Dalam lingkungan hidup aku, dan mungkin juga di keberadaan orang lain, ada yang dari kita ini terlalu merasakan diri mereka hebat melebihi manusia lain.. Malah, dengan sifat angkuh dan riaknya itu sebenarnya menunjukkan betapa dia itu berada dalam lingkungan manusia yang sering hidup dengan pujian, malah mendahagakannya. Berbicara perihal merendah diri, aku tidak nampak di manakah kesalahan dalam menjadikannya ia sebagai satu teman hidup kita secara kekal. Malah, meletakkan diri serendah-rendahnya itu adalah satu sifat yang harus kita juarakan melebih sifat meninggi diri. Tiap dari kita ini, punya sisi masing-masing yang aku kira ada hebatnya yang masih tersimpan. Percayalah, kita sudahpun juara saat terbentuknya satu nyawa di rahim ibu kita satu saat dahulu. Jadi, berbanggalah selayaknya dan jangan angkuh sehingga menerbitkan rasa jengkel dalam hati manusia yang lain dengan sifat kamu yang jelik. Tuhan, tolong jauhi aku dari menjadi manusia yang berhidung tinggi. Lindungi aku di bawah rahmatmu. Salam Jumaat.
29 comments:
sama2 kita berdoa agar dilindungi daro orang angkuh seperti itu..
peliharalah Tuhan mu pasti Dia memelihara mu..
kadang kala tanpa disedari kita pun terikut menjadi angkuh dan sombong.
bersifat rendah diri adalah yang terbaek.
be humble. itu yang terbaik....kdg2 manusia lupa dan terlepas pandang dari sifat meninggi diri.
Kadang2 kita pun tewas dalam permainan watak sendiri. Merendah diri, bukan sifat yang dibuat2. Ia perlu dilatih.
ikut resmi padi..makin berisi, main menunduk... =)
hmm. seharusnya aku cuba untuk menjauhi diri daripada mempunyai sifat sebegini,kan. ? :(
didiklah diri supaya menerima kelebihan dan kekurangan diri...
salah sebab mengapa manusia menjadi sombong dalam dunia ni kerana dia merasakan dia mempunyai kelebihan daripada semua orang.
ya, setiap kita memang punya banyak sisi yang tidak org lain ketahui...
-_-'
jom muhasabah diri supaya kita tahu mcm mana perangai/kelakuan kita selama ini...^^
menjadi riak, meninggi diri, sombong adalah satu sifat yang boleh menjatuhkan diri sendiri.
rendah diri dari setiap apa jua keadaan, percayalah, kita sentiasa dirahmati Allah.
riak itu milik ALLAH.
kita ini manusia yang serendah rendah di sisiNya.
mintak2 kita dijauhkan dari sifat riak & meninggi diri ni. amin~ :)
tak kira.. nak riak jugak.. nak riak jugak.. aku comel.. aku comel.. kah3
rendah diri sifat mulia..sme2 lah kite ;)
itu yang aku belajar dan itu juga yang aku cuba untuk kekalkan..
merendah diri,dan lebih sederhana bicara itu lebih mulia..dr riak dan akan menjengkelkan orang lain...islam pun ada sebut..
HARAP AKU PUN DILINDUNGI..:))
amin :)
sampai satu tahap; manusia itu sendiri perlu sedar....pengembara itu kamu. kamu itu DIA. semua yg ada atas arahNYA. redha yg ikhlas letaknya dlm hati. satu mata yg memandang seringkali punya cabang jawapan... maka bygknlah berapa byk cabang yg berkembang antara sedar atau alpa.
ps: thnks hana. untuk peringtn aku juga. juara sedari lahir itu riak bila punya akal hebat lepas akhir baligh; hahahaha...
suka ;)
sifat angkuh dan riaknya itu sebenarnya menunjukkan betapa dia itu berada dalam lingkungan manusia yang sering hidup dengan pujian, malah mendahagakannya.
suka bait-bait ayat ni...
tetiba teringat akn seseorg...
barangkali dia mendahagakan pujian dan jawatan yg tinggi. sehingga dia bgitu angkuh dan suka bersandiwara dlm sms.... hu"uh...
Alaik tis entry... "kita sudahpun juara saat terbentuknya satu nyawa di rahim ibu kita satu saat dahulu."
aku tidak nampak kebaikannya terlalu meninggi diri..menjadi insan yg sentiasa merendah diri itu pasti sentiasa disenangi..~ =)
kadang2 kita xsedar ape yang kita buat n ape yang kita cakap sebenarnya dah terdapat ciri2 meninggi diri..
semoga sama2 kita dijauhkan dari sifat macam 2,
hidung tinggi ,
lelah aku melihatnya .
dan
cuba hindarinya .
with His will , insyaAllah .
timbulkan syukur pada semua. Semua itu nikmat walau duka.
casablander : moga-moga.
Cikgu Ma : indeed.
Telor Power : itulah, susah nak kawal.
aina yazid : manusia, banyak jenis.
PakLan : tapi, ada yang tak terlatih.
cik ciput : zaman sekarang, tak ramai suka makan beras. eh? hehe
MS : seharusnya.
EL MARIACHI : itu sebaiknya.
shedameor : itu salah satunya.
Teenager Housemaid : payah nak rungkai.
miss inna : harus dimuhasabah hari-hari. ;)
Nana : moga Tuhan sentiasa merahmati.
beautiful_rose : semuanya milik DIA.
Eein Azryn : moga-moga.
asip : hameklah. kau memang comel. bak mai novel Indo kat aku. ;p
Nesa Wazir : ;)
APi : moga terus dikekalkan.
singokngek : aku doakan.
yong : amin.
Bidadari Syurga : aku cuma menyampai apa yang aku rasa, juga buat diri sendiri juga. sama-sama kita terkesankan. moga-moga.
Alieza Dayasari : ada manusia sebegitu. bertabahlah kawan.
Liyana Zahim : terima kasih cik novelis. ;)
Sal IjOu : itu pasti paling disenangi. ;)
iema himawari : ya, moga-moga hendaknya.
C : insyaAllah. ;)
haikal blank : moga Tuhan tetapkan hati aku.
Aku terus berharap dia bukan dlm mrk yg dahagakan pujian shgga sggup menipu. Alieza dayasari
Post a Comment