu ya! :)
selagi Tuhan kurniakan waktu, mereka akan terus bersatu..
itu pesan dia pada aku untuk bagitahu kau..
nak jadi yang keempat boleh? haha..gurau..
akak, moga persahabatan itu kekal selamanya...amin..insyaAllah..:DD
moga kebahagian bersama mereka milik awak hanna. kalau hilang pun pasti akan kembali dengan izin Tuhan, Insyaallah. :)
Post a Comment