Hidup memang bukanlah sebuah kepastian, yang pasti hanyalah tuhan dengan segala misteriNYA, dengan segala kuasaNYA. Dan aku tetap percaya, ia tetap berakhir indah.
- Ari Lasso
- Ari Lasso
Seringkali aku menabur harap pada sebuah pengharapan yang belum tentu pasti. Aku mungkin terlalu gelojoh dan memasang indah angan-angan tanpa meletakkan rasa kasihan sekelumit pun kepada yang salah. Tetap percaya ia akan betul dan pasti. Akhirnya? Ia tidak berakhir indah dan aku hanya terus-terusan intim dengan kekecewaan. Kali ini, aku mungkin seharusnya lebih fikir selamat itu perlu sentiasa dekat dengan aku supaya angan-angan itu terus jadi realiti. Bermakna, berhati-hati dengan apa yang kita fikir, mungkin boleh jadi ia bukan kenyataan tapi sekadar persinggahan mainan sementara.
Garu-garu kepala, salji putih turun dengan lebatnya. Aku sedang stress!
11 comments:
pengharapan pada angan tidaklah kasihankan persinggahan tapi penghuraian akan kepastian agar apa yang diangankan tidak sekadar angan-angan..
api : jika boleh, aku mahu angan-angan itu berisi tidak sekadar kosong kayak mat jenin. tapi, belum tentu ia jadi betul.
sy xdpt berfikir dengan berhati-hati sekrng.. sy perlukan smgt ?
inspirationalefeks : boleh jadi semangat menjadikan kamu lebih berhati2.?
jika kamu tahu, angan mat jenin sangat lah berisi tetapi tempat dia berangan salah..
angan-angan tak pernah salah..
yg salah adalah kita yg membiarkan angan-angan sekadar angan-angan..
percayalah, setiap insan yg berjaya, semuanya bermula dengan angan-angan..
api : boleh jadi juga tu. :)
cEro : aku percaya yang itu.
harapan itu tesimpan 1000 risiko
twinkle : betul, kita je kena berani ambil risiko.
kau mengingatkan aku pada kawan aku.
dia nampak kuat. tapi sebenarnya hati lembut.selalu menagis di dalam.
Sophie : itulah aku. nampak je ganas. hati mcm gula-gula kapas. :)
Post a Comment