Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, March 26, 2012

Aku harap ia sudah tidak kabur.


Lagi rumit kita menjalani hidup, lagi mewah pelajaran yang kita peroleh.
 
“Awak, saya dah nampak apa itu hidup,”

Jangan disalahkan takdir jika acuan hidup kau sudah begitu. Kurang-kurangnya kau tidak terlewat untuk merasai hidup yang sebenar-benarnya. Tuhan mencipta tiap dari kita berbeda-beda acuan hidupnya. Boleh jadi, kita begini dan orang itu begitu. Beda acuan dan beda bagaimana kita menerima serta menitinya sepanjang hidup. Kalau kau merasakan hidup ini rumit dan berbagi, syukurlah kerana Tuhan memilih kita merasai nikmat kerumitan yang paling indah untuk kita jadikan pedoman di hari-hari yang bakal kita lewati. Jika kau tidak merasai apa itu kesukaran untuk menjadikan hidup itu rumit, maka selamlah hidup ini dalam-dalam; berkelanalah jauh-jauh untuk menimba pelajaran melalui pengalaman mahal yang bakal dihadam. Tapi jika tidak mampu, bersyukurlah kurang-kurangnya kau mampu merasai bahagia dengan adanya mereka-mereka di sekeliling yang sering menjadi tongkat dan memberi kau bahu di saat kau jatuh, juga tersungkur. 

Pokok utamanya, syukur. 

Nampak? 

Jangan bimbang jika masih kabur, kau masih di angka 20. Jalani setiap saat kehidupan dengan senyuman di hati dan bersiap-siagalah, hidup ini lebih mewah likunya di hari mendatang. Harus punya hati besar untuk menyimpan segala liku yang punya harga mahal. Redah dan kaut selagi masih punya ruang.
Jika kau terasa keseorangan dan tidak mampu lagi untuk bergantung pada sesiapa pun, ingatlah… Tuhan sentiasa ada untuk kita.

28 comments:

haikal blank said...

belajarlah untuk sentiasa mempelajari manis sebuah dugaan. moga2 hati terus tabah. sentiasa.

APi said...

setuju..
seperti mana telah aku katakan pada dia.. =)

Aimi Juon said...

Betul. Allah ciptakan thumbprint setiap manusia itu berbeza.

Masih banyak pelangi yang bakal muncul,
banyak juga ribut yang menanti.
:)

reenapple said...

Tuhan sentiasa ada untuk kita.. =)

BonekadalamChermin said...

setuju.

indah kata-kata kau Hana.

:)

SYARIFF HAIKAL said...

kita dari jenis dinamik yg sentiasa berubah2..mejalani stp hari dgn kesyukuran.ya nanti kau dpt lebih.

ღKekunangpelangiღ said...

Nice. Saya suka garapan ini. :)

~SaL IjOu~ said...

ya..aku nampak..& ia sgt jelas~ =)

aku semakin teruja meniti hari bersama bekal keperitan yg pernah aku redah sebelum ini..~

apapun yg bakal aku tempuh pada masa2 akan dtg..aku yakin DIA xkan pernah tinggalkan aku keseorangan~ ^^

rafiq said...

sudah sedikit terang..hehe

ghost writer said...

aku tau untuk siapa entry nih. :)

jangan terlalu banyak fikirkannya, tapi terus lakukan sesuatu.

EZAN IDMA said...

aku sbnrnya, seringkali merungut tentang hidup aku. tapi sbnrnya aku lupa untuk mnsyukuri tentang apa adanya aku. cukup sifat, cukup makan, dan kini, aku haru mmpelajari, syukur . ya syukur :) dan aku syukur kenal kamu :)

MISS IMAKASIHDANI said...

akan sentiasa ingat, Dia sentiasa ada ;')

Juliet_iRa~" said...

btol tu..

lambat atau cepat bkn persoalannya..y pnting kita hargai hidup kita n manfaatkan kehidupan kita dgn bguna..:)

jdkan kegagalan sbg pemangkin kejayaan..kannn hana..

pss : nak order ke chese tart?hee..

pss : hana promosi bku kat s.alam ea?k.sal ijou ajak ira ke sn :)..insya-Allah kalau ada kelapangan..heee..tkt ada hal..

si ngokngek said...

yang penting,tahu apa makna syukur..baru kita tahu hargai setiap detik sekeliling..

pemuzik jalanan said...

