Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Saturday, August 13, 2011

Zat kehidupan

Aku adalah orang yang tidak punya apa-apa untuk diberi jika ada tangan menghulur mohon dibangunkan. Sekadar berkongsi rasa, menadah telinga, mengangkat kata semangat adalah bukan hal yang bisa membebankan aku. Tiada apa yang bernilai, walau adakala aku gelisah dan risau sekiranya telingaku tidak mampu melegakan dan memberi apa-apa perubahan buat mereka-mereka yang meluahkan. Namun, dalam hati kecil ini, aku hanya mampu berharap agar si peluah itu lega dan walau tidak dibantu sempurna, sekurang-kurangnya aku tahu dia tidak keseorangan tanpa teman.

Cara paling bernilai buat kita dalam menambah zat kehidupan lebih sempurna adalah dengan menggembirakan mereka-mereka di sekeliling walau ia hanya sehalus kuman.
 

25 comments:

tieykah said...

aku ada zat yang aku peram

HAHA

APi said...

walau sehalus kuman, ia tetap bernilai.. =)

Encik Psychopath said...

noted.

Miscellaneous Smiles said...

makanan sy tak ckup zat =D

hanaahmad said...

tieykah : kau memang tak senonoh! haha.

APi : penilaian bergantung pada si peluah.

Encik Psychopath : amma!

miscellaneous smiles : kena tambahkan lebih sayur-sayuran ni. hee

Pocket said...

Empathy!!
itu jer yang sang peluah perlukan,
bagi pompuan ini penting,

bagi lelaki,
kami tak tahu pun
wujudnya perkataan ni. :D

hanaahmad said...

Pocket : ya, empati. tapi bagi aku. tak kira apa gender, semuanya masih memerlukan empati untuk terus hidup.

haikalblank said...

usaha untuk kebaikan semua itu yang penting. hasilnya itu mungkin macam bagai, tapi yakinlah stiap usaha membahagiakan itu ada senyumnya..:D

mendengar juga bagus kadangnya kalau ia dapat meringankan walau sedikit..:)

SYARIFF HAIKAL said...

x salah menggembirakan mereka itu..adakalanya ak serik menjadi pendengar kerana mulut si tukang cerita lidahnya begitu keji..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

biar sehalus kuman tetap bermakna

:)

dill said...

menggembirakan manusia di sekeliling kita ibarat makan gula2 smarties. warna-warni kegembiraan ditambah dengan keenakan persahabatan. :)

dill.

ifwat said...

betul tu hana, dapat menggembirakan orang lain, dah boleh buat kita pun rasa turut gembira jugak sebenarnya :)

ORLANDO AHMAD said...

suke ngan komen laling Dill hehehe

skandaLdariLangit said...

noted.

hanaahmad said...

haikalblank : ia cubaan terapi untuk meringankan beban orang lain walau kita tahu hakikatnya si peluah masih tetap terbeban dengan masalah dihadapi.

SYARIFF HAIKAL : setiap orang berbeza cara. mungkin kamu bertemu dengan orang yang salah. jika aku menjadi kau, aku turut serik.

::ini belog saya . cinta hati saya:: aku harap ianya bermakna.

dill : ayat kamu semanis gula-gula smarties.

ifwat : itu sebaiknya. yang penting keikhlasan.

ORLANDO AHMAD : banyaknye laling kau? dasar buaya! hahahhaa.

skandaLdarLangit : dan sekarang kau adalah orang yang sama dengan ENCIK PSCYOPATH bukan? ekekek

Yellow LEOpard said...

aku suka mendengar..tapi bila tiba bab nak menasihat aku payah sikit..hehe..btw, thx sudi lagi dtg blog aku.. :)

Waqheh said...

yup betul tu beb. tapi apa yg terjadi hari ni benda paling mudah ialah menyakiti hati org berbanding utk mengembirakan seseorang..

hanaahmad said...

Yellow LEOpar : sama juga seperti aku. tapi aku cuba sedaya mungkin. no biggie. :)

Waqheh : itu yang paling menjengkelkan. dan aku cuba untuk tidak ke arah itu. insyaAllah.

miss inna said...

bg inna, kalau ada org terutamanya kawan baik yg sanggup pinjamkan telinga dia utk dgr segala luahan perasaan & hati nie, tu pun dah cukup memadai...^^

say to easy=) said...

tepat sekali dalam menambahkan zat kehidupan lebih sempurna adalah dengan menggembirakan mereka-mereka di sekeliling walau ia hanya sehalus kuman.itulah dikatakan manisan hidup.

Wuming said...

Orang akan nampak jika kita buat dengan ikhlas..walau pun sebesar kuman..

ïêmå å¢klê§ said...

iema pun harap kawan2 yang berkongsi masalah 2 tenang sebab ad kawan nak berkongsi..

amir aizat said...

like yg akhir sekali,hehe

hanaahmad said...

miss inna : betul tu, telinga kawan yang sudi ditadahkan adalah kawan sejati.

sat to easy =) : paling termanis.

Wuming : keikhlasan itu penting.

iema ackles : ya, berharap dengan telinga ini dapat melegakan si peluah.

amir aizat : ya, like juga. :)

Tinavxqw said...

noted.