Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, January 22, 2012

Ahad yang dingin.

Kotaraya debu ini masih hingar dek deruan enjin kuasa kuda yang lagaknya tidak akan sesaat berhenti kala malam menjelma seusai pagi esok harinya sehingga berulang menjadi satu rutin harian yang normal. Pagi Ahad ini, kotak kecil kamar beradu si gadis agak dingin berbanding hari-hari kebiasaan yang lain yang sering ditemani cahaya matahari dari celahan jendela kotak tegak di kepala. Dia masih nanar di pembaringan selepas menanggung lelah meredah kotaraya besar lewat semalam. Kalau semalam, dia sakit memaksa kantuk yang sedang beraja untuk didiamkan dengan lena yang indah tanpa dihiasi walau sesaat mimpi, waima ia adalah mimpi indah. Baginya, tidur tanpa mimpi itu lebih membahagiakan dari bermimpi-mimpi yang tidak-tidak. Tapi sayang, bukan mimpi yang menghiasi, tapi kantuknya itu ditahan dek hal tidak-tidak yang sering bermain di fikiran. Dia jadi sakit dan rungsing. Dipaksa mata pejam sehingga dia lena di pembaringan usang sebelum lenanya terusik oleh satu suara yang menyebabkan tidurnya tersentak, lalu rasa kantuknya mati. Dan di Ahad yang basah dek hujan yang mendinginkan ini, suasananya bertambah dingin bila mana mulutnya kian terkunci akibat menahan sakit hati yang kian mekar. Dia bermohon agar kedinginan hatinya itu tidak dibawa-bawa sepanjang hari kerna dia bakal menghabiskan Ahad dan hari-hari mendatang dengan kerjaan yang sedang menanti untuk disudahkan. Kalau nanti malam, ia masih dingin dan menyesakkan, dia mohon agar Tuhan lenyapkan segala hal yang tidak-tidak yang sedang mewah di fikiran agar dia bisa tidur dengan tenang. Moga-moga.

22 comments:

Misya Mialen said...

moga-moga semuanya selalu berjalan lancar. insyallah hana;D

Zehan Ilyana said...

hati ini juga dingin...:(

ghost said...

kesian..sangat kesian.aku kesian dengan hari-hari begitu.sebab selalu sangat aku rasainya.

nordiyana said...

moga-moga,InsyaAllah :)

Rain said...

sepanjang minggu hari-hari aku berlau dengan dingin.

hari ini kembali memberi haba agar tidak terus beku.

si robot comel said...

Insyaallah. :)

inna_risna said...

semoga hari esok lebih indah dan bermakna..^^

ewanthology said...

hurm...memang musim hujan pagi sekarang ni.

.::TAIKO ::. said...

sengaja xnak bukak langsir atau lampu..
biar gelap malap
itu lebih bahagia buatku...

pembaris said...

patut cari gua untuk tidur

AA said...

insyaallah, aku mendoakan :)

pemuzik jalanan said...

makin parah awak ya kak? :) hee

APi said...

moga sahaja kau tegal melaluinya..

abang bro EL said...

entry dingin tapi pic hot!

MalizaMah said...

susun kata yang baik. menarik...
teruk mencoret k....
suka membacanya..

hani said...

hari dingin
hati dingin
berdoalah, tuhan kan tolong kamu
:)

Wilayah Sepet Kuku said...

Dingin hati, biarkan..
Dingin Jiwa, risaukan...
Huluran tangan tuhan itu selalu ada, hulurkanlah dulu tangan kita padaNYA..

Segenggam tabah ya kawan.

Koding said...

Hana...
Gambar awk tido ke tu???

Juliet_iRa~" said...

moga semuanya berjalan lancar..:)

hana kuat!

hanaahmad said...

misya mialen : insyaAllah. ;)

Teenager Housemaid : moga ia tidak kekal begitu.

ghost writer : bertabahlah wahai bakal pengantin. ;p

nordiyana : ameen. ;)

Rain : aku semakin dingin.

si robet comel : ameen.

miss inna : moga-moga. insyaAllah.

delarocha : semakin mendinginkan pabila tibanya di kala cuti.

TAIKO : sama. tapi bila sudah bangun, harus dibuka nanti bilik diharumi bau. ;)

pembaris : motif? ;p

MS : ameen. terima kasih. ;)

pemuzik jalanan : agaklah adik puaka.

APi : aku semakin menghampirinya. terhimpit dek waktu. hmm.

EL MARIACHI : haha. itu sangat hot.

Alieza Dayasari : terima kasih!

hani : sentiasa untuk itu. terima kasih! ;)

hanaahmad said...

Wilayah Sepet Kuku : Sentiasa bertabah-tabah, dan aku yakin Tuhan sentiasa ada untuk kita. ;)

Koding : Bukanlah. ;)

Juliet_iRa~ : moga-moga ada kekuatan untuk itu. terima kasih ya! :)

Anonymous said...

1 tika saat aku mula menghumban kunci gembira bsamamu, jgn lagi kau toleh diri mahupun melambai riang. Kerna kau akhiri hbgn ini dgn titik hitam. -alieza dayasari