Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, October 30, 2011

Hidup ini indah.

Kata Ophan; jika soal kerja, aku seolah-olah mendahului impian aku dari masa-masa yang aku lewati. Untuk itu, aku terkesima sendiri. Bagaimana dia boleh cukup memahami apa yang sedang aku lakukan sehingga menyebabkan aku tidak punya jawapan balas untuk itu. Jawapan mudah ku katakan, aku lebih suka jika waktu cuti kerjaan aku itu hanya dihabiskan dengan hal yang benar-benar membawa kepada percutian yang tidak sia-sia. Jika hanya bercuti bermalas-malasan di rumah, itu bukan pilihan pertama apatah lagi yang terakhir. Namun, jika tidak punya ekonomi yang kukuh, mahu atau tidak, itu yang perlu aku lakukan. Selain menghabiskan masa dengan sia-sia; tidur dan berada di atas talian, berangkali mungkin aku lebih rela masa aku dihabiskan dengan menghadam segala jenis bahan ilmiah yang ada di pustaka mini di rumah, ataupun menonton segala lambakan filem-filem yang belum berkesempatan aku tonton. Itu caranya aku nikmati hidup bujang. Dan percutian singkat ke Pulau Mutiara semalam sudah cukup mengisi hari-hari sibukku sebagai orang yang katanya; gila kerja. Aku puas.

36 comments:

~SaL IjOu~ said...

yah, yg penting kamu puas, Hana chan~ ^^
ahah, Ophan..dia mmg bijak menafsir & memahami~ ;)

noraauliyya said...

best baca ! tapi tak pandai nak buat ayat mcm sis nih..sastera tinggi!

Wadi AR said...

todiaaa pergi cuti tak ajak gua akak ni. ade ole ole untuk aku x kak?

Eyka said...

best bila penat kerja lepas itu pergi holiday..memng ohsem hbis weyy! ;D

nak ole ole! boleh? keh keh keh :P

pijahh said...

akak hana keje apa sebenarnya ni..?


gila ah bcuti tak ajak.

dill said...

*saye pemalas*

dill.

say to easy=) said...

pulau mutiara tanah lahirku.

reenapple said...

happy weekend la..=)

Alkisah said...

wohaaa next week alkisah balik penang..

Akulah Pak Lan said...

Pernah saja aku dari KL ke melaka semata mata nak beli capal sahaja. itu kerja gila aku

Penjiwa Jalanan said...

‎"You have a duty to perform. Do anything else, do any number of things, occupy your time fully, and yet, if you do not do this task, all your time will have been wasted."
: Jalaludin Rumi.

Pocket said...

gi bejalan tu bukan nya bercuti,
bercuti adalah...
duduk golek golek kat umah,
makan makan apa yg ada kat umah,
jangan pakai wit..

that is bercuti :)

Nurul Ashakirin said...

:D

syafiqakarim said...

iqa byk habiskan cuti dgn membaca segala buku.
semalam ada buat event jualan dan bacaan buku percuma di shah alam.buku2 yg puitis.p tak?kahkah.

ah,ada ole ole?

ctk said...

kamu memang hebat....xreti duk diam :D

ghost writer said...

aku sendiri tak mampu berbuat begitu..mungkin dah terbiasa dengan keje mudah dan terlalu banyak masa lapang.

jeBateja said...

ahakz.....den kalau bercuti...mmg betul2 akan bercuti.....handphone kadang2 off....ahakz...ahakz

muhamad hanif said...

dalam hidup kita mesti kerja,kalau tak kerja kita tak boleh hidup.


blablablabla.

hanaahmad said...

SaL IjOu : Dan, dia manis dengan kata-kata. :)

noraauliyya : cuba dulu, kamu juga pasti boleh. :)

Wadi AR : haha, tak sempat nak ajak. ada, mai turun shah alam! ekeke.

Eyka : haha, untuk percutian seterusnya aku belikan boleh?

pijahh : kerja yang berkait rapat dengan media dan kewartawanan. :)

dill : cuba awak kata rajin, pasti ianya jadi rajin. :)

say to easy : Penang syurga makanan!

reenapple : tapi ahad aku tetap kerja. :)

Alkisah : anak mami ka? :D

Pak Lan : kau memang gila.

Penjiwa Jalanan : cuti kosong adalah sia-sia.

Pocket : itu definisinya kau, definisinya aku lain. aku bukan jenis orang cuti yang kosong dengan duduk diam-diam di rumah. itu membosankan tahu?

Nurul Ashakirin : :)

syafiqakarim : Pekan Frinjan? Aku berada di Penang waktu itu. Ramai juga kenalan yang pergi. :)

hanaahmad said...

ctk : oh, masih belum cukup hebat. ia langsung menjengkelkan orang lain barangkali.

ghost writer : ya mungkin barangkali.

jeBateja : itu bagus. :)

muhamad hanif : haha, betul lah itu. :)

ORLANDO AHMAD said...

lama tak datang sini, rindu kamu

Imran Arjuna said...

Betul, hidup ini indah. Tapi tak seindah yang kita impikan, yang kita harapkan, yang kita gambarkan =)

HEROICzero said...

masalah aku sekarang , punya lambakan kerja yang cukup beban . tapi itu bukan masalah utama nya . masalah utama nya , aku semacam tak tahu mahu mula dari mana !

ah waktu cuti untuk bermalas-malasan . beri pada aku ? =)

hanaahmad said...

ORLANDO AHMAD : Wah, rindu kamu juga. :)

Imran Arjuna : susah nak dijangka.

HEROICzero : haha, kau kena mulakan dengan mana-mana yang perlu disiapkan dulu. Kalau aku boleh beri, percuma sahaja aku berikan lambakan cuti yang aku ada untuk kau. :)

yen(toka ziizokukuto) said...

kerja rajin ouh,,,huhuhu,,,apa kerjaan nya kak??? :) nak join heheh

Kepala Manchis said...

dekat betul dengan diri aku bila kau tulis macam ni. live the life beb.

APi said...

seronok meh bercuti..
heh..

eLL said...

hebat kamu hana

Waqheh said...

pi pulau mutiara kena nasi kandaq tersandaq....

kata labu dlm labu labi. selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja..

Liyana Zahim said...

Bcuti di pulau mutiara.. Oh seb bek sy yg bijak tdk mgoogle.. Hahaha.. Pulau Pinang!

pemuzik jalanan said...

Sila bercuti ke kl pula. Harap maklum. Hutang aiskrim di bawa mati. Ecewahhh :p

cik ciput said...

jangan lupa pekena pasemboq kalau pi penang lain kali =p

delarocha said...

full utilised cuti kamu itu.

zieyzain said...

wahh,..bestnya pergi bercutii,..=)

hanaahmad said...

yen : kerja edit berita. nak join apa dik? :)

Kepala Manchis : inilah kehidupan buat aku.

APi : harus.

eLL : ouh, kau terlalu mudah menjatuhkan kata. aku tidak layak digelar begitu. :)

Waqheh : nasi kandaq sedap!

Liyana Zahim : haha, takkan taktau. :p

pemuzik jalanan : KL bosan. :p

cik ciput : tak pernah lupa. sudah pun pergi dan pekena. :)

delarocha : ya, begitulah.

zieyzain : untuk waktu yang harus dicuri, semestinya ia menyeronokkan. :)

Pondok Usang said...

Islam itu indah... =)