Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Saturday, February 11, 2012

Memandang hidup.

Aku pernah merasakan hidup aku terlalu kosong dan hambar dengan kondisi emosi yang turun naik ibarat cuaca yang sedang melingkari kehidupan kita. Pernah sesekali ada masanya aku rasa terlalu penat dengan kehidupan, tetapi aku tak punya pilihan lain selain cuba tersenyum dan meledak tawa berserta rasa positif yang diangkat-angkatkan. Kurang-kurangnya aku cuba untuk meledak tawa saat seribu satu rasa mengganggu setiap pangkal hari-hari yang aku lewati.
Berbicara dengan seorang teman lewat petang kelmarin, katanya; ruang hidupnya kosong, bosan tak berwarna. Dia mengeluh perihal kerja yang sering mengejar-ngejar fikiran. Sambil ketawa dia menyatakan sungguh-sungguh betapa kesalnya dengan kehidupan yang dia lalui. Dia tak punya banyak masa untuk ini, untuk itu. Baginya, hidupnya hambar dan perlu mengerah keringat semata-mata mahu hidup mewah, ataupun hanya untuk mengisi perut dengan sedikit nasi. Dia ketawa.
Aku memandangnya dengan sedikit senyuman. Begitu caranya dia memandang kehidupan. Aku katakan padanya, kurang-kurangnya kau masih punya ketawa dan masih boleh bersenyum-senyum. Hidup ini mudah, kau rumitkannya dengan rungutan kosong yang kau ciptakan. Bersenang-senanglah. Tuhan masih beri kau peluang merasai hidup dan kurang-kurangnya masih diberi masa menikmati makanan.

Sering mengeluh tentang kehidupan, bermakna kita tak kenal erti syukur.

44 comments:

syafiqa said...

betul.kdg mcm nak give up bila kepenatan melepasi segala benda.
tp gelak tawa pengubat semua :)

kena bersyukur sb di beri nafas hidup.dugaan ujian segala rungutan utk kita mematangkan diri .

Telor Power said...

setiap tahun aku akan alami perkara begini tapi lain situasinya

tapi.... aku suka, kerana ia membuat aku hendak perbaiki kpd hidup lebih baik. dan aku yakin setiap manusia akan alaminya..

jhnrdzi said...

kata aristotle, hidup adalah sepertimana kau melihatnya.

ada yang idealis, ada yang realis, dan antara mana kita lihat sekalipun, hidupkan hidup kita yang sementara ini.

ewanthology said...

sentiasa cuba memperbaiki taraf kehidupan

Haikal Blank said...

rungutan itu kadang memang muncul bila ada dugaan. biasalah.

tapi pe da hal, selagi selambe dgn senyum layarkan je, semua benda boleh jadi mudah. selagi esok masih ada, pasti boleh hidup sukses.

esok, esok punya cerita lah. haha

Asyiqin Haulisah said...

mungkin dia lupa apa itu perkataan syukur. ingatkan dia kembali. :)

Arra Ahmad said...

syukur dengan apa yang ada..pandang kehidupan dari sudut yang positif..sesungguhnya kehidupan itu amat menggembirakan..:)

miranadia said...

ermmm....jangan pernah menyesal dengan kehidupan

everything happen for a reason

Anonymous said...

Saya yang masih study lagi pun selalu sangat merungut, kadangkala sampai menyesali apa yang berlaku dalam hidup ini :(

Rasa hidup saya penuh turun naik. Macam tak penah stabil walau sekejap pun...

semutsengal said...

tak baik mengeluh,


semuanya tuhan buat berhikmah. Err.

cimöt said...

bukan mudah untuk memupuk syukur..
aku akur..

Cikgu Ma said...

tiada hidup tanpa warna...jika hitam katanya, itulah warnanya..

Akulah Pak Lan said...

Tiada formula math yang mampu menyelesaikan masalah perasaan

reenapple said...

