Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, May 24, 2012

Perlahan-lahan di titian lusuh

Tuhan sedang menghamparkan titian lusuh yang harus dilalui dengan karungan penuh was-was. Di hujungnya, ada dua lorong gelap yang masih samar dan tidak berbau yang harus dipilih untuk lanjutan hidup yang bakal dilewati nanti-nanti. Di titian lusuh itu, aku perlu meniti perlahan-lahan bersama seguni keyakinan untuk maju terus menghala ke arah dua lorong di depannya. Rumitnya, aku hanya mampu memegang sebekas gayung kecil keyakinan di tepian perigi, dan aku terhalang dengan tali keraguan yang masih tegang merintangi sepanjang titian lusuh itu. Kelihatan kukuh, tapi masih belum cukup menyaingi keraguan yang lebih kuat memberat. Untuk menitinya dengan hati yang penuh, aku cuma mahukan satu tingkat kepercayaan yang kukuh, supaya nanti-nanti aku tidak jatuh lemas, mati dalam keadaan yang menyedihkan, mengeras diselaputi lumut dan terbiar membusuk atas kecuaian diri sendiri.

Aku hanya perlu kepercayaan, untuk elak kecuaian. 

20 comments:

miza kimbum said...

moga-moga berjaya (:

Asyiqin Haulisah said...

hana ahmad, saya doakan awak mampu. come on lah, hana mampu ke lorong itu.

✿ Cik Nisa ✿ said...

good luck :)

pembaris said...

perlu kepercayaan yang seperti orang memandang gelas separuh penuh kan...tak perlu banyak sangat..

Telor Power said...

:)


percayalah, sifat ragu2 itu buat kita lemah dan sangsi

pemuzik jalanan said...

Satu. Percaya kata hati.
Dua. Percaya kata hati.
Tiga. Hati.

Empat. Saya ada sini. Selalu.

Cik Jannah said...

semoga kak hana kuat ! :) hidup puaka ! hehehe

cimöt said...

lust for trust..

trust from crust..hmmmm..50-50..at least still have a chance..

so, be strong, believe in ur self..

Khry Hnry said...

jadi belajar la berenang agar tidak kelemasn. hehe

Misya Mialen said...

hana, memilih adalah salah satu prkara plg sukar dlm hidup. Perlu ada yakin dan percaya diri.moga kamu selalu berjaya:-)

eLL said...

good luck hana

epilesosis said...

moga kau terus kuat, dan temui sebuah kepercayaan yang batil.

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

Dia ada. Akan sentiasa membantu kamu. :)

♥ MS ♥ said...

memang susah nak cari yang boleh dipercayai :) tapi , insyaallah, dia akan bantu kak hana untuk terus hidup :')

si ngokngek said...

self-confidence pun penting..

delarocha said...

kepercayaan itu sebenarnya yang paling susah dimiliki.

ana said...

harap kau dapat besarkan karung guni keyakinan kau.

Mizie Ramlan said...

Percaya diri.

Sophie Al-Yahya said...

hana, kagum dgn cara ko mengolah ayat walaupun kadang2 aku kena baca sampai 2 kali untuk betul2 memahami.aku rasa kau boleh jadi sasterawanita negara. =)

~SaL IjOu~ said...

perlu punya kepercayaan n keyakinan..InsyaAllah..kau pasti boleh,Hana~