Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, April 1, 2012

Dia hanya perlukan ruang masa.

Dalam keramaian itu, di sudut terperuk tersorok seorang anak kecil naif yang matanya menggambarkan seribu satu kebingungan. Dia nampak malu-malu dan hanya celahan ibu menjadi penyaman buatnya berlindung dari apa-apa sahaja waima di kelilingnya adalah saudara maranya sendiri. Dia hanya berdiam dan memerhatikan gerak geri manusia sekeliling yang kadang-kala menyapanya dengan senyuman ramah di bibir. Dia hanya tunduk malu tatkala ada yang cuba mengusik, dan mulutnya hanya terkunci rapat tanpa sebarang kata. Ketika di luar meriah dengan bingitan suara anak-anak kecil lain berbahagia dengan mainan tradisi, dia hanya mampu memandang penuh seribu satu macam rasa dan melayan malu yang tidak sudah-sudah. Dia sepertinya tidak punya keberanian dan keyakinan untuk bercampur gaul dengan sekeliling. Dia ini orangnya sentiasa rasa kecil dan orang tuanya adalah kekuatan untuk dia terus pegun di keberadaan,
Saat ibunya bangkit mahu bergerak, dia lekas-lekas bangun ikut lari mengejar langkah kaki ibunya. Dan manusia sekeliling semakin ligat mengusik.

"Ibunya tidak boleh hilang di pandangannya,"

Dan sekeliling meriah ketawa mengusik tanpa belas.

Aku senyum. Lantas aku katakan;

"Dia masih belum mengenal dunia. Berikan dia ruang untuk membina keyakinan berhadapan dengan sekeliling tanpa matanya bergantung pada kewujudan orang tua di hadapannya. Dia pasti boleh,"

Melihat anak kecil itu, ia seperti melihat aku.

28 comments:

MalizaMah said...

1st.. dah tukar wajah blog ni..
2nd.. coretan anda sentiasa mempunyai momentum yang baik...

tak jemu membaca, sbb byk kosa kata baharu dpt dipelajari.
adakala kekangan masa yg buat saya tidak berkesempatan meninjau ke sini.

ewanthology said...

yup..masa akan mengubah nya

APi said...

perlahan lahan melangkah lebih baik daripada terus laju tergadah..

Cikgu Ma said...

dah buang header? ^_^

anak kecil sedang melihat dunia tumbesaran

Wadi AR said...

kanak kanak comel. jangan buli beliau

Telor Power said...

corakan lah dan warnai lah hidup si anak kecil dgn betul agar menjadi manusia berguna kelak nanti

hani said...

dia yang terlebih dahulu hanya memerhati sebelum membuta tuli, dialah yang akan belajar lebih sedikit dari saudaranya yang terus jadi berani sebelum kenal maksud perlahan.

hani said...

maksud aku tadi dgn 'lebih sedikit' ialah melebihi dari mereka yang lain, bukan kurang dari mereka.

Misya Mialen said...

betul tu hana, budak kecil selalu macam tu kan.. kalau ibu atau orang tua hilang, memang berlari terus ikut mereka. kdg2 nak tlg2 org di tmpt kenduri pun susah. hihihi.;)

SYARIFF HAIKAL said...

ibu itu keyakinan bg dri ku juga..ak bukan la sapa2 tanpa dia.

jeBateja said...

mcm melihat den jugak...serba tak berani dulu nya...ahakz

Zehan Ilyana said...

i can see the kid inside me..:)

HanisLazimAndTheShaklee said...

same like me..xda keyakinan diri langsung.malu malu malu ..

ch000tz said...

kita hanya mampu merancang.....

syafiqa said...

seperti nya melihat aku juga.

Elie Lily said...

dia mahu melihat dunia yg luas tu..

pembaris said...

budak itu tak perlu membesar.saya suka kalau balik kampung tengok kakak-kakak dan adik saya bersmbang dengan mak di dapur.

Bidadari Syurga said...

aku suka rangkap last kau hana...

*Dia masih belum mengenal dunia. Berikan dia ruang untuk membina keyakinan berhadapan dengan sekeliling*

ps: mcm aku gak...

reenapple said...

Ah.. aku rasa aku teringat zaman kecil dahulu... Tapi situasi yang berlainan.. =)

Arai Lekir said...

teringat time kecik-kecik dulu.. masa hari raya..rumah penuh dengan saudara mara.. aku menangis bila emak tiada berhampiran.. :)

semutsengal said...

dlu kalau ayah tak ajak ke mana pun sibuk je nak mengikut, sekarang ? Err.

ghost said...

kau bukan takat melihat tapi kau mampu melukisnya dengan kata-kata.

~Sal Ismail~ said...

bertitik tolak dari itu, pasti terbentuk insan yg yakin diri..asal saja diberi peluang & ruang~ =)

Aween Md Zahir said...

harus ada malu ;p huhu

jgn nnt besar tidak pula serapat itu dgn ibu.


*sis,,aku rindu baca tulisan kamu.
malang sekali aku tiada punya masa menulis & menjejak kamu dan yg lain.
jgn lupa aku ^^
rindu.

inna_risna said...

mcm inna jg waktu kecil dahulu. hanya mak sebagai kekuatan utk melangkah...

mia said...

dapat menggambarkan situasi saya sekarang walaupun dah besar. ma sumber kedamaian dan rasa selamat yang paling utama seperti dijaga sejuta bodyguard. terima kasih hana untuk coretan ni :)

Unknown said...

DATANG BLOGWALKING DR SEGMEN ABG BEN... N FOLLOW BLOG U...

http://kumahuitu.blogwalking.com

hanaahmad said...

Alieza Dayasari : terima kasih. Aku masih dan sentiasa untuk mempelajari kosa kata baru. marilah sama-sama. :)

delarocha : akan, dan pasti.

APi : biar jatuh awal, dari jatuh lewat. :)

cikgu Ma : sedang belajar. :)

Wadi AR : baiklah ustazah wadi. :)

Telor Power : sudah coret, tunggu dia sahaja yang membuat pilihan.

hani : belajar mengamati dan melalui pengalaman. moga ada dokongan untuk terus hidup. :)

Misya Mialen : anak kecil, macam tulah. :)

SYARIFF HAIKAL : kita memang bukan siapa-siapa tanpa ibu dan ayah. :)

jeBateja : nasib baik dah kahwin kan? :)

Teenager Housemaid : :)

aniswany : tiap dari kita bermula dari rasa malu-malu. :)

c'axoera : dan Tuhan menentukan. :)

syafiqakarim : ;)

Elie Lily : sedang melihat.

pembaris : seronok kan. :)

Bidadari Syurga : terima kasih. :)

reenapple : kita semua pasti punya memori berbeda kan. tapi intipatinya pasti sama. :)

Arai Lekir : dan sekarang kau sudah pun besar. :)

semutsengal : anak lelaki, biasa.

ghost writer : ophan, aku rindu dokongan semangat kau. kembali lekas. :)

SaL IjoU : ruang dan peluang sentiasa ada, cuma beratnya pada kita. kita. :)

Aween Md Zahir : aween, mari jenguk aku di fb atau twitter selalu. :)

miss inna : aku juga sama.

mia : terima kasih juga kerna sudi luang masa membaca. :)

Zaidalifah : terima kasih. :)