Kehadiran seorang wakil rakyat cantik manis dan punya aura tersendiri minggu lepas sudah cukup mengujakan aku. Keperibadian beliau menggamit hati untuk aku terus terobsesi dengannya. Tolak saja apa parti yang dianutinya. Itu langsung tidak masuk dalam hal lingkungan kekaguman aku.
Kenapa meriah sangat tu?
Barangkali mereka mahu menyambut kedatangan N.I.A.
Perlu ke sambut bagai?
Kau memang tiada asas PR la.
Aku tak suka ayah dia.
Berada dalam kelompok media, kita perlu bersikap neutral.
Perbualan ringkas bersama seorang kenalan kantor terhenti di situ. Tiada bangkangan. Iftarnya kami duduk semeja dan disertai wakil rakyat, ibunya dan suami. Saat hadir, wakil rakyat yang aku gelar di sini N.I.A ramah menghulur salam ke atas seluruh warga kantor. Manis di situ. Serasanya mahu saja aku berkonversasi semeja dengannya. Namun, atas status pekerja bawahan, ia terhalang. Lagi pula, pasti tiada kata terucap melainkan bibir tak lekang menyebut; cantiknya dia.
Sehingga kini, aku tetap utuh; dalam hal politik, kita tidak pernah punya kuasa untuk mengetahui siapa betul dan siapa salah. Lihat saja, berapa banyak benang basah cuba ditegakkan. Segala hal hanya aku ketahui melalui medium perantaraan. Semua dari kita hanya dengar dari 'cakap-cakap'. Aku masih tidak berminat akan itu dan Tuhan lebih mengetahui segala.
38 comments:
waah!! kenapa tak ditangkap gambar dia tgh berramah mesra? tingin jgak nak tgk dari lensa amatur :D
neutral tu susah nak buat, lagi la nak 'jadi'
sebab semua orang ada sumber mereka,
dan sumber mereka mesti berat sebelah.
nak gambar!! nak gambar!!
melalui *ckp ckp tu meyemak je kan...=D
Pocket : ada gambar tapi tidak terasa mahu menempeknya. yang menangkapnya pastilah profesional dari syarikat. :)
Miscellaneous Smiles : sangat semak. :)
hehehehe setuju dengan laling,
A great empire, like a great cake, is most easily diminished at the edges.
Benjamin Franklin
Izzah ke??
well, pada dasarnya politik itu tidak pernah kotor, namun pengamalnya sahaja yg mengotorkannya...
nilai manusia melalui peribadinya, bukan persekitarannya..
PERNAH AK TERFIKIR UNTUK LARI DARI POLITIK TAPI AK TERIKAT DGN TANGGUNGJAWAB DAN AKHIRNYE TERPAKSA MEMILIH..TIADA YG TELUS DAN AK MASIH KABUR.
politik itu ada dalam agama Islam dan kita tak boleh lari daripadanya.. =)
ORLANDO AHMAD : Ni yang i sayang u lebih ni. kih3.
cEro : ya, Nurul Izzah Anwar. ya, aku setuju yang itu. Cakap-cakap orang di sekeliling itu yang lebih mengotorkan. Dan aku mengambil sikap lebih neutral.
SYARIFF HAIKAL : susah nak lari kan. itu lumrah hidup. di mana-mana pasti adanya politik.
APi : memang tak boleh lari.
pemimpin yang baik adalah pemimpin yang turun padang melihat keadaan rakyat..ambik tahu masalah yang dihadapi rakyat..cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Persetan semua parti yang dianuti kalau pemimpin tidak bertanggungjwb, tiada makna..
aku pernah berdepan dengan dia. face to face. sangat cantik.
PakLan : ya, itulah yang paling dikagumi.
eLL : sangat cantik kan. :)
Ada tiga, pertama;
yang membabibuta menjulang mengikut dan membontoti tanpa mengira betul atau salah
kedua;
yang menganalisa keadaan, menimbangtara secara empirikal dan mendukung dacing yang berat isinya dengan dawai yang lurus berbanding paku yang bengkok,
dan ketiga;
yang menjahit mulut serta mematahkan kaki dan tangan mereka serta membiarkan arus masa mengalir....
