Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Friday, July 1, 2011

Musnah

Terasa jatuhnya hati kala melihat kau mengabdikan diri hanya kerna Dia.

Kala matahari tegak di kepala, pada penghulu hari itu, aku bersama seorang kenalan keluar mengisi perut yang sudah lama tidak diisi makanan enak-enak. Awal bulan, jadi inilah masa memanjakan perut. Sampai di persimpangan, mata kami enak dahulu dimanja dengan kelibat-kelibat mereka-mereka yang bakal menjadi pemimpin umat Nabi Muhammad SAW suatu hari nanti menyahut panggilan azan. Aku pandang penuh minat dan tersenyum gembira. Tahukah kau kawan, Jumaat adalah hari tepat untuk mencari jodoh buat kamu yang mahukan lelaki di bawah lindungan kaabah. Berkain pelekat penuh seksi pada pandangan mata aku. Ah, berdosa rasanya bila berkata begitu. Tapi, mana mahu ditutup gelojak hati, aku juga manusia biasa yang tidak pandai menyimpan perasaan. Aku menoleh sekilas. Mata bertemu mata. Hati aku berdetik. Saat aliran elektrik mengalir penuh deras dalam degup nafasku. Aku terpana. Suci, bersih wajahnya. Otak ligat mencerna penuh yakin, dia inilah bakal menjadi ayah yang soleh buat anak-anakku. Berkain pelikat, berbaju putih, mempunyai senyuman yang menawan. Hati ini betul-betul terpikat. Tapi, apakah daya. Aku hanya mampu memandang kerna nak gapai, tangan tak sampai.

_________________________________

Tiba di kedai makan, perut yang lapar diminta isi sesegera yang mungkin. Seperti kebiasaan, ayam goreng berempah beserta air asam penuh bawang menjadi pilihan. Tidak pernah malu, aku akui, makan banyak memang satu kegilaan. Kami duduk di hujung sedikit tersorok dari pengunjung yang lain. Lebih tersorok, lebih pelahap dan tidak sopan tanpa perlu kawal nafsu ketika makan. Kenalan aku tadi, tanpa sabar memuncung mulutnya ke arah sisi kanan aku. Dan, aku terpana. Aku ditertawakan tanpa belas.

Kenalan : Hancur lebur hati?
Aku : Tersiat-siat rasanya.
Kenalan : Kasihan. Kena tipu hidup-hidup. Seragam dah lulus. Tapi, arah tujuan salah.
Aku : Sekarang jam berapa? Mungkin dah habis.
Kenalan : Pak imam baru je angkat takbir saat ini.
Aku : Pelamin anganku musnah.

45 comments:

Amiey White said...

tertipu dengan luarannya. cissss

hanaahmad said...

amiey white : tipah tertipu. awww..

bact. said...

kih3..
melencong tempat lain la tu..
ke sesat..
mana kita tahu

kahkahkah

hanaahmad said...

bact : tau xpa..last2 tempat makan ditujunya. ekekek

hidayahjamal said...

ayam goreng berempah....sedapnya meleleh aku dgr! er ari jumaat rupanya sesuai cari jodoh ka..lagi tips jodoh, berdoa hari jumaat mg diperkenankan....dpt suami soleh :)

Khry Hnry said...

Azie - Pelamin Anganku Musnah...haha kalau budak2 muda pegi masjid bukannya betul...dalam masjid pon boleh main wrestling lagi masa orang tengah sembahyang...ni kan pula mereka yang diluar masjid...haha

muhamad hanif said...

HAHAHAHAHHA..


luaran je dah tertipu..mcmana kalau dlaman ?

jantancapricorn said...

rupa itu topeng yang bermacam macam.

Akulah Pak Lan said...

Aku lapaq aiskrim...jom..

si ngokngek said...

haha..mukanya sesuci serbuk daia..arhhh terpana tengok-tengok dok depan mata..~~zaman skrg memang ramai tersesat macam tue..hahaha

far byieb said...

hahaha..arus elektrik betul-betul kena..heee ;)

Fauzan Zain said...

cantik luar buruk dalam..

Kapten Atok said...

haha
style ja tu

JARI YANG TERBARAI said...

fuh, nasib baik gua pakai jeans hehehehe

EZAN IDMA said...

aku juga memandang lelaki berpelikat itu sexy.

tieykah said...

Lelaki berpelikat sangat seksi la:)

memoriusang said...

Haha. Klakar la. Pelamin angan dh musnah. Btw, memang tergoda kalau nampak lelaki pakai kain pelikat. Hahaha. Issshhkk!

