Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, July 13, 2011

Bila nak kahwin?

Kurang dari dua bulan, angka 23 ini bakal menginjak ke 24. Terasa pantas masa berlalu. Langsung tak terasa penantian yang lama. Jika waktu kecil, serasanya aku mahu cepat-cepat bergelar dewasa. Boleh lekas-lekas terasa matang, mahu lekas-lekas keluar malam tanpa izin, mahu lekas-lekas keluar tanpa teman, mahu lekas-lekas merasa duit sendiri, mahu lekas-lekas peluang berbicara pasal lelaki (lebih lanjut) tanpa segan, lekas-lekas mahu segala-gala yang kanak-kanak tak boleh buat. Tapi, pabila injak dewasa, kenangan kanak-kanak juga paling dirindui. Apabila terbeban menggalas tanggungjawab sebagai seorang dewasa ini, mahu saja aku menoleh kembali berlari-lari menjadi si anak kecil. Lumrah alam, aku cukup realistik dan percaya, mana mungkin masa itu diputar semula walau sesaat.

Kurang dari dua bulan, angka 23 ini bakal menginjak ke 24. Cerita-cerita teman-teman bertunang, berkahwin dan beranak itu sudah jadi perkara biasa. Malah, bukan lagi kebiasaan. Sudah jadi perkara wajib dan boleh jadi amaran secara sembunyi buat diri sendiri.

Apa susah, kahwin je cepat. Kau yang memilih sangat. Jadi Ella baru tahu. Tenang sahaja kawan, masih muda lagi 24 tu. Masih jauh lagi perjalanan hidup. Nikmati hidup semuda-mudanya. Ada jodoh tak ke mana. Dan, bla, bla, bla, bla.

Dan beribu lagi kata-kata pemangkin semangat yang boleh jadi melegakan hati kita. Soalan-soalan 'cliche' yang bertalu-talu 'bila nak kahwin?' itu kadang-kala boleh merimaskan juga. Walau rimas, hati tetap berdetik. Akan berkahwinkah aku nanti? Agak-agak siapa ayah kepada anak-anakku nanti? Jodoh aku orang mana? Anak aku ada berapa? Boleh jadi juga, adakah aku seorang sahaja yang asyik memikirkan soal sebegini kala ini?

Heh, tolong jangan beri lagi aku segala soalan dan jawapan 'cliche' itu. Sudah cukup kecewa dan cemburu aku kala ini. Undangan penuh di sana-sini. Hanya mampu jadi pemerhati dan tanam angan-angan tinggi-tinggi bahwa, aku juga bakal diperhatikan orang seperti itu. Doa sahaja jodoh aku dipercepatkan, moga cepat aku dapat anak kecil dan membesar sebaya dengan usia mudaku ini. Amin.
Terpana seketika pabila bulan lepas ketika pulang meraikan ultah si anak kecil umai, ibu saudaraku memecah lubang rahsia mengatakan bahwa, emak sudah berangan-angan mahu menyambut menantu yakni bakal suamiku dengan penuh meriah. Penuh berimaginasi rupa-rupanya juara hati nombor satu itu. Aku hanya senyum kelam dan susah hati dengan ketidaksabaran emakku itu. Fahamilah emak, anak gadis tunggalmu ini belum terasa jemu mahu tidur di bawah ketiakmu.

34 comments:

APi said...

kebanyakkan perkataan seperti biasa didengar..
mungkin sudah tiba masanya mencari..
orang kata, jodoh itu perlu dicari.. =)

vampire's lovex said...

ada la tu nanti nanti...

:)

Akulah Pak Lan said...

kah kah kah...
tak lambat lagi...setiap kali raya..kau akan dapat soalan yang sama yang aku dapat setiap tahun..

pemuzik jalanan said...

weehuuuu saya paling suka orang nak kawin neh.
awak chill la kak sampai masa nnt adalaa.
tengok saya cool jee. hee

Kakak,awak bila nak kawin? Hahaa..

Kapten Atok said...

semua awek2 single akan pikir mcm ko

rafiq said...

ade jodoh tak kemana. takde jodoh dia kemana-mana..haha

Bashtiah said...