Ah... aku juga. aku pernah alami situasi seperti itu.. actually selalu... =)

betullah..kita yang rumitkan..=0

amrlaqm said...

kebetulan baca entri nie masa tengah bosan dengan hidup..
terima kasih di atas motivasi nie..
-__-

~* chirpy_chummy *~ said...

syukur, aku masih bernyawa.

BonekadalamChermin said...

berasa kasihan utk org yg punya ruang kehidupan yg kosong.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

aku semakin kelelahan melalui hari hari yang semakin sedikit kini.

fikiran aku seakan terbeban dan berat.aku buntu dan pada masa tertentu aku merasakan yang hidup aku membosankan tanpa aku tahu apa yang harus aku mulakan.

aku benar penat untuk terus menzahirkan perasaan pura pura ini di khalayak.tetapi aku ego untuk mempamerkan rasa yang benar benar jujur dari benak.

Afiq Ah said...

kita sebenarnya egois. kerna itu semuanya kita takkan pernah rasa cukup. tiada istilah syukran di dada kita.

cik ciput said...

sentiasa bersyukur dgn apa yg ada, kerana kita tidak pernah tahu mati itu bila...

si ngokngek said...

situasi nie dah neutral dgn hidup aku.

kadang diri sendiri yang merumitkannya,syukurlah masih bernyawa-)

Bidadari Syurga said...

aku seperti kawan kamu. tapi keluhanku hanya sendiri. dan aku cuba sehabis baik setiap hari. gagal? indeed. tapi aku tetap cuba juga...

APi said...

bersenang senang lah sementara hari ini masih pasti..
esok lusa belum tentu lagi..
memang klise..

inna_risna said...

setiap org punyai matlamat hidup tersendiri dr segi cara dia melihat kehidupan itu mcm lagaknya. yg penting, bersyukur dgn apa yg kita ada.

inna_risna said...

setiap org punyai matlamat hidup tersendiri dr segi cara dia melihat kehidupan itu mcm lagaknya. yg penting, bersyukur dgn apa yg kita ada.

Liyana Zahim said...

Apekah pekerjaan editor terlalu bnyk cbrn? Kalo mcmtu sok sy nk tepon editor sy dan meminta maap kepada beliau kerana salu buat hal dgn beliau..

Kepala Mancis said...

kadang tak hanya perlu memandang. kita juga perlu mendengar merasa memakan meminum menidur membunuh memain melukis hidup itu. baru nikmat itu datang secara holistik.

ghost said...

hidup begitulah.jiwa yang melayari hidup sering kehabisan angin di tengah pelayaran.sabar dan bertenang.angin tidak selamanya menjadi ribut.dalam ribut ada nyamannya.dalam nyaman ada hangatnya.

Muhibbuddin said...

minta sedikit kehidupan kawan dengan senyuman. Mungkin akan dapat.

D said...

shape our life with thousand colours even we know our life is not as beautiful as we want and life is how we make it , and what we make it into. it will always has been, always will be just like what we are trying to create.


bersyukur dengan setiap kurniaan yang dianugerahkan sang pencipta walaupun kadang2 kehidupan selalunya tak berapa nak perfect.

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

hidup kita ada pasang surutnya.. :)

usah mengeluh, sbg manusia kita perlu bersyukur dengan setiap kurniaannya..

ALLAH knows the best...

Kancil 8349 said...

meluahkan ndak salah...yang penting kita tahu hari nie kita kecewa dan esok bangkit dari kekecewaan

Lan Bingka said...

kadang2 orang yg kita cemburui pun tak gembira dgn hidup dia.. ;)

ch000tz said...

sabar dan cuba motivasikan diri dengan benda lain.....inshallah okay kot....

http://ch000tz.blogspot.com/2012/02/monday-blues-kissing-hahaah.html

lulu said...