A retarded kitty said...

don't judge a person by its attire

heh

hanaahmad said...

dayah jamal : nyum, nyum. sedap kan. terima kasih. :)

Khry Hnry : ini bkn bdk2. ini jejaka tampan. wakakkaa

hanif : dah cukup tertipu. hahaa

intancapricon : tau xpe. membuat orang tertipu.

paklan : jom! :)

hanaahmad said...

si ngokngek : haisyhhh..dunia. dunia. haha

far : betul2 kena renjatan. haha

fauzan : tapi ramai laki suka pompuan cantik luar. ekeke.

kapten atok : style hbs!

hanaahmad said...

jari yang terabai : alaa..tak sexy la kau ni. haha

ezan idma & tieykah : sexy gila kan?

memori usang : hahaha. musnah habis! ekeke.

retarded kitty : haha.

cikpepel said...

hahaha.... tipah tertipu bang...

Fiq Vertigo said...

ada terasa tak kalau kalau...



kalau dosa tu terpalit pada kita sekali.


hm..

KoskakiUngu said...

awak kurang understand dengan accent malay, huhuhu...
sorry ^^

Zoelisme said...

Hancur hatiku, mengenang dikau...lol

alif haris said...

hak3 .. kene gelak sbb melahap makanan ? hehehe :D

ghost writer said...

haha...kadang langkah sudah betul tapi iman tak sekuat mana melawan godaan iblis sekalipun kaki sudah separuh di pintu masjid..

pembaris said...

sebelum solat Jumaat,makan nasik tepi longkang sangat sedap.di kampung tak boleh buat

APi said...

luaran boleh tutup, tapi dalaman belum tentu.. =)

miss inna said...

tipah tertipu...
tapi tak pe la, kira kebenaran tu nmpk awal..Allah nak tunjuk kn..

Elie Lily said...

lor...tipah tetipu..
heee

Muhd Fadil said...

hehehe... kesian. lebur hati yaa?

~Kisah Hati~ said...

luaran itu terkadang tidak menyifatkan dalamannya... sudah banyak yang aku ketemu seperti itu... punahh... hehe

Scya Lollita said...

alolohh .
pelangin angan musnah .
smoge jmpe yg btol2 ye hehe

Starcapricorn said...

sekali lagi kerana nama yang baru.

Jerry Ghazali said...

kejadian 'pelamin anganku musnah' selalu diungkitkan oleh perempuan kan. bukan maksud aku ia hanya terjadi kat perempuan.

syafiqakarim said...

sebab tu org berkata.
jangan menilai seseuatu dr luaran. mcm tu juga manusia.
berserban putih, berkain jubah, belum tentu layak menjadi
imam.belum tentu lidah petah memperdengarkan azan.
dan luaran yg selekeh, belum pasti dia penganggur.

hmm.tape.berdoa utk jodoh yg baik

hanaahmad said...

cik pepel : tertipu habis! haha.

fiq vertigo : berdosa juga rasanya. :)

kos kaki ungu : awak? kurang? understand? dengan? accent? malay? sekarang ini, SAYA yang tak faham apa yang AWAK maksudkan? maaf ya. :)

zoelisme : menjadi keping-keping setelah kau pergi...haha.

alif : haha, nmpknya kau membaca dengan tidak sepenuh hati. kena gelak sbb lelaki yg di usha tadi kantoi tak pergi masjid ler..aiyo. haha

gw : manusia. macam2 ada macam astro. :)

hanaahmad said...

pembaris : ini bukan sebelum, ini sedang solat. haha, malah lebih teruk di restoran makan!

api : susah nak bezakan skrg ni kan?

miss inna : betul. lepas ni jangan menilai di luaran je kan. :)

elie : kasihan aku kan? hehe

muhd fadil : lebur, luluh, hancur lumat. ekekek

hanaahmad said...

KH : aku juga begitu. susah nak duga, masing-masing pelakon yang hebat!

scya : amin. insyaAllah. moga-moga. :)

starcapricon : ??? maksudnya? maaf, kurang ngerti. :)

jerry : wuuu...menakutkan.

syafiqa : betul. berdahi hitam belum tentu tebal imannya.

Benrauf said...

Hahaha.. tapi jangan cepat sangat meletakkan hukum. mungkin jugak di masjid nya khutbahnya ekspress. itu biasa jadi di satu masjid dah slesai solat, tapi masjid jiran baru habis berkhutbah.

niena shopping2u said...

??? lelaki tdi ? melencong tmpat lain rupanya? ye? hahah... tertipu...

Miscellaneous Smiles said...

arhh lapor laporrr~~

shandye. said...

mujur terjumpa ketika masih di fasa awal. kalau sudah bergelar teman lelaki (atau mungkin lebih parah, bergelar sang suami) baru tahu modus operandi sebenar?

menangis tanpa runut bunyilah penyudahnya.

hahaha...

Barbara Hennessy said...

alolohh . pelangin angan musnah . smoge jmpe yg btol2 ye hehe