Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, July 4, 2011

Rencah


Masalah itu rencah, ia boleh jadi perisa tambahan paling rangup
dalam resipi kehidupan manusia.

Satu hal yang aku tidak pernah, tidak akan walau sekali pun dan rasa bebal ialah mengalah untuk terus hidup. Walau setebal mana pun rencah rangup yang dipanggil masalah itu mencengkam menggangu segala emosi dan fizikal aku, aku sentiasa memaksa diri untuk lebih optimistik dan positif dalam segala hal yang memungkinkan untuk aku jatuh lalu dipandang serendah-rendahnya. Percayalah kawan, kita manusia itu egois. Dan egois itu aku. Jadi manusia biasa itu normal dan menjadi normal itu manusia biasa. Dalam hidup, aku terlebih percaya dan yakin bahawa, masalah itu memang sengaja diada-adakan bagi merasuk semangat setiap manusia yang sering mengeluh punya masalah sana-sini. Pelajaran pertama, mengeluh itu umpama kita tidak bersyukur. Dan, ingat dan pahat dalam-dalam di hati kalian bahawa jangan sesekali mengeluh walau masalah itu datang tak diundang. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kau punya nikmat untuk menikmati masalah-masalah yang boleh jadi satu terapi mematangkan usia sejengkal kita. Pahat kalimat agung ini sampai mati, Alhamdulillah.

Ini boleh jadi motivasi paling terkesan di hati untuk aku yang tidak putus-putus serabut dirasuk masalah dunia.


28 comments:

Anonymous said...

yang mengeluh adalah tak baik..ok tu je..hehe

Amiey White said...

kalau kau ada masalah . aku ada untuk kau kawan . aku pun seorang yang bermasalah dan cuba selesaikan tapi kadang2 orang tak faham . huh~

semutsengal said...

mak cakap tak baik mengeluh..nanti Allah tarik rezeki..


;)

Alif Haris said...

jgn mengeluh ..
dikala kesempitan cuba fikir balik,berapa kali kita sudah dikeluarkan oleh Allah daripada kesulitan.. bersyukur lah kerna kita masih lagi dlm keadaan baik seperti ini :)

nanad said...

sangat termotivasi dengan entri ini :) terima kasih~

Niena Muhammad said...

bagus.. kadang2 memotivasikan diri sndiri adalah lebih baik :D

semoga hana sntiasa brjaya mengawal emosi & memandunya ditempat yg selamat

Akulah Pak Lan said...

Experience teach us about life.

dayah said...

entry yg sedap je dibaca, tq beb..dah tua ni kena selalu beramal benda baik gini

tieykah said...

Setiap masalah itu ujian Allah.

hanaahmad said...

khry : yang mengeluh tidak baik? haha.

amiey white : hehe, setiap orang memang tak lari dari masalah bukan? permasalahan ni kadang2 boleh mendatangkan masalah pd orang lain, jd lebih baik diam. terima kasih syg. :)

muhamad hanif : ok, tak mengeluh. :)

alif haris : iya, insyaAllah dan mudah-mudahan Allah sentiasa menguji kita untuk perkara yang baik-baik.

nanad : sama-sama. :)

niena : terima kasih niena, moga kamu juga begitu. :)

paklan : and i learn a lot.

dayah : terima kasih. moga sama-sama kita beramal. :)

tieykah : itu yang terbaik dariNYA buat kita. :)

ghost said...

bila berhadapan dengan masalah,jangan tambahkan lagi masalah.hidup tanpa masalah seolah hidup tanpa perjuangan.tapi jangan cari masalah.

Unknown said...

cool beb. jgn serabut2

Yunus Badawi said...

Anggaplah masalah itu sebagai peluang utk kita.

Anonymous said...

yeah. betul kata YB

cEro said...

masalah menguji kekuatan diri sendiri, sama ada mampu hadapi atau jatuh dalam kekuatannya..

PuanPepel said...

masalah mengajar kita jadi lebih kuat

Anonymous said...

ye ak merasakannya~~


pijahh

qwert. said...

well said :)

shandye. said...

hidup tanpa pancaroba ialah kehidupan yang boring dan merugalkan hoke!

kalau mahu merungut, sila riba kucing anda dan kompelin puas2 pada sepasang mata budarnya yang berkedip-kedip comel. hahaha....

APi said...

semoga terus bermotivasi.. =)

ORLANDO AHMAD said...

masalah ni seronok, seronok bila dah selesai walaupon bila hadapinya rasa susah sampai mengeluh, yg penting kena sabar sebab buah sabar itu manis

Kepala Mancis said...

nak nasi hailam. ada rencah?

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

peh tingginya bahasa. mendalam maksudnya. optimistik tu camne? haha

Alif Haris said...

hehe ^^ insyaAllah~

asip محمد said...

masalah itu ajinamoto.. ajinamoto tu bahaya.. hahahaha

pembaris said...

paksa diri sampai badan ketar

hanaahmad said...

gw : aku sentiasa positif mengatakan masalah itu adalah cara paling berkesan untuk mematangkan aku.

ezan idma : sedang menge'cool'kan diri. sudah tidak serabut. :) trimas ya!

yunus badawi : ya, peluang paling berharga.

kapten : betul la tu atok. ekeke.

cEro : jadi aku harus tabah bukan? :)

cik pepel : aku cuba menjadi kuat. insyaAllah.

hanaahmad said...

pijah : kenapa tak log in? hehe.

unieMARKS : :)

shandye : sygnya aku tak bela kucing! tapi kucing mmg comel dan menenangkan. hehe

api : ya, terima kasih! :)

jari yang terabai : aku sedang cuba berbaik2 dgn sabar. alhamdulillah, selama ini aku berjaya! :)

kepala manchis : ade ye nasi hailam? ekekeke.

rafiq : haha, sila rujuk kamus boleh?

alif : sama-sama memotivasikan diri. :)

asip : haha, ikut pada orang yang makan. aku hrp aku tak makan byk ajinomoto. ekeke

pembaris : tak mahu. haha