Entah angin mana, kala ini aku sering sahaja diribut rasa kekok dan janggal. Untuk apa saja situasi, aku jadi kalut dan tidak keruan. Kerap kali juga aku terasa seperti orang-orang di sekeliling terutama mereka-mereka yang digelar sahabat itu berasa tidak selesa denganku. Aku terasa seperti terasing juga tersinggung. Hendak memulakan sepatah kata pun langsung terasa canggung. Hati ini sering mengecil walau sebenarnya bukan perkara apa-apa. Bertanya juga aku kepada seorang kenalan, katanya mungkin perasaan aku sahaja. Iya, aku menjawab, memang ia adalah perasaan aku. Jika tidak, mana mungkin aku akan berasa begitu? Lantas aku diajar untuk tidak terlalu memikirkannya, tapi sayang ia langsung tidak terkesan lantaran sikap aku sendiri yang sememangnya terlalu gemar memikirkan perspektif orang terhadap kewujudan aku. Ah, betullah, aku ini terlalu rumit. Tapi mana mungkin otak dihentikan untuk berfikir, selagi angin janggal itu masih ada, aku tetap berasa kusut!
Terlihat olehku kalendar di sebelah kiri, hujung bulan. Oh, patutlah angin semacam.
28 comments:
istighfar banyak2 yong...
fuh, dapat first komen kah gua?
syukur, tak sia2 gua berjaga sampai pagi blogging jenguk blog kawan2... first tuuu uwargghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
HANA...SERUMIT2 AWAK ADA LAGI ORANG LAIN YANG LEBIH RUMIT LAGI...APA YANG NAK DI KISAH KAN?
owh. dulu aku pun mcm tu
dah berjaya atasinya
"lantak lah labu..."... mcm tu ler aku skang
hahahaha,
PMS yea ? libresse kan ad =)
kalaulah manusia tahu bilakah hujung usianya seperti sedar akan hujung bulannya.
dalam rumit ada pahit untuk kau ulit menjadi sesuatu yang bisa kau gigit.. =)
jap lagi masuk la gaji tu. eh.
pasal gaji ke...?...ahakz....esuk den gaji..jom makan....ahakz
end of month?
ak pon patot rasa awkward jugal
T__T
Terjun KBMALL lekaih...aku pun terasa nak terjun ni..jom...
janggal yang dibiasakan...
Eh kau ini suka berfikir bukan-bukan! Jangan terlalau beremosi ya kawan ;)
Aku suka baca penulisan kau.
come moon?? hehe
stress ke hana, cuba senyummmmmm ngan hati2 la ye :)
kenapa? kenapa?
tersisih?
disisihkan atau sikap kita yang suka menyisih diri
out of place kot
pernah terjadi kat aku...
dan rasanya pernah terjadi kat setiap org...
mungkin ini masa ko plak, farhana..
just get through it, you can do..
sahabat selalunya akan tidak selesa sekejap saja..
oh dulu aku macam ni.
Sampailah aku terbaca satu artikel ni.
Sebenarnya orang sekeliling kita tak pikir apa sangat pun pasal kita sebagaimana kita tak pikirkan sangat pun pasal diorang. Orang lain pun ada kerja lain nak buat daripada pikirkan pasal kita. Selalunya aku ingat macam tula.hehe..
memang kekok.
sekali sekala buat dek.
ustaz orlando : tahniah berjaya komen yang pertama! ekekek.
ayie : betul tu, baru dugaan kecil.
kapten atok : biarkan dia terjun dengan labu2nya ye dok?
anip : ekekke....librese terbaik.
amiyo : itulah manusia. sering alpa.
api : esok siang tak boleh gigit makanan dah. hehe.
encik psycopath : bukan pasal gaji ler. haha
jebateja : bkn pasal gaji. haha
tieykah : kan! :)
paklan : jauh benor KBMALL. haha.
gw : tak biasa. :)
muhd aizie : ya, aku cuba. aku juga suka penulisan kau. :)
khry hry : gitula. haha.
dayah : agak stress. :)
aibaks : perempuan punya sindrom.
delarocha : kadang-kadang perlu sedar diri jugak. :)
retarded : boleh jadi. :)
cEro : aku cuba menghadapinya. :)
pembaris : selalunya begitulah kan.
sophie : betul tu. aku pun rasa mcm tu.
amar : sangat.
benrauf : sekarang tengah belajar buat dek.
kita sama hana... aku juga seringkali memikirkan perspektif org ttg aku... walaupun hanya perkara biasa2 saja...
tapi kalau kita tgh kalut tu, nampak comel heheheh
Post a Comment