Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Wednesday, May 11, 2011

Ini kisah serius.

Menjadi seorang yang serius mungkin agak sinonim denganku. Sejak kecil, aku seperti dilahirkan untuk sentiasa menyimpan amarah dan amukan. Pantang ditegur, melenting. Pantang diusik, melenting. Sifat garang memang sinonim dengan aku. Dilahirkan sebagai bongsu dan tunggal perempuan dalam keluarga menyebabkan aku lebih manja dan sering suka mengawal keadaan. Dalam berkawan, aku suka menjadi ketua dan sentiasa melenting jika kemahuan tidak dituruti. Ya, itu aku 10-15 tahun lampau. Dan, aku yakin aku adalah antara orang yang paling tidak disukai dalam kalangan rakan-rakan. Menginjak dewasa, aku menyedari sifat amarah aku semakin berkurangan. Aku semakin bijak mengawalnya setiap kali ada yang cuba mengusik dan menyakitkan hati. Sebagai seorang yang mudah berkecil hati yang sentiasa mahu orang melihat aku dalam pandangan yang sentiasa baik, aku sering menjaga setiap perlakuan agar aku mudah disenangi sesiapa sahaja. Aku cuba mengawal apabila marah menguasai diri. Cara yang paling berkesan ialah dengan mendiamkan diri dan bersikap tenang. Alhamdulillah, cara itu positif dan sehingga kini ia perlahan-lahan menjadi sebati dalam diri. Walau bagaimanapun, jika ia sudah sinonim sejak kecil, masakan boleh kita buang sepenuhnya. Kadang-kala tanpa disedari ada rakan pernah tersinggung dan mengatakan aku memarahinya sedangkan aku tidak sedar akan perlakuan buruk itu. Aku bercakap biasa, tetapi dikatakan aku seperti marah. Maaf ku pohon dan menjelaskan mungkin kelihatan aku seperti marah sedangkan ketika itu aku tidak menyedarinya. Pernah ada seorang rakan menegur keningku yang sering berkerut-kerut dan mempamerkan wajah singa. Aku tersentap lantas cuba membuang sikap buruk itu. Semakin lama dibuang aku mula mengenal identiti baru. Mungkin dengan sesetengah rakan, aku dilihat seorang yang serius, sombong, berlagak dan 'kerek'. Mungkin dengan sesetengah rakan, aku dilihat gila, mereng, sewel, sengal, bongok, dan sebagainya. Jadi kesimpulan sudah dibuat, aku kelihatan serius apabila berhadapan dengan mereka-mereka yang aku kurang kenali dan menjadi gila dengan mereka yang serasi.
Serius bersama google.

Dikatakan sombong dan serius oleh mereka yang baru aku kenali adalah perkara biasa.
Dikatakan gila oleh mereka yang serasi juga perkara biasa.

Jadi, perlakuan garang sudah dapat ku lenyapkan, tetapi perlakuan sombong dan serius masih berbaki. Adakah benar aku seorang yang sombong dan serius? Ke sebenarnya aku masih garang?

Ada yang kata penulisan aku sangat jiwa-jiwa, sangat serius dan menyedihkan. Mungkin selepas ini aku cuba menulis cerita lucu agar aku nampak seperti badut sarkas yang menulis di blog. Hakikatnya aku manusia biasa yang penuh dengan kegilaan yang susah untuk dijangka.
Mari kenal rapat baru tahu apa gila yang aku ada.

19 comments:

Raihana Izzati said...

Aku jenis pendendam.tak reti marah dan senang dibuli.pendek kata pengecut yg mengumpat belakang.haha

First impression aku on kau?

Layan lesbo jugak minah ni.keh3





Just kidding.

kau sporting.

hanaahmad said...

raihana kekasih lesboku : haha. kau pengecut ke? aku tgk mcm berani je. dan. kau lesbo ke? kalau ko lesbo betul mmg aku tak layan la..sbb ko main2 la aku layan. haha.

Raihana Izzati said...

auww~~

aku berani dengan orang yang aku tak kenal.

kalau kawan2 mana berani marah babe. Kawan tu. Even aku selalu je kena marah dgn diorang=_=

CIS. Kau ingat aku lesbo betol ke?haha. Tapi aku pernah ada boyfriend yang turns out to be a gay. Dia guna aku untuk cover fetish dia tu.

FUCKING.

hanaahmad said...

aww..kau pun jadi mangsa oleh si gay? kawan aku pun ade sorg. celaka punye gayboy...xpe beb, pasni jgn cari bf jambu sgt sbb yg jambu banyak gay. cari yg jantan sket dan suci murni. haha. tp ssh nak cari yg berkualiti. er...tapi susah jugak kan nak tau jnis lesbo cmne? hahaha.

Eyqa Zaque said...

Ini memang serius. :) but nice entri.

hanaahmad said...

cahya qasehnya : serius sangat ke? hehe. terima kasih :)

pembaris said...

mengingatkan saya dengan seseorang yang sangat rapat dengan saya

ghost said...

nampaknya aku belum cukup mengenali kamu Hana...

Anonymous said...

why u serious???

hanaahmad said...

pembaris : siapa itu? hehe.

Phan : belum cukup? aku nampak serius ya dgn kamu? :)

keri : memang dilahirkan utk serius. :)

feyza said...

ha..? gila..~~

heheeee~

nasri said...

haha..jauhnyer lari..patutnya tu ciri2 anak sulung.. =)

Emmie Idris said...

awww na :)))) mase skolah dulu, if u r on delayed rage, aku terus tau....how? bile mate ko bulat semacam!!!! hugs~

dayah said...

hah, bia betul hana camni, takut la cani garang2

ghost said...

kau nampak atau rasa...

:)

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

kalau serius belajar .. apa salah nya kan ? :)

APi said...

kau gila rupanya..
ish ish ish..

cEro said...

aku baru sampai sini...

macam ni, cuba buang keseriusan tu dan kesombongan tu..
pergi keluar joging sorang kat mana2, bila berselisih dengan org yg ada pakai jam, cuba tanya dia jam pukul berapa..

esok dtg lg, dan cuba tanya dua orang pula..

dan instead of bg order sendiri masa nak makan, cuba tanya waiter tu apa yg spesel..

perlakuan di atas boleh diamalkan sedikit demi sedikit utk memupuk perasaan ramah dgn org baru..
lama2, sense of humor akan dtg sendiri...

cubalah!

Anonymous said...

that makes the two of us

Dikatakan sombong dan serius oleh mereka yang baru aku kenali adalah perkara biasa.
Dikatakan gila oleh mereka yang serasi juga perkara biasa.

I can well relate to that.