Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, July 11, 2011

Kesal

Headphone_Girl_by_koenmok

Malam ini, hati aku dipenuhi bunga-bunga senyum. Senang hati barangkali. Walau masih perlu ke kantor di hari Ahad, itu bukan halangan untuk aku berbunga-bunga dan bertenaga demi masa depan yang lebih cerah. Iya, sinonim saja dengan definasi nama asliku; yang riang ria gembira. Walau ada saja perkara jelik di sekeliling, berwajah manis dan lalang itu kehebatan aku, dan boleh jadi manusia hipokrit dengan tambahan hati paling hina. Tapi sayang, sekembalinya dari kantor. Senyum aku mati. Mati semati-matinya. Baru saja aku bermimpi memanjakan mata dengan indah ini malam. Namun, mimpi itu tinggal debu. Telinga kembali bernanah seperti hari lalu. Kali ini aku betul-betul kesal kerna tidak membawa pulang fon telinga yang ditinggalkan di kantor. Seperti kata orang Melayu kita, padan muka!

39 comments:

Unknown said...

mungkin ada pengajarannya. sediakan earphone spare dalam beg. hehe

hanaahmad said...

dayya : tadi dah nak bawak balik tapi rasa macam malas. last2 hamek kau. haha

APi said...

pekak kan je telinga tu.. =)

hanaahmad said...

api : tak boleh, telinga lintah ni. haha

Ermizi Muhamad said...

Aduhai, tiba-tiba aku jatuh hati dengan blog kau ni!

hanaahmad said...

muhd aizie : hey! nasib baik dengan blog. hehe. aku bergurau. terima kasih. :)

semutsengal said...

HAHAHAAH,

org melayu ckp *PADAN MUKA* ke ?


salahsalah lah..

hanaahmad said...

muhamad hanif : orang Melayu, taktau pulak kalau bunyi kedah, utara, perak, penang, kelate, ghanu, mandarin, sarawak, sabah, key-el, pahang, nogori. yang betulnya? :)

Anonymous said...

oh kira lupa bawa handfree lah kesnya ne? :P

hanaahmad said...

muz : headfon. :)

jeBateja said...

HEADFON hang yg jenis besaq gedabak tu ke...?....sure lawa erk....erk....erk....

feyza said...

padan muka

utk skli lagi

heheee~~

vampire's lovex said...

nak cakap padan muka,tp x sampai hati :P

ORLANDO AHMAD said...

sumbat selipar je telinga tu

ghost said...

kita sama bekerja pada ahad...

rasanya kamu dah boleh merasa lali dengan tuh semua..nyah jauh2 dari fikiran.telinga biar dengar utk suatu yang melucukan..hihi

Cik Wani said...

nice!

btw jom komen kt link entry wani ni =)

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

Anonymous said...

nak tidur pon pakai earphone? haha

hanaahmad said...

jebateja : tidakla gedabak sangat. headfon aku lain dr yang lain. haha.

pijah : sampai hati. huwaaaaa.... :(

vampire's love : haha. janganlaaa...

orlando bloom al-buayak la pulak kau ni : selipar ade kuar musik ke bro? ekeke

gw : huhu,nasib baik tak lama sgt smlm. adoi...

wani : insyaAllah. :)

kapten : haha, bukan tidur pakai earphone tapi aku nak menyelamatkan telinga dari bunyi-bunyian yang tidak indah. sila baca entry yang lepas2. haha

jeBateja said...

lain dari yg lain....alamak..cuba ko xplore gambonya....nak gak aku tgk......ahakz

tieykah said...

sangat rajin,ahad masih bekerja.

:)

hanaahmad said...

jebateja : nanti aku publishkan. haha.

tieykah : bukan rajin, itu namanya perlu. hehe.

Unknown said...

smile always.. :)

shandye. said...

jgn amalkan pakai earphone kerap2. khuatir rosak telinga. dahla benda tu ada sepasang dan tak dijual di ikea mahupun kedai motor ah keong. kuikuikui...

hanaahmad said...

heidi shafiq : senyum sangat selalu. :)

shandye : kadang2 je pabila telinga terpaksa menanah dengar ayat cinta jiran sebelah.ekekke

Qaseh Dalia said...

hihi xpe kesal yg tu xpe

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

sabau sabau.. kena cakap camni.. padanlah dengan mukanya pun..hahaha

hanaahmad said...

qaseh : kesal habis sbb akhirnya telinga bernanah.

rafiq : sabau dah ni haa...ahhahaa

cEro said...

dugaan dunia..nak buat macam mana...
ambil peluang memupuk rasa sabar..

hanaahmad said...

memang aku berkawan baik dengan sabar je skgni cEro. :)

Encik Psychopath said...

haaaaa. semput ~

PuanPepel said...

sunbat kapas cam dalam citer p.ramlee

en_me said...

kena banyk bersabar nih.. ihiks

pembaris said...

cuba berlari2 di luar bilik dia.hentak kaki.mungkin dia paham jiwa saudari memberontak..

intan.maisarah said...

haih

memang kene bawa spare hari hari
kene pastikan sentiasa ada dalam beg hari hari
telinga tak nanah
hati tak pedih

zakiah nurmala said...
This comment has been removed by the author.
hanaahmad said...

encik psycopath : tanjat boboi~

cik pepel : ikut hati nak sumbat kekabu terus. haha.

en.me : dah cukup bersbr dah ni. haha

pembaris : takut housemate lain pulak yang memberontak. haha.

intan maisarah : tula pasal. sesal tak sudah.

h a i z am said...

wow! penceritaan yg sgt berbunga. hehe

zakiah nurmala said...
This comment has been removed by a blog administrator.
~Kenanga Suchi~ said...

haahhaa... siannn... aku paham keadaan itu... rasa mahu menyumbat bantal dlm lubang telinga~