Dulu dia memang tak tau apa hidup tu kak, dulu dia dia selalu rasa hidup dia kosong. Selalu cuma tau persoalkan kenapa begini kenapa begitu. Dia tak nampak hidup tu apa kak.

Tapi sekarang, dia dah tau, dia mulai kenal, masih belajar nak sesuaikan diri dengan hidup. Masih belajar untuk tak bergantung harap pada orang. Masih, dia bukan tak tau syukur cuma mungkin sikit alpa.

Dia suruh sampaikan terima kasih buat awak sebab dah bantu dia. Kali ini dia tak lupa panjatkan syukur pada tuhan sebab ketemukan dia dengan awak.

yong said...

hanaahmad ;).lama tak datang sini.hehe

Syukur itu tunjang asas dalam kehidupan.Siapa kita mahu berkata lebih dari aturan Sang Pencipta?

Cikgu Ma said...

syukur kerana hidup itu masih menemani ku..

Teenager Housemaid said...

setuju..=)

Hami Asraff said...

Andai kabur, gilapkan kembali.

Pondok Usang said...

benar.. perjalanan mu masih jauh..

Arra Ahmad said...

Tuhan sentiasa ada.:)

Ayie Abas said...

bermacam2 rencah kehidupan.


p/s : hana dah ubah nama blog eh?

aniswany said...

tuhan sentiasa ada untuk kita ;)

Melati.c said...

setiap aksara , menyentuh jiwa .
terima kasih.

Kancil 8349 said...

hargai apa yang kita ada

semutsengal said...

nak main ukelele lah.

hanaahmad said...

haikal blank : moga kuat untuk itu.

APi : dia sentiasa jadi kesayangan kita. :)

Aimi Juon : harus berkuat-kuat untuk itu. :)

reenapple : sentiasa. :)

BonekadalamChermin : terima kasih Ayin. :)

SYARIFF HAIKAL : asal punya mewah di kemudian hari, syukur. :)

kekunangpelangi : terima kasih. :)

SaL IjOu : sentiasa. dan kau harus ingat dia setiap saat darah kau mengalir. :)

rafiq : syukur, ada cahaya buat kamu.

ghost writer : sekadar dokongan untuk dia untuk lebih hargai apa yang dia ada sekarang. :)

EZAN IDMA : tiap dari kita memang tak lari dari merungut Ezan, bedanya kita cepat sedar dan kembali bersyukur atau tidak. Beruntung punya kawan seperti kamu. :)

MISS IMAKASIHDANI : sentiasa ada untuk kita semua.

hanaahmad said...

Juliet iRa : gagal itu memang permulaan yang baik untuk sebuah kejayaan. terima kasih sudi datang tempoh hari. :)

si ngokngek : syukur dan hargai itu yang utama. :)

pemuzik jalanan : adik, kita memang sentiasa alpa. sentiasa.

yong : aku cuma berharap orang yang aku sayang itu dapat bertahan dan merasai kasih aku sampai mati. :)

Cikgu Ma : alhamdulillah. :)

Teenager Housemaid : :)

Hami Asraff : Sentiasa.

Pondok Usang : Jauh, tapi masa kita sebenarnya sudah singkat.

Arra Ahmad : sentiasa, untuk kita.

Ayie Abas : Dah ubah Ayie. :)

aniswany : sentiasa. :)

Melati. C : terima kasih juga untuk kau. :)

Kancil 8349 : perlu sentiasa hargai.

semutsengal : ajar aku? :)