Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Monday, May 9, 2011

Nikmat sore yang indah

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

(Surat Asy-Syams)

Sore hari bersama google.

Kerjaan aku yang masuk petang dan pulang lewat malam bukanlah sesuatu yang ganjil. Ianya perkara wajib yang perlu aku tempuh saat mula memilih untuk melangkah kaki dalam bidang yang penuh warna ini. Pulang bekerja lewat dan waktu tidur aku sering tidak menentu mengakibatkan aku sering sahaja berasa kantuk sedangkan hakikatnya tidur aku tetap melebihi 8 jam sehari. Menjadi seorang yang punya 'telinga lintah' bukan suatu yang mudah. Saat rakan sebilik mengalih badan ketika tidur pun sudah membukakan mata apatah lagi jika mendengar rakan serumah berbisik di luar. Telinga aku mudah menangkap bunyian walau hanya dengar sayup-sayup. Jadi, waktu tidurku sering tidak lena melainkan jika benar-benar penat.

Tidur yang sering terganggu menyebabkan aku memilih untuk sering bangun lewat kadang-kala menginjak ke tengah hari (ya, katakan saja ia tidak manis buat anak dara seperti aku).
Lazimnya selepas subuh, mata ini susah untuk lelap kembali dan seringkali mata terasa kantuk semula lingkungan jam 8 pagi. Tidur ku sambung semula dan pastinya 11 pagi kemudiannya baru tersedar, mula bersiap-siap ke kantor.

Sudah lama aku sedari sesuatu. Aku terasa kerugian yang teramat besar bila mana nikmat hidup di sore hari semakin kurang akibat aturan hidup aku yang kurang teratur. Satu yang aku sedar ialah kehidupan maya aku di waktu malam yang berlebihan menyebabkan tidur aku kurang dan mula membiasakan diri tidur lambat sekali gus memaksa aku untuk bangun lewat. Sekali sekala melajakkan aku dari Subuh. Itu yang paling aku kesali. Dan, untuk sekian kalinya aku berharap agar kehidupan maya aku di tengah malam hari sebegini dapat dikurangkan agar aku bisa menikmati nikmat hidup di sore hari. Menikmati indahnya matahari pagi dan menghirup udara di kota ini walau sudah tidak sesegar di kampung. Boleh jadi dapat memurahkan rezeki dan mendisiplinkan diri sebelum menjadi hak milik orang lain (nanti?).

Buat kekasih malamku, jangan risau. Kau tetap kekasih malamku sampai mati. Mungkin juga kita boleh terus berkasih-kasihan di sore hari? :)
Sebelum Maghrib tadi baru teringat 2-3hari lepas ada bermimpi gigi tercabut. Boleh jadi mainan tidur dan aku berdoa moga tiada apa yang buruk terjadi. Amin.

11 comments:

Pijahh' de-Arr said...

hahhaha..GW kekasih mlm..

HAHAHAA~~

hanaahmad said...

pijah : ketawa ? haha. kecik hati ghost. haha

FaizalSulaiman said...

wahh

encik ghost rupanya.hehehehe

hanaahmad said...

faizal : jangan berfikir bukan2. kekasih mlm di alam maya sahaja. :)

Aimi dan Pakcik Hashim said...

mcm aku rasa masa keja shift petang dulu
tp x ler direct.
2 minggu siang, 1 minggu malam

hidayahjamal said...

kekasih mlm emcik ghost writer ke, wahhh advance btul you hana :) jg diri, jgn pulang lewat, brita simbah asid tu ada kat paper dah, hati2 mana2 pun

ghost writer said...

tak jauh beda dengan kehidupan rutinku Hana(ouh kekasih malamku..hi3)..satu jer,meskipun waktu tidurku terlalu terhad aku masih mampu peruntukkan soreku dengan aktiviti lapangan..untuk mengekalkan kecergasan itu terpenting..hi3

Raihana Izzati said...

Same. mak aku selalu marah sebab rajin hadap notebook than the books itself.Nak kasi cuba.JOM!

Aku still merajuk dengan kau sebab kau tak letak 2 kat situ. Satu kekasih malam 1 kekasih sejenis.

ai boikot yu untuk 2minggu.mencik!

cEro said...

hahaha, klakar aku baca komen2 di atas..

hanaahmad said...

aimi : ko pun sama kan? pokcik hashim sihat?

dayah : haha. mana ada advance. bese2 jeh. u too. tc. :)

Phan : aku tak mampu Phan. kalau tak masa kerja aku lemau. tau tau apa itu lemau? ehhehe

hanaahmad said...

raihana : ouch! u ni kuat merajuk la...hahaha.

cEro : part mana paling kelakar ni? haha