Rugi hidup ini kalau selalu kecewa. Selalu lah panjatkan rasa syukur, lepas tu baru kita sedar hidup kena ceria ok.

Padin said...

betul tu hana, jangan asyik nak merungut saje sebaliknya fahami erti syukur...

Unknown said...

life camni la..turun naik..kdg2 mmg rasa nk give up..but then there is a day after today kn? kene tempuh gak :)

pemuzik jalanan said...

Kak,

Syukurla..

Awak masih ada saya.

Kbai.

JelinaJoli said...

bersyukur dgn apa yg ada.. tp masih aim yg lebih baik.

JelinaJoli said...

bersyukur dgn apa yg ada.. tp masih aim yg lebih baik.

~Sal Ismail~ said...

Allah mau uji dia erti syukur barangkali..~

SYARIFF HAIKAL said...

manusia itu x bisa lari dari keluhan.aku juga selalu lupa untuk tidak mengeluh.

hanaahmad said...

syafiqakarim : mengeluh itu kadang-kala perlu, tapi harus disulami dengan rasa syukur. Kurang-kurang harus punya kesedaran. ;)

Telor Power : jika ia pemangkin positif untuk kamu terus hidup, tahniah! ya, setiap dari kita sama, bedanya cara kita diuji dan mengatasinya.

jhnrdzi : ya, kurang-kurangnya harus menikmati selagi ada. mudah saja kan.

delarocha : sama.

haikalblank : ya, teruskan hidup selagi punya ruang. ;)

Asyiqin Haulisah : aku cuba untuk ingatkan.

Arra Ahmad : sebenarnya memang menggembirakan, cuma kita yang tidak mahu memandang selayaknya.

miranadia : ya. setuju. ;)

miss faten : itu lumrah dik.

semutsengal : betul tu.

cimot : mudah saja jika kita mesra dengan caj positif.

cikgu ma : membosankan jika tanpa warna.

PakLan : haha. nama pun formula math.

reenapple : kan. ;)

Aqiim : sama-sama, sama-sama kita belajar mengimarahkan hidup. ;)

chirpy chummy : syukur.

Ayin : kan. aku pun kasihan.

Pembunuh Tanpa Bayang : kuat kawan! walau lelah dan terbeban, ini bukan pengakhiran hidup. Bersyukurlah kerna Tuhan memilih kau untuk diujinya. Ada hikmah.

Afiq Ah : egois itu tepat.

hanaahmad said...

cik ciput : syukur untuk hidup, ingat untuk mati. ;)

si ngokngek : iya, harus diubahkan.

Bidadari Syurga : mencuba itu sudah cukup kawan. Tiap dari kita memang mewang keluhan, tapi kurangnya harus disertakan dengan syukur. ;)

APi : klise itu yang harus dipraktikkan.

miss inna : tak kira apa jua cara, harus ada rasa syukur dalam diri.

Liyana Zahim : sedikit berkaitan juga dengan penulisnya, tapi apa yang aku tuliskan ini tidak berkaitan dengan kerjaan aku. jangan bimbang. ;)

Kepala Manchis : banyak sungguh 'me'. ia tepat dan aku setuju.

ghost writer : ada pasang surut. baru ia hidup.

Muhibbudin : aku sedang tersenyum. :)

Zakaria's daughter : hidup tak pernah sempurna, hanya kita yang tergila-gila mencarinya. ;)

aiNa yaZid : ya, Allah sentiasa ada untuk kita.

Kacil 8349 : ada beda rasanya antara mengeluh dan meluah? ;)

Lan Bingka : tepat. ;)

c'axoera : moga-moga.

casablander : insyaAllah.

padin : perlu gitu kan. ;)

ekmal : harus untuk hidup.

pemuzik jalanan : heh. berialah awak ni.

JelinaJoli : harus ada capaian dalam hidup.

SaL IjOu : barangkali. ;)

SYARIFF HAIKAL : sentiasa. kita sama. ;)