Aku adalah manusia yang ketika kau berjalan dalam keramaian,
kau takkan pandang dan ucapkan maaf jika terlanggar. - Idzwan Ibrahim
kau takkan pandang dan ucapkan maaf jika terlanggar. - Idzwan Ibrahim
Seringkali aku menerima pesanan ringkas dari rakan-rakan yang terlihat kelibatan aku di sana-sini ketika pulang bercuti di Ipoh. Tapi nyatanya kata mereka, aku tidak sempat ditegur atas sifat aku yang terlalu fokus dengan gerak kaki ke depan. Sama seperti semalam, ketika aku dicuit dalam jarak yang dekat. Rupa-rupanya, aku sudah lama berdiri sejengkal dengan rakan lama namun langsung tidak disedari. Sungguh rasanya aku langsung tidak kenal akan sikapku yang satu ini. Selain tidak terlalu fokus dengan orang-orang di sekeliling, sikap ini juga sebenarnya dikaburi dengan rasa rendah diri dan kekok untuk bertemu rakan-rakan lama. Maafkan aku kawan, yakinlah bahwa, sifat rendah diri telah menutup segala keyakinan aku untuk beraksi mesra di hadapan kawan lama. Jangan dilabel sombong. Hakikatnya aku memang seorang manusia biasa yang tak lari dari sifat pemalu. Heh, aku bercakap benar ni.
35 comments:
oHooo anda seorang pemalu rupanya... heehehe
niena : seadanya. haha. :)
wohoo...sangat best nya tulisan anda. sungguh puitis. saya teringin nak tulis begini. ala2 novel. ;') kenapa awak pemalu? hihi. sama macam saya juga. tak berapa reti mahu interact bila terserempak dengan rakan. mungkin hanya say HI.
malu dan sombong itu memang terlalu nipis garis pemisahnya. hanya yg mengenali lebih tahu yang mana satu diri anda yang sebenarnya.
entri yang bes.
hehehe.
senyum saja pun sudah mencukupi. :)
kawan lama pun mungkin ada perkara baru yang dia sensitif..kan...
namee : memang pemalu sejak kecil. trimas. :)
delarocha : itulah. susah nak bezakan.
anisa : senyum, tak perlu kata apa2.
pembaris : boleh jadi juga. :)
Aku phm..
tapi loken tu apa ?
malu ghitewww.. uhuhu
pernah terjadi ada kenalan lama yang aku sudah lupa namanya siapa menegur ketika aku terkinja-kinja di sebuah gig (maklumlah... bittersweet tengah perform kot!)
dengan segelas coke di tangan, aku hanya senyum dan penuh yakin aku tanya; "siapa eh? dah lupa nama lah."
ya. aku memang ada penyakit lupa nama tetapi aku tidak pernah lupakan wajah mereka yang aku kenali, walau hanya lima detik kita bertemu.
btw... ya, aku juga tertanya-tanya... loken tu menatang ape?
teehee...
Aku rabun. So of course tak nampak. Kehkehkeh.
Tapi ketahui lah awak, kalau awak, mesti saya nampak punya.Lulz
ouhh pemalu rupanya~~
tp kenapa tajuk entry ni loken weh, bm aku tak se-bombastik kau la hana...haha, takpe malu tu biasa, jgn selalu malu xbertempat sudah la ;)
malumu berharga
kekeke
rasa rendah diri itu perlu, tapi only for appropriate things and situations... dulu gua pon mcm Lu jugak, tapi bila pikir2 balik, muka pan asia macam gua ni x sesuai nak merendah diri sangat... sebab kadang2 orang akan mudah ambil kesempatan... tapi kalau tak nak merendah diri pun, biarlah dengan style 'masih berpijak di bumi yg nyata' kalau nak meninggi diri.
p/s; sometimes feeling 'riak' dan 'takabbur' tu berguna jugak... (dalam sirah nabi ade tercatat huhuhu)
Kita tidak serupa..aku plak aku akan usha habis sekeliling..tambah2 kalau awek yang lalu..kalau terserempak next time pun aku akan kenal..haha..dahsyat tak aku?
datang meramaikan followers kamu..^^
cik nana dtg jenguk dari blogger perak..cik nana asal dari taiping..:)
Ehem, bila balik ipoh, roger la :P Boleh ambik kita yg tersekat dkt tronoh ni. Hahaha
sgt fhm kot..jln kene pandang dpn..focus..sgt fhm sbb kdg2 diri sendiri ni pn camtu,hahaha
kak yong? Ahaks! malu kau tersangat-sangat.rasa macam nak tahu siapa kawan kawan kau.
nampak gayanya ada kes yang tertinggal kat belakang kalau kita berjalan sama,kan...haha
aku mula membayangkan kisah joshua yang kurang mengenal kawan lamanya.selalu kena tegur dulu.itupun pandang lama dan mesti diingatkan.
kita serupa
ya sy percaya kamu pemalu hehe
patutlah aku sebelah ko hr tu ko x perasan
Pemalu juga kau ini ya! Eh, apa itu loken?
mungkin anda sedang mengelamun jauh .. hehe
ko tau kelemahan diri, itu sudah bagus, kawanku..
satu langkah sudah diambil, langkah seterusnya cuba mengatasinya..
tgok kasot ? ;p
takyah fikir panjang-panjang .. jom lepak dengan aku
itu maknanya ko bukan mata keranjang.. yeay!
anip : aku dah xplain dekat new entry.
en_me : thats me. :)
shandye : haha, aku pun ingat muka cuma tak ingat nama.
raihana izzati : syg sy, haruslah saya nampak. lol~
pijah : tersipu-sipu. :)
dayah : tapi aku takdelah pemalu sgt spt yang kau kenal kan? :)
retarded kitty : moga2 kekal selamanya. :)
orlando ahmad : alhamdulillah, aku belum sampai tahap riak dan takbur. aku hanya segan dan tidak tahu memulakan. untuk berkawan, aku tidak memilih. mmg ada dalam hadis. :)
paklan : haha, tak perlu kau bgtau aku dah tahu.
miss nana : hey, terima kasih!
fateen : tronoh? dekat jugak tu kan. :)
akmal : segan nak tengok depan. :)
mehmed : kenapa nak tahu?
gw : aku tidaklah sebegitu, jika ada yang berjalan di sebelah, aku akan fokus dengannya. dan, aku bukan tidak lupa kawan cuma malu untuk bertemu dan bertegur sapa.
intan : sep, sep! :)
ezan : haha, jangan percaya sangat. ada jugak part tak tahu malunya. ekekek.
kapten atok : bila masa?
muhd aizie : aku dah xplain kat new entry. :)
inspirationalefeks : kalau mengelamun jauh boleh jadi tersungkur di longkang aku dibuatnya.
cEro : itulah yang sedang dilakukan.
faraa : tengok masa depan. :)
touya : jom! :)
jelina : kau dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan. yay! hehe
hehe, kau mmg cool :)
aku selalu rendah diri sama teman lama... kenapa... aku sendiri kurang pasti~
Post a Comment