Lucifer : setuju yang ketiga-tiganya. lazimnya yang membabi buta dan menjahit mulut itu adalah pak turut yang tekadnya hanya dengan cara politik kotor.
nak cakap lebey2 bout politik pun , takot coz ta tao cerita sbenar kan (:
protokol jaga ada gap tu yang agak sukar nak cakap.
tapi bila bercakap tentang politik, aku kadang2 bisu dengan 'lakonan' yang ada.
Err,
asid + alkali = neutral !
wahahahahahahah,
amboi, kau perli aku ya.
aku pernah sua jugak dengan N.I.A. waktu forum dalang disebalik I.S.A. hensem gila walalu tgk dari jauh. seb bek dah kawen. pas habes sesi bentang.gua aju soklan. muka yang hensem tadi bertukar tak hensem kejap.
but, at the end of the forum, gua dengan gentle kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, gua jumpa dia personally. ternyata gua stedi je dengan dia. dan gua berkali kali mengaku dia memang cun habis. nyesal gua tak salam.
beliau pernah datang dekat dengan kawasan rumah di kampung.orang ramai yarabi
politik subjek yg bosan
Cam knl je la wakil rakyat itewww... Alaikk her!
dia cantik tetapi kerja dia kureng cantik itu sahaja boleh cerita...
tak minat politik tapi walau macam mana pun tetap tak boleh lari.... huhu :)
adat orang politik, memang kena selalu bermanis muka :-)
n.i.a - nurul izzah anwar ke apa?
kau mmg suka bagi aku tanda tanya ek
gua suka je dia..
aku rasa
die perempuan terbaik
Fara E's : tau xpe.
FaizalSulaiman : aku juga boleh jadi begitu. bisu.
muhamad hanif : hik3. :p
kepala manchiss : berani la lu nak salam dia. ngamuk laki dia. haha.
pembaris : apa yang yarabi nya bro?
pyka rahmat : membosankan tapi masih boleh diambil tahu.
liyana zahim : pasti kau kenal. aku juga. :)
republicAku : aku tak tahu pula part itu. :)
miz novexx : masih perlu ambil tahu kan.
delarocha : ya, setuju. tapi aku masih suka keperibadian beliau.
hidayahjamal : iya, cik adik manis. hik3.
JelinaJoli : kita sama! sep! sep!
tieykah : kan. :)
beliau mmg cantik,,manis..tp saya still x bpe suka politik..jauh sekali ntk involve dlm politikus neyh..hehe..opss ! tahun neyh genap umur den 21..mengundi..yeehaaa
hana,,selamat hari raya ~!
owh sayang kamu juga keh3
politik bukan makanan ruji saye. >.<
nasik lebih best
dill.
choki pom ta minat politik .
tapi kat mane2 pom tetap ade politik
yang penting pergi mengundi.
betul atau salah. Tuhan saja yang tahu. kita dengar dan fikir.
politik pd dasarnye xkotor..btol cm ape yg di atas tu ckp..pengamalnya yg mengotorkn..even kite xbmnat dgn politik kite perlu ikot jugak pkmbangan coz kite leh wt sgala bnda sekarang ni adlah bdsarkn kerajaan. kalo krjaan yg trok dasar die akan jdi trok dan mangsanya adalah kita.
dah cukup umur kenala daftar.hehe.daftar pnting, nk pangkah krajaan or pmbangkang itu xpenting tp berdaftar. dr bilangan pngundi berdaftarlah baru leh letakkn calon. kalo pengndi bdaftar byk cine, org cine la jaga kwsn kite even realiti melayu yg rmai situ.. tapi melayu marah cina yg pimpin, pdhl mlyu ygxnk mendaftar..=(
NIA . aku expect sesuatu dari beliau . lebih dari ayah nya , mungkin .
=)
politik skrg sgt bahaya kot
Nur Aizureen Md Zahir : hihi, dulu berminat jugak sekarang dah kurang. ya, samalah kita. hik3.
ORLANDO AHMAD : rindu ai tak laling? kih3.
dill : nasi itu memang best! tiada bangkangan di situ. hihi.
choki : ya, politik ada di mana-mana.
encik psychopath : insyaAllah pergi. dah daftar lama sudah. :)
kenanga suchi : ya, hanya Dia mengetahui segala.
miZz nizZ : betul tu. dah lama mendaftar cuma belum berkesempatan mengundi. :)
HEROICzero : ya, aku pun sama. :)
amir aizat : tak bahaya, cuma kotor. :)
Post a Comment