Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, October 16, 2011

Gila-gila

Aku seringkali gugup dan gelisah jika diminta membogelkan apa-apa bakat yang aku ada kepada khalayak dalam mana-mana aktiviti yang aku sertai. Saat itu, penyakit hiperhidrosis yang aku hidapi bergelojak dengan rakusnya, jantung berdegup kencang dan rama-rama mula terbang gembira di dalam abdomen. Sejak kecil, jika rakan-rakan lainnya hidup istimewa dengan bakat mewarna, melukis, menulis, menari, menyanyi, bersukan dan sebagainya, aku hanya hidup terkial-kial dengan mengagumi bakat orang lain. Tiada apa yang aku boleh persembahkan melainkan menjadi watak sampingan dalam apa-apa sahaja acara. Masa itu, aku percaya bahwa, selain bakat; kita juga harus punya fizikal yang menawan untuk lebih menggoda khalayak. Cukup semua itu, semestinya kau akan menjadi siulan di tempat yang didiami ketika itu. 
Dan sehingga tua begini, aku masih belum ketemu apa bakat yang aku ada sehinggalah ada beberapa kenalan yang jujur menyatakan aku seorang yang sangat serius. Seriusnya di sini ialah serius dalam membuatkan orang tertawa. Mereka cukup terhibur dan pada saat itu aku terasa seperti dilabelkan seolah-olah seorang badut yang membahagiakan. Saat itu aku ketemu bakat terpendam yang tidak pernah aku sedar. Aku berkata-kata dengan serius, tetapi mereka menganggap ia sangat lucu. Apa lagi yang boleh aku sangkalkan. Asalkan mereka di sekeliling aku terhibur dan gembira, aku sudah cukup rasa bahagia biarpun dilabel gila-gila. Iya-iyalah, aku memang dilahirkan cocok dengan erti namaku sendiri.

39 comments:

ewanthology said...

kamu ada bakat bermonolog.

pepol said...

yup,sokong delarocha

noraauliyya said...

tp dalam blog sis nampak serious je..

dill said...

saye pun masih tidak ketemu bakat (kononnya ada) dalam diri.

pandai mengeluh mungkin.

dill.

xynophillious said...

aku juga seperti kau...hidup dengan mengagumi bakat orang lain..

Waqheh said...

kamu ada bakap utk melawakkan semula majalah lawak gila-gila...keh3

bakat yg gua teringin sangat bermain gitar dan melukis

hanaahmad said...

delarocha : semua orang punya bakat itu.

pepol : :)

noraauliyya : itulah, aku sememangnya seorang yang sangat serius. tapi dari sisi lain, gilanya menjadi-jadi. tak kenal maka tak cinta. :)

dill : jangan mengeluh dill, itu tanda tidak bersyukur.

xynophillious : aku yakin semua orang begitu. :)

Waqheh : aku juga sangat teringin bermain gitar dan pandai menyanyi. :)

Akulah Pak Lan said...

hang boleh apply raja lawak tahun depan

semutsengal said...

aku masih mencari dimanakah seni untuk aku,



huh,

Sofea said...

membogelkan bakat takpa.. jgn membogelkan diri di khalayak ramai, itu confirm gila.. :D chills babe..

~Sal Ismail~ said...

aku pun masih tercari2 bakat sendiri..aku pun kurang pasti~ hmm

Unknown said...

tak kisah lah. yang penting aku sayang kau. meh sini hug hug. hehe. :)

Kepala Mancis said...

serius juga satu bakat

pemuzik jalanan said...

Eleh dari awal saya dah tau awak tu mmg gila. Eh maksud saya gila gila. Mana mana pun boleh laa, asalkan awak bahagiaa. Awww!

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

serius yang cun...hehe

APi said...

bakat tanpa sedar..
semua orang punya tapi merka tak sedar..
eh?

Unknown said...

kenapa bila aku baca entry ni, aku merasakan ia nya sama seperti diri aku . ya, mungkin kita mmpunyai sikap yg sama, . oh ya, kamu punya bakat bermonolog. :)

yen(toka ziizokukuto) said...

faham,,, :)

pernah jumpa dengan orang macam akak,,,
cakap dalam nada serius je,,,
tapi,,,,,

ღKekunangpelangiღ said...

Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tuhan bagi. Bersyukur daripada tiada apa langsung, kan? :)

ghost said...

tapi aku belum berkesempatan untuk merasai lelucon dari nada serius kamu,Hana.atau aku yang lembab untuk memahaminya. :)

ada setengah bakat yang ada secara natural,dan ada bakat yang perlu dipraktik.tak kurang juga ada bakat yang perlu dipelajari.dan kamu punya bakat di antaranya.

Pocket said...

kamu memang
'naturally entertaining'

pekerjaan paling sesuai is 'stand-up joke'
ker haper diorang panggil yang sorang sorang
jer dok dpan pentas tu :D

(Tp td kata gugup? so acaner?)

Ce'gu JAERA said...

samalah saya.. mencari2 seni yang terdapat dalam diri.. owhhh

Niena Muhammad said...

berwajah baru :D

Anonymous said...

bakat yg ada jangan dipendam-pendamkan
peluang yg ada jangan disia-siakan

:)

Penjiwa Jalanan said...

dan sementara kau hidup untuk mengagumi bakat orang lain, ada insan lain yang mengagumi apa apa yang kau ada tanpa disedari.

ctk said...

bahagianyer idop dapat buat org lain bahagia :)

Pondok Usang said...

teringat pada majalah humor Gila-Gila.. Aku budak Minang, Tiga Dara Pingitan, Mat Metal, From Taiping With Love, Profesor serba tau.. pasti tidak akan ku lupakan..

jeBateja said...

mcm ne erk..serius tapi kelakar....susah nak buat tu....ahakz....

Unknown said...

mungkin ada yang mahu siul ke arah kau,
tapi mungkin dia tak tahu bersiul.

makes sense.

hanaahmad said...

PakLan : tak berminat.

muhamad hanif : lawak kau berseni.

AlKisah : haha, itu bahaya tahu?

SaL IjOu : masing-masing punya bakat terpendam.

dayya : aku sayang kau juga. :)

Kepal Man : ya, aku serius memikirkannya.

pemuzik jalanan : saya bahagia ada adik puaka macam awak.

rafiq : cun sangat serius.

APi : betullah tu. :)

EZAN IDMA : mungkin kita sama. terima kasih. :)

yen : heh, aku cakap cukup serius, tapi masih ada yang gelak. Macam mana tu? :D

Epol : ya, bersyukur itu perlu.

ghost writer : kita belum punya peluang untuk kenal lebih lama. Sehari itu tidak cukup.

Pocket : gugup untuk bogelkan bakat tapi tak gugup untuk bercakap di depan. boleh? :0

hanaahmad said...

Gen2Merah : samalah kita. :)

Niena : apa ye? blog? :)

sis92 : ya, betul tu.

Penjiwa Jalanan : aku hargai insan itu. :)

ctk : ya, itu paling membahagiakan aku.

Iwanski : haha, suka baca semua tu. seronok.

jeBateja : barangkali aku serius dalam berlawak.

Juno : mungkin.

dayah said...

lu bijak bermain ayat, bkt menulis..gua masih lg xketemu bakat sendrik tp chill dlu ah haha

syafiqa said...

dulu masa muda mcm2 bakat aku ada.deklamasi sajak salah satunya.tp skng dah jd pemalu gila.
entah. -.-

oh,aku juga hyperhydrosis.

Muhammad Aliff said...

Sweaty palms?

pembaris said...

saya gugup dengan "rama2" saya

Pembunuh Tanpa Bayang said...

semua orang punya bakat,samada sedar atau tidak.cuba cari...kadang kala kelemahan yang kita sangka itu sebenarnya punya kekuatan di dalamnya.

HEROICzero said...

kamu hebat menulis , dan aku suka baca .

that shud be enough kan ? penulis , dan ada orang yang membaca penulisan dia ?

keep on writing , babe !

hanaahmad said...

hidayahjamal : kau pandai mengaji. :)

syafiqakarim : ouh, aku suka baca sajak. eh, samalah. aku juga berpeluh lebih-lebihan. :)

aLepfugazi : yes i am. :)

pembaris : apa rama-rama kau? er?

Pembunuh Tanpa Bayang : ya. benar. aku setuju.

HEROICzero : ouh, aku masih terasa kerdil sebegini. terima kasih kerna membaca. :)

gilaweb said...

hebat permainan katamu...wahhh haha