Pembukaan minda itu bergantung pada tahap penerimaan kita. Jika otak sudah tertanam yang hitam tetap hitam, dan putih tetap putih, maka boleh jadi minda kita itu tertutup.
Keterbukaan itu boleh jadi kadang-kadang hadir dan kadang-kadang tidak dalam hidup aku. Boleh jadi aku terlalu tertutup tentang seberapa hal yang secara kasarnya tidak perlu aku menjadi sebegitu pesimis dan prejudis. Adakalanya, dilabel tidak sporting atau skematik itu boleh jadi satu penghinaan juga. Tapi, bangga juga jadinya pabila dilabel begitu, kerna boleh jadi pada pandangan mata kasar manusia lain, kau ini jangan disentuh sebarangan. Boleh jadi kau orang yang cukup terpelihara budinya, apatah lagi sifatnya. Itu boleh jadi satu harapan gelap aku. Namun apa aku punya daya. Barangkali aku terlalu kasar untuk sesekali bercerita perihal yang 'lembut-lembut'. Walau masih kadang-kala dilabel tidak sporting, aku juga dikritik hebat kerana terlalu skematik mengikut aturan. Hey, aku juga punya prinsip bahwa undang-undang itu dilaksana adalah untuk dilanggar. Cuma, aku tidak gunakan akal sewenang-wenangnya hanya untuk perkara yang remeh-temeh. Apatah lagi untuk hal yang cukup terang mengatakan itu adalah salah. Iyalah, memang aku skematik tektronik.
20 comments:
minda masih buntuuu~~
Err,
Aku kurang paham setengah-setengahnya,,
tapi nak buat mcmanakan, otak aku ckp terima, so aku terima lah..
AHAHHAHAHAHAH
yes i like !
pehh hanna..sejak bila
kau berfalsafah ni...
ayat tingi geli..
mendalam gile..
yg aku paham...
berfikir jauh je..huh
Law are made to be broken...yeah!!
ahakz...alamak geng....ayat dema sgt le tinggi maknanya...pengsan den nak faham...ahakz....
pijah : apa yang buntu sangat tu. meh sini saya bantu. hehe.
hanif : kau memang sempoi~ hehe
scya : me? hehe. terima kasih.
far8 : sejak aku kenal dgn kau. haha. yes, sila berfikiran jauh.
pak lan : yeah!
jebateja : haha. tak tinggi sangatla bro. :)
alah, tak yah pikirkan anggapan orang pada kite, buat dan hidup dengan cara dan style yg paling kite selesa. Yang faham hidup kita ni cuma 2,
1) Tuhan
2) Diri kita sendiri.
Orang lain walau camne rapat pon masih lagi ade part2 yg die tak paham kat diri kite ni...hehehe
skema itu hot apa
bahasa dia mmg tggi Hanif tapi sy suka :D
ikut manual
aku pun skema ikot peraturan
tp aku x paham apa ko cuba sampaikan.
nasib baik x selevel ghost writer yang aku x dapat nak komen
undang2 hanya patut dilanggar jika tak ada polis
bila sentuh soal undang-undang dilaksana itu untuk dilanggar,secara sinisnya selagi tidak kedapatan ianya tidak menjadi salah..
so,apapun kita tak menjadi soal selagi ianya masih tidak memudaratkan orang lain.
suka ati hang la nak jadi apa pon...kui2
skematik yang tetronik dalam elektronik di arus modenik.. =)
bukan semua benda kita boleh terima.. bukan semua benda kita boleh suap masuk.. sesekali penjarakan apa yang terlalu bebas.. supaya taklah terlalu jauh perjalanan nafsu yang dibantu akal..
al-buayak : itulah yang aku cuba buat sekarang. thnx. :)
ezan idma : haha. hot stuff kan.
niena : terima kasih niena. :)
delarocha : macam mana tu? nasib baik kereta mmg manual. haha
kapten atok : mmg aku sengaja bagi ko tak faham. ekekek.
pembaris : tapi orang kita, ada polis pun dilanggar jugak.
gw : betul tu, asal tak menyusahkan orang lain kan?
khry : aku nak jadi mcm hang boleh?
api : haha..ironik sungguh.
asip : boleh jadi juga. hidup mesti ada sistem penyaringan. kalau tak, tenggelam la dalam benda yang tak sepatut ada kan.
Sememangnya undang-undang tercipta untuk kita melanggarnya. Barulah hidup ini terasa indah..hehehe :)
ada ketika aku terbuka... ada ketika aku sengaja menutupnya... agar sebati dengan jiwa~
Post a Comment