Pemilik

My photo
Hidup kadang-kala terlalu absurd untuk diraikan.

Tuesday, April 19, 2011

Selingkuh!

Kisah tiga tahun yang lalu ini berputar kembali.

si gadis dia : Dah lama awak berkawan dengan Z?
si aku : er...takde lah lama sangat.
si gadis dia : awak tahu tak dia dah ada gf?
si aku : er...tahu. kenapa ye?
si gadis dia : saya gf dia. kalau awak tahu kenapa masih keluar dengan dia?
si aku : alahai, saya dengan dia kawan je. tak lebih dari tu. saya pun dah ada bf.
si gadis dia : habis, bf awak tak marah ke?
si aku : tak pun. saya dah bagitau dia keluar dengan kawan bukan dengan skandal. Lagipun dia percaya dengan saya dan saya sayang dia bukan bf awak.

Dan...bla, bla, bla, bla....Aku tak sebodoh ini la google.

Kini, kisah ini berulang kembali. Tenang dan tenang. Aku tahu apa yang aku lakukan.
Sejak kejadian tiga tahun yang lalu, aku cuba bataskan pergaulan. Aku berkawan tapi masih terkawal. Kuasa Dia, persahabatan bukan macam sampah. Busuk dan buang. Tapi, masih juga berlaku. Entah di mana silapnya, mungkin memang takdir, kekasih hati orang lain lebih mudah berdamping dengan aku berbanding si pria yang kosong. Lepas ni mungkin aku perlu mandi bunga.

Begitulah, susah untuk dimengerti. Kadang-kala persahabatan itu mudah disalah tafsir. Tambahan lagi jika punya kenalan yang sudah pacarnya sendiri. Yakinlah, aku masih punya logik akal, aku masih punya perasaan dan ngerti. Dan, jangan jadikan persahabatan itu suatu yang salah sedangkan aku dan dia lebih dahulu wujud sebelum dia kenali kau. Buat pencinta-pencinta di luar sana, bercinta tak semestinya pacar kamu perlu hilang kenalan, bercinta tak semestinya pacar kamu perlu tunduk dan hidup dalam sangkar ciptaan anganmu sendiri. Dan, pacar kamu punya kenalan yang rapat belum tentu dia selingkuh! Mengertilah!

Bercinta berpada-padalah. Berhenti berperangai kebudak-budakan. Dia cuma pacar, belum sah bergelar suami. Buat mereka yang benar-benar selingkuh, nah ambil hidangan enak dari Sophie Al-Yahya buat kamu semua.

14 comments:

Firdaus Kasim said...

kita kena tahu apa maksud kawan dgn sahabat

Entri paling hot :
Blogger Popular Sombong?"

hanaahmad said...

kawan dengan sahabat itu punya makna yang berbeda bukan?

ghost said...

selingkuh tak selamanya enak.

di fikiran kita semua rasa terbuka..tapi tidak pada orang lain,apalagi pada orang yang mencintai seseorang yg kita katakan sahabat kita.ini hakikatnya walau sejauh mana pon kita menjelaskan perkara itu.bukan mudah bagi hati yang diserang rasa cemburu,tidak suka melihat lebih kemesraan kekasihnya pada orang lain dari kemesraan pada dirinya.

hanaahmad said...

Ophan Bunjos : betul tu...tapi, lebih enak jika cuba bersikap matang. kenapa perlu diserang org yang tidak bersalah tanpa usul periksa?

airaniez wirdani said...

Tak slh kawan dgn bf org.Tapi yg salah ialah bila lupa,lelaki tu ada gf.I think the best thing ialah kita kawan dgn gf dia skali,so takkan ada salah faham.dr situ akan nmpak,kita kawan ngan bf dia tak sorok2.huhu

hanaahmad said...

araniez wirdani : nak cuba kawan, tp gf org tu maha la sombong. masih ingat kite ni perampas. tp utk situasi 3thn lps tu.ktorg mmg jd kwn after kejadian. hehe. terima kasih. :)

ghost said...

itu apa yg kamu fikirkan Hana tapi tidak dengan dia.

AkuMuzikFilem said...

tak pernah berhadapan situasi camni, sebab saya memang ditegah terus. huhu

hanaahmad said...

ghost : mungkin. :)
akumuzikfilem : hehe, bagus. :)

APi said...

pada aku, sangat mengjengkelkan perbualan itu..
perangai macam "si gadis dia" itu banyak sangat berlaku sekarang ni..
aku tak pernah rasa, mungkin tak tahu apa hematnya..

hanaahmad said...

api : sangat menjengkelkan bukan? kadang-kadang hanya berkawan tetapi disalah tafsir. :)

Khuzrin Kamarudin said...

Macam2 perangai sekarang ni...

hanaahmad said...

khuzrin : sangat macam2

The Medical Duo said...

http://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/

Salam ziarah ke sini :D