Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Sunday, April 17, 2011

Someone like you.

Entah angin mana yang datang membuatkan aku diserang rasa sayu sejak dua menjak ini. Fikiran melayang entah yang bukan-bukan. Paling kejam, aku dibawa ke latar cerita yang dahulu-dahulu. Aku bukan pelupa dan bukan mudah terlupa. Aku tak semudah perisian komputer. Jika tak mahu boleh klik DELETE. Jika tersilap boleh BACKSPACE. Dan, aku? Masih lagi kekal tertanam dalam ingatan aku. Muncul pula lagu ini, menambah rasa dalam kesayuan aku.



Nevermind, I’ll find someone like you. I wish nothing but the best for you too.
I remember you said, 'Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead'.
Mamat dalam teater Mozek memang iras kamu.
dan video ini juga buat aku bertambah-tambah sayu.

Aku tanam dalam-dalam dekat hati aku untuk tidak terus dihantui bayang-bayang itu. Aku cuba, tapi payah. Aku jumpa tapi masih bukan yang benar. Nampak macam cool dan rockstar tapi hakikatnya aku kalah. Boo sama diri sendiri!

14 comments:

APi said...

mungkin sudah tertulis..
positifkan diri agar tidak merasa diri terlalu lemah , kalah..
sesuatu itu kelihatan payah kerana jika mudah kamu mungkin tidak merasai jerih lelah..^^

suffer8zine said...

layan kejap video ni

Terkini : Kasut Bertatahkah Berlian

hanaahmad said...

api : mungkin juga. sudah terlalu positif ni..tp susah nak lari. mungkin boleh jadi pengalaman yang berharga. :)

suffer : silakan. :)

Cikbelog said...

tak mau sedih-sedih.nanti tak comel dah >_<

hanaahmad said...

cikbelog : kalau tak sedih pun mmg tak comel pun. hehe

ghost writer said...

selamanya akan begitu..selamanya akan tidak dapat sembunyi dan menyingkirkan diri dari terus berada dalam ingatan sebegitu.selamanya kau akan dukung dan dakap sekalipun akan hadir seseorang yang tidak sama dengan dia..kerna mata hatimu yang mengizinkannya untuk terus ada.kerna kau sendiri yang memintanya,kerna kau sendiri yang memanjakannya,kerna kau sendiri yang mau ia terus ada..Terus ada sepanjang2 usiamu selagi kau berkata begitu.

hanaahmad said...

ghost!!! selamat kembali! ngeee. :p

ghost writer said...

yerp.im here.

:)

AkuMuzikFilem said...

setianya perempuan dengan perasaan walau perit. kenapa ya?

wachak said...

setia kena bertempat. Bukankah begitu ??



ps: jaga hati sendiri dulu baru orang lain. bukan mementingkan diri sendiri tapi tuntutan kehidupan di masa kini.

hanaahmad said...

i miss u Ophan Bunjos!

akumuzikfilem : hati dan lidah perempuan tak sama. tapi sayang, lelaki tak faham. sebab tu setia sehingga sekarang.

wachak : dah cuba, tapi tak kuat. :(

ghost writer said...

i miss u too

ouh,sudah kukirimkan pesan rindu lewat ruang komen FB mu Hana.

hanaahmad said...

ophan bunjos : yup! sudah dibaca. tQ! :)

Far8 budak baik said...

nnti cakap ar kat dy..
kau tak pecaya ke ngan fb kau ni..
ahaha...cewahhh kn kn??