Dia menyorok di sudut terperuk itu dengan keadaan separa sedar dan menyedihkan. Jiwanya rapuh dan mulai hilang arah. Hatinya menggigil ditujal beribu rasa yang berbagi dan tidak-tidak. Dia takut amat. Sekejap-sekejap dia ketawa lepas, sekejap-sekejap dia senyum pecah, sekejap-sekejap dia murung sepi. Kondisi hatinya turun naik tak bernada. Dia takut amat. Di tubir matanya, ada bayang-bayang memerhatikannya dengan gendongan harapan yang masih samar-samar. Dia nampak tapi tak jelas. Dia perlukan sinar yang lebih jelas selain tekanan yang lebih kuat buat dia yakin bahwa harapan yang digendong bayang-bayang itu benar-benar memberikan dia kekuatan untuk melangkah tanpa ragu. Dia takut amat. Dia takut pada keperitan yang sering mengejar-ngejarnya. Masa berlalu dan dia kekal pegun di sudut terperuk itu menanti bayang-bayang itu hilang pergi. Pergi meninggalkan dia tanpa ada sesuatu yang tertinggal waima hanya secebis kenangan. Dia mahukan itu. Dia takut amat.
32 comments:
jangan takut. saya ada
wow,power!!
takut pada kegelapan atau takut pada sendirian.
menyuntik, terus terkesan di hati.
moga ketakutan dan kegusaran kamu hilang. dan diganti Tuhan dengan beku kekuatan.
amin.
takut amat pada siapa atau apa :)
bercampur gaul perasaan aku baca ini
aku sedang alami ini.. =(
Jangan takut.;) ketakutan akan ajar kita untuk lebih berani kalau kita berjaya atasi hana;)
ku jugaa ^^
bayangan itu mungkin simpan segala silam kau. memang takkan hilang.
ketakutan jelas terbayang..sampai aku tetuba jadi takut!
kesenian dalam kata-kata2...
kecerdasan lingutistik yang tinggi..
itu cuma bayang bayang. bayang bayang sahaja.
aku mahu berada di sisi dia tenangkan dia.
takut membuat kita mahu melakukan sesuatu yang terbaik
TAKUT hanya pada TUHAN :/
bahasa org yg banyak membaca nih...hehe3
p/s : panjangnya nama blog hana yg dah diubah ni...
tak mampu halang bayang-bayang.
ia setia, takda yg sepertinya
tak mampu halang bayang-bayang.
ia setia, takda yg sepertinya
bayang-bayang itu muncul jika ada chaya yang menyuluh dari belakang..
jika gelap, manakan bayang-bayang itu muncul..
jadi akhirnya tak kira apa pun, bayang-bayang itu tetap ada selagi sirna itu kau perlukan..
apa tu hantu ker apa..
jangan takut pada bayang-bayang...
jangan takut dengan bayang-bayang.
jangan.
yang lalu biarkan belalu (:
Takut tak perlu dihalang.
Biarkan ia datang sebagai tanda aras adakah kita bersedia menghadapinya.
alkisah baca pun boleh takut.. hebat mu hana
ada tepukan di bahu amat membantu kan...
Benda yang baik, tak eloh ditangguh-tangguh.
benda yang buruk, biarkan ia berlalu. :)
boleh saya hulur tangan saat bayang tu datang?
usah takut walau apa jua mendatang . melainkan kau takut pd byg2 sendiri.
takut itu juga peringatan.. kalau tiada takut diselaputi dosalah manusia... Selamat Menyambut Bulan Rejab... =)
it feels like me... :(
rasa itu pasti menghimpit~
Post a Comment