Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, May 9, 2012

Selagi punya ruang dan tika.


Aku sedang merasai enaknya bahagia bersama teman yang aku angkatkan mereka istimewa dalam lingkungan hati aku. Istimewanya lagi, aku tidak perlukan apa-apa untuk meledakkan tawa dan menggaris senyuman di bibir dengan adanya mereka ini yang sentiasa ada di saat aku merasai sakit, pahit dan hitamnya kanvas hidup. Cumanya, aku sendiri takut jika bahagia yang aku rasa, hanya bertahan sedikit cuma dan hilang dibawa arus masa yang sering merasai cemburu. Aku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan aku pahat kata ini sebagai janji dan doa agar Tuhan terus membahagiakan hati-hati kita bertiga sampai mati. Biar kita bakal jauh dan berada di haluan yang berbeda, jangan pernah sekali melupai momen yang pernah kita rasai bersama walaupun hanya sesaat. Yakinlah, aku bukan manusia pemurah yang mudah berkongsi kasih dan sayang, dan ini benar-benar apa yang hati aku detikkan. Berbahagialah selagi punya ruang dan tika untuk kita meledak tawa bersama.  

Dan senyuman aku sekarang hanya kerana kau dan kau.

35 comments:

shafiqahkay said...
This comment has been removed by the author.
shafiqahkay said...

orang kata bertiga itu bahaya
kerana berdua lebih baik
tapi bagi aku
bila bertiga yang bahaya itu
kita masih bisa bersama
nah...
disitu
kita juara....

p/s : aku mohon dan berdoa kau akan kuat dan selalu tersenyum~

eLL said...

Hana, banyakkan selawat tau. ubat hati untuk jadi kuat. Chill.

a n said...

hanna~~Tuhan telah hantar mereka berdua untuk kau kenal bahgia. harap kau sentiasa berjuang untuk bahgia:)

Ariff Masrom said...

Moga doa kamu dimakbul Tuhan. :)

noraauliyya said...

sahabat, kau lah segalanya..

cEro said...

Sebuah kapal yang mempunyai sauh yang kuat, akan kuat menahan ombak dan badai laut.

Bidadari Syurga said...

insyaallah... semoga doa kamu didengariNYA... bersahabat 3 selalunya tidak stabil... bila sorang hilang.. lama2 hilang semuanya.. aku merasainya dari pengalaman... namun, manusia tetap manusiakan... tak salah temu kawan baru dan yang lama tetap dalam hati...

Aing said...

kadang
kenangan lalu menitiskan air mata.aku lebih rela menangis terkena duri daripada menangis merindui momen indah yg dimiliki.
moga tuhan membahagiakan hati2 kita..

pemuzik jalanan said...

Setiap satu akan tetap pergi. Bawa haluan sendiri. Saya bakal hilang sang peri. Peduli apa bakal jadi, asal sekarang masih punya waktu kan.

Nah, saya sisipkan hati.

hanaahmad said...

saya sayang awak adik. saya takkan hilang. takkan. biar jauh, di hati tetap ada. tahu?

PenjuruKosong said...

selagi ada masa
hargainya..

Liyana Zahim said...

Jauh di mate dekat di hati..

reenapple said...

semoga ia berkekalan.. =D

Camy Alya said...

kawan sebenar adalah sahabat.

ewanthology said...

perlu murahkan kasih sayang selepas ini :-)

nina said...

sahabat sejati itu tak kira brp jumlahnya tapi apa yg diperjuangkan demi kamu.

This is so sweet. Kalau sy salah seorang dari mereka, pasti sy menangis ketika membacanya

Misya Mialen said...

sy selalu berharap yg sy pun blh bergembira dgn teman2 sy mcm hana. tapi, dorg semua jauh di mata.;) moga hana selalu ada masa utk mereka;)

pisau belati said...

dan aku,hanya mampu berharap seseorang di sana akan tersenyum satu hari nanti.

Päk Läng said...

nanti jgn lupa ribiu tau,ok sekian

MalizaMah said...

4 bintang.. like.... 4/5 kak...

Woofer Storm said...

semoga kebahagian itu sering melingkari kehidupan yang masih jauh didepan,apapun kehidupan ini ibarat ombak yang sukar untuk dijangkakan.semoga ada nikmat tuhan yang diberikan atas kesabaran yang ditunjukkan..

slmt mlm kak..hebat berkata2..sy suka entry ni..tenang terasa~

Rain said...

indahnya cinta sang kekasih beda dengan indahnya kasih sahabat. akrab dan ukhwah yang terjalin terasa hingga kamu sanggup berkorban untuk teman bukan?


aku suka gambar 'kamu bertiga' yang aku lihat di fesbuk. stylo

nurkaloi said...

teman sejati sukar dicari
bile sudah ade yang sejati
sukar utk dilepasi ^__^

Kancil 8349 said...

sesuatu yang susah dicapai ia susah juga mahu hilang...

ingin mengetahui jawapan wordless wednesday semalam...jom singgah ke blog Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2012/05/jawapan-wordless-wednesday-37.html

ch000tz said...

hargai selagi ada...

si ngokngek said...

bukan senang nk dapat kawan yang jatuh bangun kita sentiasa disisi..moga kekal yerr

Asyiqin Haulisah said...

bisa ku kenal dengan mereka mereka?

Prince of Noob said...

very nice dear... done follow - Noob

cha'e said...

aku dan mereka dulu satu
kini juga masih satu biarpun masing2 sudah jauh
tapi kami tetap berpayungkan langit yang sama

semoga kau terus bahagia degan mereka. ;)

hani said...

nikmatilah selagi ada.
kerana aku pun pernah punya 'selagi ada' itu. :)

Ermizi Muhamad said...

Sampaikan salam aku pada teman-teman kau itu ya! :)

APi said...

selagi Tuhan kurniakan waktu, mereka akan terus bersatu..

itu pesan dia pada aku untuk bagitahu kau..

Zehan Ilyana said...

nak jadi yang keempat boleh? haha..gurau..

akak, moga persahabatan itu kekal selamanya...amin..insyaAllah..:DD

Unknown said...

moga kebahagian bersama mereka milik awak hanna. kalau hilang pun pasti akan kembali dengan izin Tuhan, Insyaallah. :)