Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Thursday, August 11, 2011

Tanpa Suara

Aku sememangnya terlahir dengan serongan minat ke arah sesuatu yang berbentuk kreatif, seni, sastera dan berjiwa. Namun, aku tidak punya bakat dalam segala bidang melainkan minat yang ditanam semakin membuak-buak. Kesukaan aku lebih banyak terhalang atas dasar masa, duit, usia dan capaian. Jadi, ia hanya atas angin sahaja yang berlalu dengan penuh rasa sesal dan bebal. Pabila masuk fasa berprofesi ini, alhamdulillah peluang itu muncul dan membantu mengukir senyuman. Minat yang ada aku pupuk dengan semangat satu bahwa, peluang ini harus aku manfaatkan selayak yang mungkin. Masih belum sempurna dan masih banyak ilmu jauh tertinggal. Tapi sekurang-kurangnya aku tidak pernah sesaat lupa akan kesukaan yang pernah menjadi kegilaan aku suatu masa dahulu. Jadi, dengan rendah diri aku perkenalkan TANPA SUARA buat kamu. Mari beramah mesra dengannya. Mungkin boleh jadi kawan yang manis buat kita. InsyaAllah.

Diam dan lihat di sebalik imej yang berbicara.

37 comments:

semutsengal said...

kejapkejap,

aku blur..Isshhhh !!

Pocket said...

imej seorang wanita memegang matahari?
mcm kedudukan tak betul la plak.

minat kamu hanya buleh dipupuk setelah berprofesi?
setelah berduit maksud kamu?

yes, kalau kamu minat fotografi,
bila keja jer buleh layan,
masa student dulu kurang,
pasal wit kurang hehe:D

nice pic sis :D

hanaahmad said...

muhamad hanif : kau bulan puasa memang selalu blur kot? hehe.

pocket : imej wanit menggapai matahari mungkin? itu bukan picta aku. iya, pabila bekerja, lebih berduit dan punya kebebasan untuk membeli apa yg kita suka. :)

Unknown said...

tanpa suara kamu bersuara dengan jelas, sayang.

kamu memang punya bakat :)

Haikal Blank said...

hehehe. mana mungkin dibuang kegilaan lampau bukan? itu memori dan meori takkan mati. teruskan selagi menggembirakan! yeah!

snap. snap.

Kepala Mancis said...

emangnya kita dihidupkan untuk mati. dan dalam masa yang sama coba untuk melawan kembali. lalu siapa yang paradox?

shandye. said...

oh. ada belog baru rupanya.

eh, datang ambil gambar graduasi saya tahun depan boleh?

nnt sy upah mcd.

teehee...

hanaahmad said...

dayya : tapi tidak sehebat kamu. kamu lebih dari aku.

haikalblank : yeah. tidak mungkin dilupakan. dan sekarang adalah masa untuk menggembirakan.

kepala manchiss : tiada daya untuk melawan kembali cuma mahu menghabiskan sisa hidup dengan sesuatu yang pernah digilakan.

shandye : oh, aku masih amatur dan masih dalam pembelajaran. jika hanya suka2 boleh saja. :)

pembaris said...

kerjaya saya sekarang angsung tak ada kena menegena dengan minat saya.malah menyimpang agak jauh

ewanthology said...

yang kita minat, tak semestinya akan kita dapat.

Pocket said...

ya punya kebebasan untuk membeli,
tapi hanya untuk seketika,
jangan kawin. heh

hanaahmad said...

pembaris : tapi kamu masih boleh bertahan? untuk sudah cukup mengkagumkan.

delarocha : iya, itu betul tapi tak salah cuba dapatkan apa yang kita minat bukan.

pocket : heh, masih jauh lagi ke arah itu. :)

PuanPepel said...

meh kita blajar sama2... enche 1000D da lama menyepi...

laskar pelangi said...

yeyeahhh! *merenung nasib...*

tieykah said...

aku singgah Hana.Hari ini sangat lemah

hanaahmad said...

cikpepel : ouh kamu canon. aku nikon. jom kita sama2 belajar.

laskar pelangi : kenapa dengan nasib kamu?

tieykah : kenapa ni?

Asfz said...

bg asfz (ceh..nak juga jd seni2 ni..haha)

pic mgmbarkan perempuan y hilang beban y ditanggung..sambil menikmati keindahan alam (utk melepaskan stress)

ewahh...ada gaya x?? ke jauh terpesong..ngeh3x

hanaahmad said...

cik domo : boleh juga begitu. tak terpesong langsung. ada gaya tuh. hehe

RIZZNA said...

coretan di sini memang tanpa suara :)

APi said...

tanpa suara tapi ia meluahkan suatu kata dan rasa.. =)

Akulah Pak Lan said...

Blog kawan kau yang kau promore ni?

hanaahmad said...

cinta misteri : tanpa masih didengari bukan?

api : iya, dan kau dapat rasakannya.

paklan : apa yang menyebabkan kau berfikir sebegitu? ekeke

JelinaJoli said...

lu suka apa?? nyanyi eh??? tajuk lagu: kugapai matahari dengan tangan kiri di bulan februari

hanaahmad said...

JelinaJoli : suara gua tak cukup sedap untuk nyanyi. sekarang ni gua rasa mcm nak jadi pelakon nak kalahkan lu JelinaJoli yang hot letop2. ekeke sedap nama lagu tuh.

ORLANDO AHMAD said...

bleh tuju lagu tak kat tanpa suara? keh3...

okey gua dah masukkan tanpa suara dalam diari gua, sila blanje bukak posa

hanaahmad said...

orlando ahmad : mari sini turun shah alam aku belanja kau tepung pelita. ekeke

Waqheh said...

boleh jadi kawan yg dapat biau bersama tanpa berkata apa?

cEro said...

dua perkara penting dlm kerja cita2..
1. minat
2. bakat
ada dua2, semua bereh...
ada salah satu je, kena usaha lebih..
takde satu pun, kena harapkan keajaiban..

hanaahmad said...

waqheh : boleh jadi juga. biar gambar luah segala.

cEro : setuju. aku tak percaya pada keajaiban tapi lebih pada rezeki. :)

.drakula. said...

sabar sentiasa dan tawakal akhirnya...itu sahaja.

Misya Mialen said...

btul kata hana.bila sdh berpfofesi, baru kegilaan semakin menjadi-jadi, kegilaan sy dengan buku pun makin menebal lps ada pofesi yg tetap. buku/majalh makin meninggi.sampai klu dijual semula, gerenti ada pulangan lumayan;D

Unknown said...

gambar wanita yg masih memegang harapan?hehe :)

eLL said...

tanpa suara sebab kamu menaip di blog.
keh~ komen aku merapu

hanaahmad said...

republicaku : itu pemudah cara. :)

misya mialen : hehe, sama juga seperti aku. sekarang aku lebih fokus membeli buku2 kegembiraan dan cuba bermanja dengan segala hal yang pernah menjadi kegilaan. lepas geram namanya. hehe.

ekmal : boleh jadi juga begitu. :)

eLL : hehe. itu pun betul juga. tak merapu pun. :)

SHAHID said...

#ehsamalah kita!

Unknown said...

minat sastera jugak,tpi xde peluang.herm

~Sal Ismail~ said...

Sy pun sgt minat fotografi..tp blom mampu nak miliki dslr sendiri..InsyaAllah suatu hari nnt..x sabar menunggu saat itu~