Sebenar-benarnya tidak ramai pun yang suka memegang watak protoganis dalam hidup. Ada yang cuba tapi tak sepenuhnya. Ada yang boleh tapi tidak pernah mahu memenuhinya. Jalannya mudah, tapi masih payah untuk dimudahkan. Jelasnya, memang tiada bedanya setiap dari kita-kita ini di sisi sesiapa pun di sini. Semuanya sama, namun soal perbedaan itu memang sengaja diada-adakan semata-mata dengan alasan mengimarahkan seisian alam. Ada alasan benar; untuk apa adanya syurga dan neraka? Apa guna juga jika kiri dan kanan kita berat dek catatan Raqib dan Atid? Apa jadi jika kita-kita semua ini hanyalah patung protoganis di sini-sini? Atas alasan itu jugalah, mereka-mereka berbangga dengan segala kesalahan yang dibina dengan alasan sekian-sekian. Walau sesiapa-sesiapa pun kamu; dalam kasta, bangsa, kelas dan seprofesionalis mana pun keberadaan kamu, untuk tidak cuba memegang watak protoganis dalam hidup itu adalah satu kerugiaan secara total yang memungkinkan penyesalan di kemudian hari. Jika pun terlalu berbangga dengan kalungan antogonis yang tergantung liar leher, sekurang-kurangnya jangan terlalu kedekut untuk menjadi budiman dengan orang yang upayanya kurang; apatah lagi dengan golongan emas yang usianya hampir hujung-hujung. Kita punya usia pun sama, mungkin hari ini sebenarnya hujungnya. Jadi, jaga-jagalah.
Kita sebenarnya tidak perlukan ijazah atau kasta tertinggi untuk jadi budiman.
Langsung tak perlu.
22 comments:
susah juga kalo dpt orang mentaliti macam ni kan kak? hanye yg pangkat tinggi kene layan elok elok, bile bagi pendapat beliau aje yg betol. heh.
entry yang perlu berfikir panjang
kita semua sama sahaja...
mentaliti orang kita hanya menilai dari kasta sahaja dan bukannya budi yang di tabur.
sigh*
sy suke watak antu.. lg bes..
manusia semakin BIAS dengan manusia sendiri.
haih.
aku mahu cuba, tahu.
menolong-nolong warga tua apa semua ni.
tapi aku takut mereka offended fikir yang aku fikir mereka lemah.
usah perlekeh orang lain. biar hidup berlandaskan ajaran agama.
dill.
bagi aku watak protagonis sama saja labelnya dengan antagonis.keduanya saling membentuk perwatakan tanpa kira kita di level mana pun.cuma berani dan takut untuk tunjukkannya.
saya akan ingat pesan cik hana.. :-)
kau stress ni. p tgk teater lekas
protagonis dan antagonis.
dah lama tak dengar
gua ingat watak pipih jer
manusia skg...kadang sukar nak faham.
kehidupan degan manusia banyak ragamnya!
kedekut utk mejadi budiman dengan yg lain..kelak yg lain juga tidak akan budiman dengannya~
hidup ini tak selalunya indah tapi kita perlu mencoraknya menjadi indah
untuk menjadi budiman harus diasuh sejak dr kecil, bukan di universiti
Jadi baik sepatutnya lebih mudah dari jadi jahat.
Namun, dek kerana mentaliti menyatakan jadi jahat lebih 'cool', maka ianya kelihatan sebaliknya.
bodek manusia untuk nama..
bodek Tuhan tak mahu pula..
protagonis vs antagonis.
sama macam Harry potter vs Voldermort kah ?? huhu
moh jadi baek !
Wadi AR : itulah bila kasta dipandang tinggi rendah.
HJ : heh. silakan ambil masa.
reenapple : sama je sebenarnya. tapi ramai yang membezakannya.
beautiful_rose : itulah dia.
Liyana Zahim : aku suka tengok cerita hantu. ;)
eLL : itu yang terjadi sekarang. susah nak atur.
Juno : sekurang-kurangnya kita membantu meringankan beban. cuba dulu, abaikan apa yang mereka fikir.
dill : ya, itulah..
ghost writer : indeed. tapi ada yang lebih nampak kejamnya kan.
blog-tips-kurus : terima kasih. ;)
Pak Lan : kau belanja kan? keh3
tieykah : watak sampingan? hehe.
Nana : memang, sangat sukar.
Elie Lily : sangat banyak.
SaL IjOu : karma. ;)
say to easy : semua atas kita kan. :)
delarocha : iya, itu benar.
cEro : kau dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan.
APi : mendalam. terkesan pada aku.
Nur Aizureen : lebih kurang. mari! ;)
mnusia sama, masih mengaku baik walaupun ditangan ada pisau yang berdarah.
Err.
Post a Comment