Hahah..kelakar baca komen rafiq. tapi itu betul!

muhamad hanif said...

kahkahkah,

lepas ni kau tido bawah ketiak sapa la kan ?

hanaahmad said...

api : calon ada tapi payah nak buat keputusan barangkali.

vampire's lovex : kau cuba sedaya upaya utk tidak cliche bukan? hehe.

paklan : bukan setakat raya, setiap kali aku balik kg, soalan sama dah start dah bertalu-talu kena soal.

pemuzik jalanan : aku tunggu kau kawen dulu la budak kecik. haha

kapten atok : nampak sangat tak laku kan? haha

rafiq : haha, sumpah kelakar ok.

bashtiah : kelakar kan! itulah pasal.

muhamad hanif : bawah ketiak ko kot? hahaha

shandye. said...

sedangkan ulat dalam batu pun boleh bertemu jodohnya, ini kan pula manusia.

as cliche as it sounds: aku percaya setiap manusia punya jodohnya tersendiri, cepat atau lambat itu saja yang kita tidak tahu.

bersabarlah... :)

hanaahmad said...

shandye : haha, nampak macam aku tak sabar kan? tidak, aku cuma rimas dengan soalan-soalan yang merimaskan. okla, aku bersabar saja dengan segala soalan itu. :)

Niena Pengembara Ilahi said...

kta mengalami situasi yg sama hana... sering ditanya bila mau kawin, isk.. terkadang trfikir. sape pemilik sepotong nama yg bakal mnjadi suami nnti.. ^^

Akulah Pak Lan said...

tak lama dah la kalau macam tuh

Pyka Rahmat said...

orang bilang, kahwin tu sedappp

T O R ▲ said...

soalan tu adalah soalan pressure buat perempuan kalau lelaki lagi tua lagi macho . haha .

A retarded kitty said...

nasib baik den muda remaja lagi

kekeke

ORLANDO AHMAD AL BUAYAK said...

bile nak kawin, dah berpunya ke belum, anak mak cik mintak tanya... antara soklan2 yg aku akan lari cepat2 bila menerjah telinga aku... rimas siot

p/s: owh sebaya...

cikpepel said...

saya 25.belum kawen.saya ok je.ok.saya tipu.

Khry Hnry said...

kalau ada jodoh. tak kemana ah...umur hanya pada angka..agagaga..

delarocha said...

24? muda lagi tu..rileksss

tieykah said...

Kahwin?

Aku pon selalu pikir

Miscellaneous Smiles said...

cepat2 kawenn~~

ye

jeBateja said...

hah....hah....soalan biasa tu....jgn hang tertekan sudah....kalau hang dah berpunya nanti...tak leh nak kutuk hang lagik erk...erk.....ahakz

touya said...

nak kawen ! nak kawen ! saper nak kawen ngan aku ?

EZAN IDMA said...

kenapa aku selalu pkir seperti apa yg kamu pk. huh

Kepala Manchiss said...

itu duduk atas pelain tu kira amek berkat lettew..kehkeh

Kepala Manchiss said...

*pelamin

ghost writer said...

kamu akan lebih 'puas' dengan persoalan dari pertanyaan mereka.

mereka sentiasa mendoakan impian kamu terlaksana,Hana.

hanaahmad said...

niena : nasib baik kita geng! hehe.

paklan : amin! mudah-mudahan sebelum 25!

pyka : banyak maksud tu. tak sedap pun banyak kot?

tora : laki untunglah. tak monapouse ye dok? ekeke

retarded kitty : kau budak sekolah lg kan? nnt tibalah turn ko. ekeke

al-buayak : bila nak masuk minang aku? ekekek. *sebaya ropenye.

cikpepel : haha. tipuuuuu

hanaahmad said...

khry : ah, cliche la kau! haha.

delarocha : rileks je ni. org lain yg gelabah. haha

tieykah : part mana yg kau selalu pk sgt tu? haha.

pijah : pijah dah kawen eh? hehe

jebateja : ekekekek...

touya : kau pun nak kawen gak? haha

ezan idma : yeah! kita sama!

kepala manchis : berkat je ambil tapi tak amek pedoman. kah3.

gw : ya, aku hrp begitu Phan. :)

ORLANDO AHMAD AL BUAYAK said...

tahniah pasal ngko bleh bagi dalil yg aku nak kat blog aku...terer ngko ni rupenyer ;) kagum3

hanaahmad said...

al-buayak : mana ada terer. aku pun sama-sama menuntut ilmu mcm kau kat dunia ni.

memoriusang said...

Aku juga begitu dulu. Selalu mahu cepat-cepat dewasa. Cukup dewasa untuk melakukan semuanya sendiri. Tapi akhirnya aku sedar. Kenapa tidak aku nikmati saja hidup yang aku sedang ada didalamnya. Berjalan perlahan-lahan menanti saat itu tiba. Dan sekarang, situasinya pula berbeza..aku merindui zaman keciku dulu. Hidup...

~Kisah Hati~ said...

dulu selalu mahu kawin cepat... sekarang takut untuk memikirkannya~