tiada lagi kupakai sepatuku
kakiku mengenal batu-batu
pasir yang terbakar
rumput yang menguning
lopak yang kering
angin gering.
Sedikit ketawa
bicara yang lemah
langkah yang patah
darah masih merah
ubun-ubun semakin pijar
lelah, rehat yang terbiar
Ketika bintang-bintang meludah cahaya
embun membasuh mata
langit tanpa suara
sepi dan halus
jiwa dan kudus
Ini hidup bukan menanti mati
tapi mati yang selangkah dari hati
Ini boleh jadi taipan terakhir sebelum aku pergi berehat panjang. Puisi di atas milik lelaki itu. Aku jumpa ketika menggodek-godek nama lainnya di google. Maaf ya kerna menampal tanpa izin. :)
20 comments:
Gila stalker jugak kamu ya...hahah...same as me..super stalker..
thanks y i can smell kalau ada yang nak curang
berehat panjang? mahu ke mana ya?
selamat beristirahat.
selamat ;)
p/s: berehat tak semestinya kerna lelah kan...
aku x paham
dapat dari hmetro ker nih..?hihi
kalau dah boleh melangkah kecil dah kira ok...
sumpah best sgt.
yunk, nak pegi mana?
errrrkkk ... tolong fahamkan aku grrrrrr
bahasa tinggi
tak pecah kepala ker buat puisi?
ku buka lembaran usang
berisi kenangan nan mengenang
ku tatap indah cerita bunda
berkhayal teringat dahulu kala
Hati kecil bicara berkata
Hey, kau jangan menangis sengsara
Ku tatap indah mega merah
Ku bisikkan di hati yang terluka parah
Ya, aku kini bahagia memang begini adanya
bahasa baku mu yg indah lah Hana :)
uikk..rht pnjg?
nk pi mne..huhu..
"Ini hidup bukan menanti mati
tapi mati yang selangkah dari hati"
Nice one..
woit! ape nih??
berehat ke mane ko???
paklan : aku mmg stalker terhebat. haha. mampu memandang dari jauh sebenarnya. :)
ezan : berehat untuk menghirup udara lebih segar. now, sudah kembali.
benrauf : sudah selamat semuanya. makasih. :)
jari yang terabai : aku berehat kerna lelah yang panjang. :)
ami : senyum, tak perlu kata apa-apa.
ophan bunjos : ya, betul la tu. kamu tak kisah bukan?
pembaris : alhamdulillah. sekurang2nya mampu hembus nafas.
syafiqa : pergi merehatkan otak. menghirup udara segar. dan sudah kembali. :)
dreary dream : hehe. apaan sih?
delarocha : yang puisi itu mmg cukup tinggi. :)
ries lee : kau tukar nickname ke? puisi itu bukan milik aku. :)
kurni4di : manis itu puisi. kasi link pls.
sui nawi : oh. terima kasih. masih kebiasaan sahaja. :)
syufaa : pergi bercuti. skg sudah kembali. :)
memoriusang : aku juga suka part yang itu. :)
cEro : pergi hirup nafas segar. dan aku sudah kembali. :)
Post a Comment